Korang dah ada telekung baru ke.Dah hampir bulan puasa ni nak persiapkan diri dari segi mental dan fizikal.Bukan tu je, of course niat nak memenuhi sebulan terawih tu pun kena juga kan.Jadi kita beli telekung baru supaya lebih bersemangat.Jadi umi beli telekung terawih dari sistergojes empire ni.
Masa umi ke Aeon Permas Jaya hari tu untuk membeli keperluan dapur, sajalah dok usha-usha barangan lain.Sampailah umi terjumpa satu bahagian yang menjual telekung dan Muslimah wear dari sistergojes Empire ni.
Punyalah selalu pergi kesini, tak tau pulak dalam Aeon permas ni ada jual telekung.Dah alang-alang nak puasa ni kan, kita standby la satu telekung untuk terawih.Jadi semangatlah sikit kan kita nak terawih.Pulak tu, anak-anak umi pun dah boleh bawa ke masjid untuk terawih.Mestilah lagi seronok.
Apa lagi, umi pun belek-beleklah telekung dari gojes.my ni.Wah! cantik-cantik warna dan design dari sistergojes ni ye.
Rupanya jenama sistergojes empire ni dan menjadi pilihan ramai orang sebab produk mereka berkualiti tinggi, harga mampu milik dan selesa dipakai.Telekung yang dijual menjadi pencarian dan pilihan utama di dalam pasaran untuk golongan wanita bagi memenuhi permintaan dan citarasa pembeli dengan mengikuti perkembangan semasa.Pemilihan telekung ni pulak dibuat berdasarkan corak, warna dan kualiti yang tinggi yang dapat memuaskan hati pembeli dan menarik minat serta kepercayaan kepada produk Sistergojes Empire ni.
Kenapalah kan umi tak tau kewujudan telekung dari mereka ni.Umi dah rambang mata nak memilih.Dari warna yang biasa kita pakai warna putih tu, sampailah yang berwarna warni.Ada pilihan yang siap ada beg, dan yang biasa je.Tapi tulah, umi suka betul telekung berkerawang macam yang ada dekat sistergojes ni.
Mula-mula umi nak pilih yang ni sebab umi suka warna dia.Dan yang set ni, Siap sekali pakej dengan kotak.Ada jugak beg dan cekak rambut tak silap umi.
Tapi belek punya belek, umi berkenan dekat warna pink dan hitam ni pulak.
Dah umi confuse nak pilih mana satu.Nak warna hitam atau warna pink ye.Ingatkan nak pilih hitam memandangkan umi ada warna pink, tapi lain sikit la dari pink ni.Warna hitam tu pun cantik.Kainnya pun menepati citarasa umi.Lembut dan berat.Itu yang umi suka.Kalau korang tak suka yang jenis berat jatuh ni korang boleh pilih kain jenis lain.
Pilihan umi? baca sampai bawah ye.Jenis-jenis kain pulak, dari kain lycra sehinggalah cotton premium.Range harga pulak sangat berbaloi iaitu dari harga RM60 hinggalah RM129 tak silap umi.
Jadi pilihan umi? of course warna pink ni.Nampak lembut je kan.Jadi makin lembut dan penuh keayuan la bila umi pakai warna ni.Hahahah.. perasan betul ek.
Settle memilih telekung terawih ni, umi pun beratur nak membayar.Nasib baiklah umi tengok ig sistergojes ni korang, rupanya diorang ada buat contest.Jadi umi terus membuat pembelian menggunakan debit card.Dan umi simpan resit untuk join contest yang diorang anjurkan.
CONTEST BELANJA SIKIT TAPI MENANG BESAR DENGAN GOJES PREMIUM BONANZA LAGI ONZZ
- Belanja produk premium sistergojes dengan menggunakan kad debit atau kad kredit dan perhatikan APPROVAL CODE yang tertera.
- 2 digit atau 3 digit nombor yang sama melayakkan anda memenangi reward tunai(contoh: APcode R72111 bersamaan RM111)
- Layak di semua premium pempamer SISTERGOJES di Aeon K.Lumpur, Nilai, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuching.
- Menangi sehingga RM9999 dalam bentuk tunai.GOJES BONNANZA sah sehingga 31 Mac 2023.
- Hanya like & folllow Page dan sertakan resit pembelian.
Â
Jadi korang cepat-cepatlah dapatkan telekung premium sistergojes empire ni di cawangan Aeon terpilih.Umi sertakan sekali cawangan Aeon yang ada telekung sistergojes ni dibawah.
CAWANGAN SISTERGOJES EMPIRE DI AEON SELURUH NEGARA
- Aeon Tebrau
- Aeon Permas
- Aeon Bandar Dato Onn
- Aeon Taman university
- Aeon Taiping
- Aeon Nilai
- Aeon Shah Alam
- Aeon Wangsa Maju
- Aeon Taman Maluri –
- Aeon Kuching Sentral
- Aeon Cheras Selatan
So apa lagi korang, pi beli telekung terawih dari sistergojes empire dan terjah Aeon berdekatan korang untuk dapatkan telekung yang cantik ni.Kalau korang malas nak keluar mencari, jangan risau sebab telekung ni ada dijual di Shopee
#gojesmy #sistergojes #sistergojesempire #telekung #telekungpremium #telekungumrah #telekunggojesmy
#thepowerofpreminumness
#terrrgojes
Â
Nampak selesa sangat. Insyaallah ada rezeki lebih bolehlah cuba beli 🙂
Menariknya !! Nampak selesa betul kain dan design nya, harga pun masih dalam kemampuan.
Syoknya! Selalu beli online, yg ni boleh belek-belek dulu sblm beli…hehehe