Teaser : LC Derma Review Product

Assalamualaikum
Tengok tajuk entry aku ni..Siap ada Teaser lagi…ngalahkan filem pulak…Aku memang suka untuk mencuba sesuatu benda yang baru ni,khususnya tentang kecantikkan..Walaupun tak secantik Neolofa,Tiada wanita yang tidak mempunyai hak untuk tidak menjadi cantik…cewahhhh..ayat ko kan!!.. siap bold lagi
Selagi belum ada satu product yang aku rasakan boleh memudaratkan kulit wajah aku ni,selagi tulah aku akan terus mencuba sesuatu produk..
Kulit muka aku nie memang bermasalah.Bila hormon tak stabil ni,muncullah jerawat,Blackhead dan whitehead.
Selain dari supplement dalaman,aku jugak mencari sesuatu produk yang sesuai untuk kulit muka aku ni..Bukanlah nak putih melepak,tapi cukuplah sekadar bebas dari masalah jerawat dan jugak masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya.Kulit aku ni jenis hitam manis..Janji ada manisnya..eh…janji abang sayang la…hehehe…Orang kalau sukakan sesuatu,bukan nak tengok dari luaran kan..Of courselah dalaman nya jugak..Walau secantik model pun,tapi kalau perangai haprak,tetap nampak tak cantik…ooopssss…
Sebelum menerima sesuatu untuk Prodcut Review nie,aku akan pastikan jugak,produk tu takde bahan chemical yang boleh merosakkan kulit muka aku ni.
Hari nie aku dapat satu product dari LC Derma
Aku dapat 2 product dari LC Derma iaitu :-
  • Lc Derma UV CC CREAM
  • LC Derma Moisturising Serum
  • lc derma
    abaikan pemandangan yang kat belakang tu…
    Insyallah,aku akan review product nie dalam masa terdekat..

    Produk nie bebas dari :-
    – Pengawet Tambahan
    – Mineral Oil
    – Tiada lanolin
    – Tiada bahan comedogenic
    – Tiada bahan dari lemak haiwan dsb
    – Tiada pewarna
    – Tiada petrolchemicals
    Yess….Maka ianya boleh digunakan oleh kulit aku nie…

    26 Comments

    1. nak tunggu reviewnya dari akak..

    2. review kesannya tu tak sabar nak tahu nanti..gud luck

    3. assalamualaikum kak eda. wahh tak sabar nak baca review akak guna produk ni. hehehe ~~~

    4. Wah KSD…dapat product review ke? Best nyer…nanti pakai product hati2 ek..

    5. Tak pernah guna produk ni lagi..harap-harap berjaya ya…

    6. salam singgah.

      chewable vita-c kat belakang tu jugak yang menarik perhatian kuuuuuuu

      hehehehehehe 😀

    7. wah.. nanti dah cantik menawan kau memang debommm.. jangan lupa kite blogger picisan ni yer.. hehe..

    8. semoga berhasil dengan prodak LCDerma yer..akak tunggu review seterusnya 🙂

    9. minta2 berkesan kan..

    10. Ingatkan derma apa tadi.. Produk rupanya… Moga serasi dgn produk ni….

    11. salam. nanti buleh jadi duta produk. kelas gitu. abe kie follows your blog.

    12. selain x ada bahan chemical yang boleh merosakkan kulit muka, kena check juga sama ada produk kosmetik tu berdaftar atau tidak dengan biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan (BPFK). sebagai contoh, kat kotak produk tu ada nombor perdaftaran BPFK tak? nombor pendaftaran tu bermula dengan "MAL…"

      sbb saya check melalui nama produk tu dengan BPFK, x de tersenarai plak..

    13. Akak selalu ey dpt produk2 nie.. bestnye.. lepas nie makin cantik dan berseri2lah.. >_<

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *