TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR

TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR

TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR | Tak payah dah mengira guna batang aiskrim atau buku kotor untuk mengira

Masa mula-mula kawan umi kenalkan satu pusat tuisyen matematik yang mengajar anak-anak mengira,menghafal sifir guna jari ni umi tak berapa yakin.Yelah, dak Naura dan dak Auni ni baru umur 7 dan 6 tahun.Boleh ke menguasai matematik dengan begitu mudah?

Umi cubalah kan jugak tengok macam mana caranya teknik mengira guna jari yang mudah untuk pelajar ni yang diorang kata tu senang.Umi cubalah daftar untuk dak berdua ni.Sebab cikgu tu kata ada pelajar umur 7 tahun dah boleh hafal sifir guna jari sahaja.Umi terujalah bila tengok video-video anak kecil yang boleh selesaikan masalah matematik hanya menggunakan jari sahaja.Itu yang umi daftar budak berdua tu ke kelas tuisyen matematik di Pusat Aritmetik Cahaya minda.

Jauh?

Korang kena baca dulu macam mana cara nak daftar dan belajar hanya melalui google meet.

PUSAT ARITMETIK CAHAYA MINDA

Kepakaran Aritmetik Cahaya minda adalah untuk menyelesaikan masalah anak anda yang lemah dalam matapelajaran matematik.Mengajar para pelajar sehingga mereka pandai.Kelas diadakan dengan masa yang fleksibel dengan yuran berpatutan.Pengajar yang berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang ini.

 

PUNCA PELAJAR MENGHADAPI MASALAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK

Punca pelajar menghadapi masalah dalam matematik adalah kerana tidak menguasai dan tidak mahir dalam pendarapan dan pembahagian.Kelas Aritmetik dapat mengajar murid-murid yang kurang berbakat dalam matematik cara yang mudah dan berkesan untuk menguasai pendarapan dan pembahagian.Murid pra sekolah hingga darjah 5 digalakkan mengikut kelas ini.

Pelajar hanya perlu meluangkan masa selama 15 minit setiap hari membuat latihan Aritmetik bagi melatih otak supaya menjadi pelajar yang mahir dalam matematik.Pelajar yanng kurang berbakat dalam matematik sangat digalakkan mengikut kelas ini.

Serius lah kan ada pelajar umur 7 tahun dah boleh mengira dan penolakan dengan teknik abakus ni.

SELESAIKAN MASALAH MATEMATIK HANYA MENGGUNAKAN JARI 

Ini adalah cerita sebelum Dak Naura dan Auni belajar kuasai matematik menggunakan jari.Nak-nak si Auni yang berumur 6 tahun ni.Kalau dia buat kerja matematik, memang habnis satu buku nak dicontengnya.Umi pulak kenalah mengajar dia satu-satu menggunakan batang aiskrim atau contengan palang di buku.Bagi umi mudah je nak suruh dia faham guna cara tu.

TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR

Rupanya lagi mudah bila dia masuk ke kelas Tuisyen Aritmetik ni.Untuk anak yang baru berusia 6 tahun keatas ibu bapa memang perlu ikut serta supaya mudah faham bila nak mengajar anak nanti.Umi pun turut serta dalam 2-3 kali kelas berlangsung.

Memang agak struggle la kan masa mula-mula join kelas ni, tapi bila lihat anak kita berjaya selesaikan 20 soalan matematik tambah dan tolak hanya dalam masa 20 minit, rasa berbaloi kita tengok.

Setakat ni setiap hari kena konsisten buat matematik ni supaya anak-anak lebih faham dan jelas menggunakan teknik mengira guna jari.

Baca juga : [ 4 TIPS TINGKATKAN FOKUS ANAK DALAM PEMBELAJARAN ]

Memang kena selalu latih diorang buat kerja matematik ni supaya mereka lebih bersedia untuk memasuki teknik sifir dan bahagi.

So far, Auni dan Awfiyah dah boleh kuasai matematik tambah dan tolak hanya menggunakan jari tanpa perlu buku conteng disebelah.Umi pulak excited tengok diorang kira guna jari je.Boleh tengok video Auni mengira menggunakan kaedah jari ni.

 

 

 

Nak buat kerja matematik sekarang ni tak perlu nak bergaduh dah dengan diorang ni.Umi tau diorang boleh settlekan masalah tu sendiri.Cuma umi perlu pantau bila diorang kena buat jalan kira jelah kat buku.

Memang puas hati bila daftar dengan Pusat Tuisyen Aritmetik ni.

