5 Jenis Teh Untuk Pesakit Kencing Manis | Bila dah dapat penyakit ni, banyak yang perlu dikorbankan terutama bab pemakanan.
Tapi untuk terus sihat, kenalah jaga pemakanan supaya tahap kencing manis tidak terus memudaratkan .
Pesakit diabetes ni memang perlu kawal makanan dan minuman manis yang bergula atau bersusu.Tapi bagaimana pula dengan teh untuk kencing manis?
Persoalan ini dah lama menjadi tanya tanya kepada pesakit diabetes kerana semua orang tahu bahawa teh juga tergolong dalam minuman yang manis(bergantung kepada jenisnya)
Jika korang belum tahu, tak salah jika nak mengambil teh untuk kencing manis asalkan ianya perlu diambil tahu jenis dan kesusaian dengan kondisi seseorang
TEH, MINUMAN TERBAIK JIKA ADA DIABETES?
Setiap kali sarapan pagi ataupun minum petang, minuman teh mungkin tidak akan lekang daripada fikiran masyarakat kita kerana ianya sudah menjadi ruji.
Pun begitu, ia juga terkenal dengan kandungan kafein yang membuatkan orang ketagih lantas membawa perdebatan samada ia bagus atau tidak untuk kesihatan.
Buat pesakit kencing manis, tidaklah dikatakan ia adalah minuman yang terbaik namun tidak salahjika korang tahu jenis-jenis yang sesuai.
Ketahuilah bahawa minuman teh itu sendiri mempunyai pelbagai jenis dan ia berbeza dari aspek warna, rasa serta khasiat yang dibawanya masing-masing.
JENIS TEH YANG SESUAI UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Usah khuatir kerana korang juga mungkin masih mampu untuk mengambil minuman kegemaran ramai ini tanpa risau bahawa ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah korang.
#1 Teh Hijau
Teh hijau merupakan jenis teh yang paling sihat dan popular.Secawan teh hijau mengnadungi kira-kira 28mg kafein sahaja dan ia mungkin bagus jika ada kencing manis.
Ini kerana ia dipercayai mampu untuk menurunkan kadar glukosa serta memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha mengelak komplikasi obestiti.
Ia dibuktikan melalui kajian bahwa mereka yang mengambil teh hijau lebih dari 10 tahun cenderung untuk memiliki saiz pinggan dan lemak badan yang kecil.
#2 Teh Hitam
Teh hitam merupakan jenis teh yang berasal daripada tumbuhan samada dengan teh hijau,ia juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri terhadap pesakit kencing manis.
Ini kerana kajian pada tahun 2019 mendapati bahawa ia mampu memperbaiki kerintangan insulin selain mengurangkan risiko komplikasi-komplikasi yang lain.
Bukan itu sahaja, teh hitam turut mamp untuk mengawal kadar glukosa dalam darah tanpa mengira samada ada individu itu ada kondisi diabetes ataupun tidak.
3.Teh Halia
Teh halian mungkin bukan sahaja buat mereka yang kerap ada masalah perut seperti mual dan muntah, malah juga baik buat mereka dengan penyakit diabetes.
Menurut kajian terhadap individu dengan diabetes yang tidak ambil insulin, teh halia mampu untuk memperbaiki pengawalan glisemik dalam tubuh badan.
Ini kerana halia yang dicampurkan di dalam teh ini mampu untuk mengelakkan enzim proses metabolisme karbohidrat selain meningkatkan sensitiviti insulin.
#4 Teh Pudina
Teh pudina menambahkan rasa pudian di dalam minuman mampu membuat korang lebih tenang, dan ia dalah berita baik buat pesakit diabetes yang mahu untuk elak stress.
Menurut kajian yang melihat perkaitan diantara diabetes dengan stress, tekanan adalah salah satu faktor yang mampu untuk mempengaruhi kadar glukosa.
Bukan sahaja stress,aroma pudina yang menenangkan ini juga dipercayai mampu mengurangkan kegelisahan, kesedihan serta kepenatan secara mental dan fizikal.
5# Teh Chamomile
Pesakit diabetes perlu untuk dapatkan tidur dengan kuantiti dan kualiti yang baik dan jika tidak, ia mampu menjejaskan proses tubuh badan menghasilkan insulin.
Teh Chamomile ini memang bebas kafen lantas menyokong kajian yang kata bahawa pengambilannya mampu memperbaiki tidur waktu malam.
Dalam pada itu juga, teh untuk diabetes ini dipercayai mampu memperbaiki sensitiviti insulin serta pengawalan glukosa yang merupakan kunci utama.
Pesakit diabetes masih perlu berwaspada kerana jenis-jenis teh yang dinyatakan diatas ini memang bagus buat kesihatan tubuh badan secara umumnya.
Pun begitu, ia juga mungkin mempunyai pro dan kontra disebaliknya yang sangat bergantung dengan kualiti dan kuantiti teh yang diambil oleh pesakit diabetes.
Sebagai contoh, korang mungkin tidak boleh menambahkan gula atau susu ke dalamnya sesuka hati kerana ia akan menjejaskan potensi dan risiko kadar glukosa.
Disebabkan itu juga pesakit diabetes masih perlu berwaspada untuk pengambilan teh agar tidak timbul komplikasi lain kelak.
Itu dia 5 jenis teh untuk pesakit kencing manis yang perlu korang tahu.Umi just ambil teh hijau je sebab korang sedia maklum teh hijau ni banyak manfaatnya kan.
Sekarang tengah cuba nak biasakan minum teh hijau..Huhu