TEKNIK MENGIRA GUNA JARI YANG MUDAH UNTUK PELAJAR | Tak payah dah mengira guna batang aiskrim atau buku kotor untuk mengira
Masa mula-mula kawan umi kenalkan satu pusat tuisyen matematik yang mengajar anak-anak mengira,menghafal sifir guna jari ni umi tak berapa yakin.Yelah, dak Naura dan dak Auni ni baru umur 7 dan 6 tahun.Boleh ke menguasai matematik dengan begitu mudah?
Umi cubalah kan jugak tengok macam mana caranya teknik mengira guna jari yang mudah untuk pelajar ni yang diorang kata tu senang.Umi cubalah daftar untuk dak berdua ni.Sebab cikgu tu kata ada pelajar umur 7 tahun dah boleh hafal sifir guna jari sahaja.Umi terujalah bila tengok video-video anak kecil yang boleh selesaikan masalah matematik hanya menggunakan jari sahaja.Itu yang umi daftar budak berdua tu ke kelas tuisyen matematik di Pusat Aritmetik Cahaya minda.
Jauh?
Korang kena baca dulu macam mana cara nak daftar dan belajar hanya melalui google meet.
PUSAT ARITMETIK CAHAYA MINDA
Kepakaran Aritmetik Cahaya minda adalah untuk menyelesaikan masalah anak anda yang lemah dalam matapelajaran matematik.Mengajar para pelajar sehingga mereka pandai.Kelas diadakan dengan masa yang fleksibel dengan yuran berpatutan.Pengajar yang berpengalaman lebih 28 tahun dalam bidang ini.
PUNCA PELAJAR MENGHADAPI MASALAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK
Punca pelajar menghadapi masalah dalam matematik adalah kerana tidak menguasai dan tidak mahir dalam pendarapan dan pembahagian.Kelas Aritmetik dapat mengajar murid-murid yang kurang berbakat dalam matematik cara yang mudah dan berkesan untuk menguasai pendarapan dan pembahagian.Murid pra sekolah hingga darjah 5 digalakkan mengikut kelas ini.
Pelajar hanya perlu meluangkan masa selama 15 minit setiap hari membuat latihan Aritmetik bagi melatih otak supaya menjadi pelajar yang mahir dalam matematik.Pelajar yanng kurang berbakat dalam matematik sangat digalakkan mengikut kelas ini.
Serius lah kan ada pelajar umur 7 tahun dah boleh mengira dan penolakan dengan teknik abakus ni.
SELESAIKAN MASALAH MATEMATIK HANYA MENGGUNAKAN JARI
Ini adalah cerita sebelum Dak Naura dan Auni belajar kuasai matematik menggunakan jari.Nak-nak si Auni yang berumur 6 tahun ni.Kalau dia buat kerja matematik, memang habnis satu buku nak dicontengnya.Umi pulak kenalah mengajar dia satu-satu menggunakan batang aiskrim atau contengan palang di buku.Bagi umi mudah je nak suruh dia faham guna cara tu.
Rupanya lagi mudah bila dia masuk ke kelas Tuisyen Aritmetik ni.Untuk anak yang baru berusia 6 tahun keatas ibu bapa memang perlu ikut serta supaya mudah faham bila nak mengajar anak nanti.Umi pun turut serta dalam 2-3 kali kelas berlangsung.
Memang agak struggle la kan masa mula-mula join kelas ni, tapi bila lihat anak kita berjaya selesaikan 20 soalan matematik tambah dan tolak hanya dalam masa 20 minit, rasa berbaloi kita tengok.
Setakat ni setiap hari kena konsisten buat matematik ni supaya anak-anak lebih faham dan jelas menggunakan teknik mengira guna jari.
Baca juga : [ 4 TIPS TINGKATKAN FOKUS ANAK DALAM PEMBELAJARAN ]
Memang kena selalu latih diorang buat kerja matematik ni supaya mereka lebih bersedia untuk memasuki teknik sifir dan bahagi.
So far, Auni dan Awfiyah dah boleh kuasai matematik tambah dan tolak hanya menggunakan jari tanpa perlu buku conteng disebelah.Umi pulak excited tengok diorang kira guna jari je.Boleh tengok video Auni mengira menggunakan kaedah jari ni.
Nak buat kerja matematik sekarang ni tak perlu nak bergaduh dah dengan diorang ni.Umi tau diorang boleh settlekan masalah tu sendiri.Cuma umi perlu pantau bila diorang kena buat jalan kira jelah kat buku.
Memang puas hati bila daftar dengan Pusat Tuisyen Aritmetik ni.
Jadi korang yang ada anak 6 tahun ke atas memang umi syorkan untuk korang daftar anak korang ke kelas Matematik ni.Nak tau sebab apa.meh tengok 5 sebab mengapa korang perlu pilih Aritmetik Cahaya Minda ni sebagai kelas tuisyen matematik anak-anak korang.
5 SEBAB MENGAPA PERLU PILIH PUSAT ARITMETIK CAHAYA MINDA SEBAGAI TEMPAT TUISYEN MATEMATIK ANAK KORANG
1# TEKNIK PENGIRAAN MENGGUNAKAN JARI CEPAT MUDAH DAN BERKESAN
Sebab utama korang wajib memilih tuiysne matematik online Aritmetik Cahaya minda ini adalah kerana Aritmetik mengajar teknik menguasai sifir dan pengiraan operasi hanya menggunakan jari.


CARA MENDAFTAR PUSAT TUISYEN ARITMETIK CAHAYA MINDA

boleh cuba ni..
8x sebulan for only 150 kira murahlah. tq