Jadi korang yang ada anak 6 tahun ke atas memang umi syorkan untuk korang daftar anak korang ke kelas Matematik ni.Nak tau sebab apa.meh tengok 5 sebab mengapa korang perlu pilih Aritmetik Cahaya Minda ni sebagai kelas tuisyen matematik anak-anak korang.

5 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH PUSAT ARITMETIK CAHAYA MINDA SEBAGAI TEMPAT TUISYEN MATEMATIK ANAK KORANG

TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR

1# TEKNIK PENGIRAAN MENGGUNAKAN JARI CEPAT MUDAH DAN BERKESAN

Sebab utama korang wajib memilih tuiysne matematik online Aritmetik Cahaya minda ini adalah kerana Aritmetik mengajar teknik menguasai sifir dan pengiraan operasi hanya menggunakan jari.

TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR

2# MASA MENGAJAR YANG FLEKSIBEL
 
Yang bestnya tidak terikat dengan masa yang diberikan kerana masa cikgu ini mengajar mengikut masa yang ibubapa dan anak-anak mengikut kesusaian masa kita.Yelah, sepanjang PKP ni anak-anak kan sibuk dengan PDPR.Jadi mungking masa dari pagi hingga tengahari diisi dengan kelas online oleh cikgu sekolah.
Jadi masa yang terluang hanya pada malam atau hari minggu.
 
Macam umi ni free masa hujung minggu sahaja kan, jadi sabtu malam baru boleh join kelas tuisyen menggunakan google meet.Jadi takde masalah bila untuk kelas online matematik ni.
 
#3 PENGALAMAN TUTOR SELAMA 28 TAHUN
 
Mempunyai Tutor yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.Menyelesaikan masalah anak-anak dalam sekelip mata sahaja.Walaupun kelas yang diadakan tu kita rasa tak mencukupi, tapi bila kelas yang diadakan tidak sampai 2-3 jam tu mampu menyelesaikan masalah anak-anak yang masih tidak dapat mengikuti cara yang betul.
Tutor yang mengajar pun sangat-sangat memahami kehendak anak-anak dalam pelajaran mereka.
 
Sentiasa bertanya tentang masalah anak-anak dalam menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh tutor.
 
#4 YURAN YANG BERPATUTAN 
 
Mesti korang tertanya-tanya tentang yuran dari Aritmetik Cahaya minda ni kan.Berbaloi kan dengan hanya RM150 sebulan dan kelas diadakan sekali seminggu dan 1 jam setiap kelas.
 
Pada umi memang berpatutan sangat-sangat dengan yuran sebanyak RM150 tu.
 
#5 AJAR SAMPAI PANDAI
 
Umi suka dengan cara cikgu Faridah mengajar anak-anak.Anak-anak pun mudah faham dan dia akan ajar anak-anak ni sorang-sorang tau sampai anak-anak ni faham.
 
Dan bukan itu sahaja, dia selalu akan selalu hubungi ibubapa untuk memantau kerja sekolah anak-anak dan beri latihan setiap hari.Ye korang, kalau korang nak anak korang pandai dalam teknik ni, memang selalu kena buat latihan.Itu yang selalu beliau tekankan kepada ibubapa.
 
Jadi takde masalah la kan untuk korang yang ingin mencari tuisyen matematik ni kerana ianya dilakukan secara online.
 
So far Auni dan Awfiyah dah 2 bulan join tuisyen matematik ni.Cuma tulah, budak-budak ni nak kena selalu buat latihan di rumah supaya mereka lebih pantas menggunakan jari.Kadang mood ok cepat je buat, datang mood tak ok, separuh muka surat pun taknak buat.
 
Tapi apa pun setiap teknik yang kita buat, mesti  kena banyak buat latihan supaya anak-anak ni serasi dengan teknik matematik menggunakan jari ni.Bukan itu sahaja tau, ibubapa juga perlulah sama-sama beri komitmen supaya anak-anak kita ni mahir dalam kaedah ni.Kalau ibubapa tak beri sokongan kat anak-anak macam mana mereka nak berjaya kan?
Insyallah umi pun mencuba juga ni untuk selesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh cikgu.Memang umi berpuas hati bila mencuba kaedah ni dalam kerja-kerja sekolah mereka 
 

CARA MENDAFTAR PUSAT TUISYEN ARITMETIK CAHAYA MINDA

 
Tak perlu nak cerita banyak, korang yang mencari pusat tuisyen matematik untuk anak-anak ni korang boleh terus whatssap no yang umi berikan dan nak tau lebih lanjut boleh tengok kat page mereka.
 
 

Loading

1 Comment

  1. boleh cuba ni..
    8x sebulan for only 150 kira murahlah. tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *