Tanda Kita Alami Anxiety Disorder | Ramai dikalangan kita yang tak pernah tau akan penyakit Anxiety Disorder.
Mungkin nampak normal bila kita rasa resah gelisah tak semena-mena.Tapi kalau kerap berlaku, itu adalah penyakit.Selain tu timbul rasa panik, gugup, takut, bimbang yang datang secara tiba-tiba dengan kerap.
Umi tak pasti samada umi mengalami penyakit ni atau tidak, tapi pernah bagitahu dekat doktor tentang ni.Doktor ada buat pemantaun dan ia berkaitan dengan penyakit Jantung umi yang umi dah ceritakan di entry INI . Selain tu, hasil dari perjumpaan dengan doktor, umi baru dapat tau penyakit baru yang umi hadapi di SINI
Korang tau ke apa Anxiety Disorder.Sebab ramai yang tak tahu pasal penyakit ni.Yelah, penyakit ni kita tak nampak dari segi luaran, tapi dalamannya bagi seseorang yang menghidap penyakit ni, akan nampak perbezaannya.Jom ambil tau tentang penyakit ni dan apakah tanda-tanda mereka mempunyai masalah ni.
APAKAH PENYAKIT ANXIETY DISORDER
Anxiety disorder adalah satu jenis penyakit mental yang serius dimana seseorang yang mengalaminya akan mengalami gangguan kebimbangan berlebihan yang menyebabkan kehidupan seharian pesakit ni akan terganggu.
Bagi kita mungkin normal untuk merasa risau dan cemas bila berhadapan dengan orang kan,tapi cemas dan risau secara berlebihan dalam urusan seharian, sangat tidak normal.
Jadi untuk mengetahui tanda-tanda mereka yang mengalami anxiety disorder ni korang kena baca sehingga habis ye.
TANDA-TANDA MENGALAMI ANXIETY DISORDER
1. Bimbang Sepanjang Masa
Apabila anda mengalami ‘anxiety disorder’, anda sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih yang luarbiasa.
“Perbezaan antara ‘anxiety disorder’ dan keresahan biasa adalah apabila emosi anda menyebabkan anda menderita dan hidup menjadi tidak terurus,” kata Sally Winston, PsyD, Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland di Towson.

2. Sukar Tidur
Masalah sukar melelapkan mata atau selalu terjaga selalunya terkait rapat dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi.
Kalau kita nak berhadapan dengan sesuatu yang penting keesokan harinya, normallah untuk berasa sedikit gementar atau teruja sehingga sukar melelapkan mata. Tapi sekiranya anda asyik terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.
3. Ketegangan Otot
Ketetangan otot yang berterusan adalah antara tanda yang mengiringi ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.
Menurut Anxiety Centre, rasa kebas pada tangan atau bahagian lain pada tubuh juga adalah simptom yang selalu dialami oleh mereka yang mengalami ‘anxiety disorder’.

4. Masalah Penghadaman Yang Kronik
Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit. Ini semua merupakan masalah yang bermula dari saluran perut yang sensitif terhadap tekanan psikologi.
Keadaan tidak selesa dari segi fizikal dan sosial yang diakibatkan oleh masalah penghadaman ini juga boleh membuat seseorang merasa bertambah risau.
5. Nervous Breakdown
Seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.
Selain itu, ada sesetengah orang pula sering pengsan apabila terlalu stress.
6. Hanya Fokus Pada Komen Negatif
Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.
Akibatnya, seseorang itu akan mempunyai perangai yang terlalu cerewet dan obsesif terhadap kesempurnaan hingga berasa takut untuk gagal.
7. Panic Attack
Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.
Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali perlu berjumpa doktor untuk mengesahkannya.
8. Sukar Menjalin Hubungan
Selain disebabkan bimbang tentang masalah yang dihadapi sekarang, lazimnya seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering terkenangkan peristiwa lampau hingga ia begitu kerap membayangi fikiran.
Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Bahkan, hubungan dengan keluarga juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Anda mungkin melakukannya tanpa sedar kerana terlalu takut untuk disakiti atau takut kehilangan mereka.
Sebab tu bila ada rakan-rakan atau ahli keluarga kita yang kita lihat ada simptom-simptom di atas, jangan diperlekehkan.Cuba untuk tenangkan mereka.Supaya mereka tidak berasa stress dengan apa yang mereka hadapi.
Umi pun tengah control emosi.Lately ni memang kadang² tak boleh control temper umi.Rasa bersalah pulak bila tak boleh buat semua tu dalam keadaan biasa.Cukup senang terasa dengan orang sekeliling.Moga semuanya yang baik-baik untuk umi.Takut nak tunggu keputusan bulan 1 nanti..Entah sempat entah tidak..wallahualam
Alhamdulillah tak ada lepas baca semua tanda-tanda
hehehe
saya selalu nervous kalau ada event yang perlu saya berucap. tu normal kot bagi orang yang memang pemalu macam saya ni. Ahaks..pemalu kah? Semoga baik2 saja ya kakak.. Jaga kesihatan diri.