Tapau Je Kalau dah Bosan Memasak

Tapau Je Kalau dah Bosan Memasak | Mana nak datang idea memasak kalau hari-hari memasak kan.Nak juga makan masakkan orang lain.Lagi-lagi WFH ni, kadang memang tak sempat nak memasak.

Sampai tulah idea nak masak apa pun tak tau.Balik-balik menu yang sama, anak pun dah bosan.Bukan sebab malas ye memasak ni.Tapi sebab penat nak memasak.Sebelum jiwa umi makin kacau baik umi order je makanan.Jiwa mak-mak pun kena jaga jugak kan..hahah..Dari stress asyik memasak je, otak pun dah tepu dah.

Bila otak dah kata malas nak masak, scroll fb, memang terkeluar lah menu-menu yang sedap-sedap.Ternampak pulak menu asam pedas dari Tanjung Puteri Golf Resort.Sememangnya umi memanglah peminat asam pedas.Jadi teringin nak merasa asam pedas diorang ni.Umi tau menu-menu dari TGPR memang sedap-sedap belaka sebab umi pernah makan masa buffet ramadhan di sini dua tahun yang lalu disini.Bukan tu je, company umi pun pernah buat Teambuilding kat sini, jadi tau dah masakkan diorang tu macam mana.Memang berbaloi sangat-sangat.

Tak semua Resort atau Hotel menu mahal-mahal ye.Kalau korang berkemampuan apa salahnya mencuba makanan-makanan dari resort atau hotel ni kan.Tak mahal mana pun korang.Untuk Set  Tapau Je dari Tanjung Puteri Golf Resort ni sangat-sangat berbaloi.Hanya RM12 sahaja per set ye.Kalau korang beli lebih dari 10 set TGPR siap bagi dessert of the day.kalau untuk menu western harga lain tau.

Sejak PKP ni, Makanan delivery memang sangat popular ok.Yelah, orang tak boleh nak Dine in, so tapau tu pun dah ok dah.Tak payah susah-susah korang nak keluar rumah, diorang boleh direct hantar ke depan pintu rumah korang.Senang kan.At least kita boleh la membantu peniaga-peniaga diluar sana tu yang sekarang ni susah sangat nak survive.Perit kan..Kalau kita ada rezeki tu, supportlah diorang sikit.Bila kita bantu orang, Mana tau Allah makin luaskan rezeki kita kan?

Untuk hari tu umi ada order beberapa jenis menu untuk keluarga.And of course untuk umi set asam pedas ikan.

tapau je di tanjug puteri golf resort

Ni antara menu-menu yang umi order untuk tengahari tu.Semua sedap-sedap belaka.Ini review jujur dari umi tau.Hirup asam pedas tu sampai habis ok..

Tapau Je Kalau dah Bosan Memasak

tanjung puteri golf resort
Ikan Masak Asam Pedas & Kacang Panjang Goreng

Tengok jelah kepekatan asam pedas tu..Huishh..memang ler sampai habis kuah umi hirup..And menu yang kedua yang umi pilih untuk Naura dan Fiyah adalah Stir Fried Beef with Oyster sauce sebab menu ni tak pedas.Boleh la untuk budak berdua ni.Daging dia lembut, jadi takde masalah anak-anak nak makan.

Stir Fried Beef With Oyster Sauce

Kita add on jugaklah menu western.So, umi order Chicken chop with Mushroom sauce.Umi suka sos mushroom dia tu..Sedap weh…Cicah dengan ayam memang dah ngam sesangat.

And last sekali of course kena ada dessert kan..In love betul tau dengan apple pie dia.Masa diorang hantar tu masih panas-panas lagi.Sebab untuk dessert ni freshly baked upon order ko!! mau tak sedap..

And last sekali Fruit Jelly.Satu tupperware tu banyak tau.Boleh makan 2-3 orang.Tapi cik piyah setengah tupperware tu dia punya je.

Eh..lupa pulak satu lagi dessert ni hah..Puding manggo..Ni pebret si Auni.Jadi umi dapat merasa sesudu je.Yang lain dia dah bedal dah.

Untuk Jom Tapau ni korang boleh pilih nak Menu untuk Malay Cuisine atau Chinese Cuisine.Dan untuk western food Order, Eat & Enjoy korang boleh pilih mana menu yang korang nak.Ada lebih kurang 11 menu untuk western food ni.

Dan korang boleh add on Manggo puding, cream caramel atau fruit jelly dengan harga RM3.50 sen sahaja.Macam umi lah kan, add on sekali manggo puding dan juga fruit jelly tu..Tapau je kalau bosan memasak kan? hehehe

Untuk korang yang berada berdekatan Pasir Gudang atau Johor Bahru ni boleh la order menu untuk lunch atau makan malam ni kan.Lagilah mereka-mereka yang sedang #WFH tu, memang takde masa nak memasak, dengan anak pdpr lagi..Uih!! memang takde masa yang banyak nak memasak kan.Macam mana nak order??

CARA ORDER TAPAU JE DARI TANJUNG PUTERI GOLF RESORT

  • Step 1: ORDER- Nama > Item No > Pickup/Delivery time > whatssap ke 017 744 2711
  • Step 2: PAYMENT-Buat bayaran secara online dan hantar bukti pembayaran melalui whatssap
  • Step 3: DRIVE THRU/DELIVERY- korang boleh drive thru di lobby hotel dan tunjukkan no resit atau mereka hantar terus ke rumah korang

Pembelian dari 11.00 pagi hingga 6.30 pm ( Last delivery pada 6.oo petang)

Whatssap : http://shorturl.at/hnFXZ

Nak tau lebih lanjut korang boleh tengok di social media mereka di bawah ni

Instagram | Facebook | Website

 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *