Tapak tangan berpeluh punca dan rawatannya

Tapak tangan berpeluh ni kalau dilihat macam bukan penyakit, tapi bila dibiarkan akan terus melarat dan buat sipesakit ni rasa tak selesa.Apa punca dan rawatan untuk tapak tangan berpeluh ni?

Kalau dikalangan adik beradik umi ni, umi takdelah ketara sangat tangan berpeluh atau lebih tepat tangan basah.Ada dua orang adik umi yang ketara sangat tangan basah ni tau.Dan sorang tu sangat-sangatlah teruk sampaikan masa sekolah dulu, dia tak boleh salin nota yang cikgu bagi sebab bila dia tulis tanpa ada kain disisi, habislah buku basah.Itu belum lagi bila dia nervous atau sebagainya.Lagilah teruk.

Kalau nampak dia menyapu atau buat kerja rumah, memang basah la jawapnya alatan yang dia pegang.Sebab tu dia sentiasa lap tangan dia dekat baju.Makanya bajulah yang basah kan.

Ada jugaklah dia jumpa doktor pakar tentang penyakit dia ni, doc kata kena buat operation bagi penyakit dia ni.Of courselah dia taknak kan? Walaupun tak selesa, tapi sampai nak buat operation, dia kata nantilah dulu.

Jadi apa sebenarnya tangan berpeluh atau tangan basah ni? Jom kita huraikan dari bacaan umi disini.

PUNCA TAPAK TANGAN BASAH(SWEATY HANDS) DAN TIPS UNTUK MERAWATNYA

tapak tangan berpeluh

Punca tapak tangan basah atau sweaty hands ni dipanggil “Palmar hyperhidrosisi atau tangan berpeluh yang berlebihan.Terdapat pelbagai penyebab atau punca bagi penyakit ini.

Ia adalah sejenis hiperhidrosis yang paling lazim berlaku.Keadaan ini disebabkan oleh aktiviti rangkaian saraf simpatetik yang terlebih aktif.Saraf simpatetik merupakan sebahagian daripada sistem saraf autonomi yang mengawal aktivti di dalam badan.Rangkaian simpatetik terletak di rongga dada.

Peluh tangan yang berlebihan adalah dari keadaan yang ringan hinggalah kepada sangat teruk, dan mungkin asal daripada genetik.Tangan yang berpeluh biasanya bermula awal pada zaman kanak-kanak dan boleh menjadi lebih teruk apabila usia semakin meningkat.Ia tidak menjadi lebih baik dari masa ke semasa atau sembuh apabila usia meningkat.

Kebanyakkan pesakti dengan tangah berpelih yang teruk tidak mendapat manfaat daripada rawatan konservatif seperti ubat-ubatanm ion tophoresis, atau biofeedback, walaupun syarikat insurans mengesyorkan untuk mencuba ubat-ubatan terlebih dahulu.

Untuk Palmar hyperhydrosis yang teruk, pilihan terbaik mungkin menjalankan prosedur pembedahan yang dikenali sebagai “endoscopic thoracic Sympathectomy”(ETS)

Apakah Itu Tangan Berpeluh

“Palmar hyperhidrosis”, atau peluh tangan yang berlebihan, menjejaskan 1-3% daripada kebanyakan orang. Ia biasanya bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja. Tangan berpeluh boleh menjejaskan seseorang dari segi sosial dan emosional.

Apakah penyebab tangan berpeluh?

Banyak penyebab yang boleh menyumbang kepada keadaan ini:

  • Pengaruh genetik – sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
  • Tekanan fizikal
  • Tekanan emosi.

Apakah Gejala Tangan Berpeluh

Ia boleh menjejaskan kedua-dua belah tapak tangan dalam bentuk peluh yang sedikit atau berpeluh yang teruk. Ia akan berhenti apabila tidur. Kebanyakan kes tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit.

Tangan peluh boleh dikaitkan dengan peluh berlebihan di bahagian lain pada badan juga termasuklah celah ketiak (axillary hyperhidrosis), muka dan kulit kepala (craniofacial hyperhidrosis) dan kaki (plantar hyperhidrosis).

Keadaan ini boleh mendatangkan stres kerana kesannya terhadap kualiti hidup.

Baca juga : Selalu lapar tanda kurang protein dalam badan

Diagnosis biasanya dilakukan berdasarkan sejarah medikal mengenai permulaan penyakit anda. Siasatan lanjut akan dipertimbangkan jika melibatkan kawasan yang lebih besar pada badan atau jika hiperhidrosis berlaku semasa tidur. Rawatan bergantung kepada betapa seriusnya keadaan hiperhidrosis dan jika rawatan sebelum ini berjaya.

1) Rawatan topikal seperti aluminium klorida hexahydrate (Driclor) boleh memberi kesan efektif terhadap sesetengah kes ringan atau sederhana.

Driclor perlu sentiasa digunakan pada kulit yang kering untuk memaksimumkan manfaat dan meminimumkan kesan sampingan. Pesakit disyorkan untuk menggunakannya selepas mandi dan sebelum tidur. Keringkan kawasan tersebut dengan pengering rambut pada tetapan sejuk kemudian sapukan Driclor. Basuh tangan anda terlebih dahulu pada waktu pagi dengan air kosong (tiada sabun). Sekiranya kerengsaan berlaku, sapuan krim kortikosteroid dapat membantu (ubat ini perlu digunakan di bawah pengawasan doktor).


Krim antikolinergik seperti glycopyrolate (0.5-3%) juga turut berkesan. Kesan sampingan jarang berlaku. Berapa kerap krim tersebut digunakan bergantung pada individu.

 

2) Iontophoresis


Ia boleh dipertimbangkan untuk kes-kes yang tidak respon terhadap rawatan topikal. Rawatan bergantung kepada individu. Kawasan yang terjejas akan direndam dalam air paip, air garam atau cecair glycopyrrolate. Kemudian arus elektrik pada tetapan rendah akan disalurkan pada permukaan kulit selama 10 hingga 20 minit.


Iontophoresis Glycopyrrolate mempunyai kadar kejayaan yang tinggi 80% daripada pesakit mempunyai tindak balas yang baik terhadap rawatan ini. Tempoh rawatan berbeza mengikut keadaan. Pesakit perlu menjalankan rawatan setiap 2 hingga 14 hari.

 

3) Suntikan toksin Botulinum jenis A (botox)


Suntikan Botox boleh merawat tangan berpeluh dengan selamat dan berkesan. Walau bagaimanapun, rawatan ini agak mahal dan kosnya mengehadkan penggunaan secara lebih meluas.

Kebanyakan rawatan dilakukan setelah saraf diberi bius. Kira-kira 100 unit botox diperlukan bagi setiap tangan. Rawatan ini biasanya berkesan selama 3 hingga 5 bulan. Kesan sampingan termasuklah kelemahan otot sementara.

 

4) Ubat-ubatan


Tablet antikolinergik (seperti oxybutynin dan propantheline bromide) boleh digunakan untuk merawat tangan berpeluh. Walau bagaimanapun, kesan sampingan seperti sembelit, mulut kering dan pening adalah perkara biasa.

Ubat lain yang boleh digunakan termasuklah glycopyrrolate oral, propranolol, clonazepam dan gabapentin.

Ubat menjadi pilihan untuk jangka masa pendek selama beberapa hari hingga minggu untuk memberi “istirahat” bagi tangan berpeluh tersebut.

 

5) Pembedahan


“Endoscopic thoracic sympathectomy” (ETS) adalah rawatan pembedahan untuk pelbagai jenis hiperhidrosis. Ia dilakukan oleh pakar bedah vaskular atau pakar bedah saraf di bawah anestesia umum. Ia mempunyai kadar kejayaan yang sangat tinggi untuk merawat tangan berpeluh tetapi berisiko besar untuk “rebound” berpeluh. “Compensatory sweating” berlaku di bahagian seperti belakang atau bahagian bawah tapak kaki selama beberapa minggu hingga berbulan-bulan selepas pembedahan ETS. “Compensatory hyperhidrosis” boleh menjadi sukar untuk dirawat dan selalunya berkekalan seumur hidup.

Perbincangan mendalam dengan pakar bedah vaskular atau pakar neurologi diperlukan sebelum mempertimbangkan pembedahan ETS.Tangan yang berpeluh memerlukan rawatan yang berterusan. Walau bagaimanapun, sesetengah orang menyedari bahawa masalah peluh tersebut berkurangan apabila usia semakin meningkat.

hah begitulah yang telah diterangkan oleh doctor didalam artikel doctoroncall yang umi baca diatas.

Nampak macam biasa jekan tangan berpeluh ni tapi menganggu jugak tau dengan aktiviti harian kita.Kadang tu bila dia pegang cawan terlalu lama pun boleh terlepas sebab tangan yang basah tu.

Teringat masa dia sekolah dulu, habis lencun buku tu dek kerana tangan yang berpeluh tu.Bila umi tanya bila nak buat operation, dia cakap selagi tak memudaratkan memang dia takkan buat.haha..gitulah setiap kali dia tanya.Dah umur 30an dah adik umi tu.Bayangkan dari kecil dia alami benda tu.Sampai dah anak 4 ni hah.Macam tu jugak lah.Kitorang panggil dia dayang senandung..hahahah sebab masa kecik, punyalah gelap, dah masuk sekolah kemain putih melepak sampai diorang tak sangka itu adik umi.Yelah, bapak lain kan..hahah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *