TANDA KANSER TULANG BELAKANG YANG PERLU KITA KETAHUI

Tanda Kanser Tulang Belakang Yang Perlu Kita Ketahui

Tanda Kanser Tulang Belakang Yang Perlu Kita Ketahui | Dengar pun kita dah ngeri apatah lagi yang mengalami penyakit kanser ni.

Kerap sakit belakang dan lemah otot tangan, perlu hati-hati ini mungkin petanda kanser tulang.Ada beberapa tanda kanser tulang belakang yang kita perlu tahu.

Teringat 3-4 bulan yang lepas umi pernah mengalami sakit belakang yang teruk sampaikan umi tak boleh tidur.Umi tak tau apa punca umi sakit belakang.Walaupun ramai yang kata mungkin disebabkan umi pernah buat pembedahan masa mengandungkan Auni, tapi takkan seteruk tu kan? Puas dah cari jawapan punca sakit tulang belakang.

Nak dijadikan cerita masa umi ajar anak-anak untuk tidur dibilik sendiri, dalam sebulan jugak umi temankan mereka di dalam bilik.Peliknya umi takde sakit belakang, takde pulak susah nak tidur dan sebagainya.

Jadi selepas tu, punca umi sakit belakang tu berkemungkinan sebab tilam la kot.Memang tilam yang umi guna tu keras la..Tebal nak matik! Kalau angkat pun tak boleh 2 orang.Ko rase..Nampaknya kena menabung beli tilam lain la nampaknya.

Cuma terfikir mana umi nak campak tilam berat tu.Uncle lori tilam agak-agak nak ke tidak ek?

Oklah, berbalik kepada kasner tulang belakang ni jomlah kita tengok apakah simptom-simptom pada kanser ni.

APAKAH ITU KANSER TULANG BELAKANG?

Tumor vertebra adalah sejenis tumor tulang belakang yang boleh menjejaskan tulang atau vertebra tulang belakang.

Tumor tulang belakang yang bermula di dalam saraf tunjang atau penutup saraf tunjang(dura) disebut sebagai tumor saraf tunjang.

Tumor yang menjejaskan bahagian vertebra ini sering berpunca daripada tumor yang berkembang pada bahagian tubuh yang lain.

Namun ada beberapa jenis tumor yang bermula di dalam tulang belakang seperti kordoma, kondrosarkoma, osteosarkoma, plasmasitoma dan sarkoma Ewing.

Tumor vertebra boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kecacatan kekal, tidak kira sama ada ia sejenis tumor kanser atau bukan kanser.

JENIS JENIS TUMIR KANSER

Untuk pengetahuan korang, tumor vertebra dikelaskan mengikut lokasinya di tulang belakang atau bahagian vertebra.

Tumor vertebra juga dikenali sebagai tumor ekstradural kerana ia berlaku di luar saraf tunjang itu sendiri.

Kebanyakkan tumor yang berlaku pada bahagian vertebra ini berkembang daripada kawasan tubuh yang lain seperti payudara, prostat, paru-paru dan buah pinggang.

Walaupun kanser ini biasanya dikesan sebelum berlakunya masalah pada tulang belakang, namun seseorang individu tersebut mungkin akan mengalami tanda kanser tulang belakang seperti sakit-sakit belakang.

Plasmasitoma adalah jenis tumor vertebra primer yang biasa berlaku walaupun tumor dalam tulang belakang agak jarang berlaku,

Selain daripada plasmasitoma, seseorang individu tersebut juga boleh mengalami jenis kanser tulang belakang yang lain seperti hemangiomas, osteoblastomas dan osteiod osteomas.

Tanda kanser tulang belakang yang perlu diketahui.

Apabila tumor kanser yang berlaku itu semakin merebak atau membesar, ia boleh menyebabkan simptom kanser tulang belakang yang berbeza.

Ini kerana ia boleh menjejaskan kawasan tubuh badan sedikit dem sedikit mengikut peringkat.

Antara kawasan tubuh  yang boleh terjejas dengan kanser tulang belakang ini ialah saluran darah, akar saraf dan tulang itu sendiri.

Antara simptom kanser tulang belakang yang mungkin berlaku ialah 

  • Sakit belakang yang semakin teruk ketika waktu malam.
  • Rasa sakit pada bahagian tumor disebabkan pembesaran tumor.
  • Otot mula menjadi lemah terutamanya di kawasan kaki dan tangan.
  • Sukar untuk berjalan sehingga boleh menyebabkan kita terjatuh.
  • Sakit belakang sehingga menyebar ke kawasan tubuh yang lain.
  • Kurang berasa sensiitif terhadapn rasa sejuk dan panas dan sakit.Ini juga boleh menjadi tanda kanser tulang belakang
  • Kehilangan fungsi pundi kencing
  • Kelumpuhan secara ringan atau teruk yang boleh berlaku dikawasan tubuh ang berbeza.

Tanda kanser tulang belakang ini juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser tulang belakang  tersebut.

Selain tanda kasner tulang , kita perlu juga tahu punca ianya berlaku.Tidak dapat dikenal pasti dengan jelas mengapa tumor kanser tulang belakang ini berlaku.

Namun pakar perubatan menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh gen yang mengalami kecacatan atau kerosakkan.

Tidak diketahu sama ada kerosakan gen ini berlaku disebabkan faktor keturunan

atau berlaku dari semasa ke semasa.

Ia juga mungkin boleh berlaku disebabkan pengaruh persekitaran seperti pendedahan kepada jenis bahan kimia tertentu.

Kebanyakan daripada tumor kanser tulang belakang ini berpunca daripada tumor bahagian tubuh lain yang telah menyebar sehingga ke tulang belakang.

Kanser tulang belakang juga lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang pernah menghidap kanser sebelum ini.

Komplikasi kanser tulang belakang

Tidak kira sama ada ia tumor yang bersifat kanser atau tidak, kedua-duanya boleh memampatkan atau menyekat saraf tunjang.

Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kelumpuhan atau kehilangan deria pada bahagian tubuh yang berada di kawasan bawah tumor tersebut.

Malah, kerosakan saraf juga boleh berlaku secara kekal.

Selain itu, tumor pada tulang belakang juga boleh menyebabkan kerosakan pada struktur tulang dan menyebabkan ia menjadi tidak stabil.

 

Ini menjadikan tulang mudah patah dan mencederakan tulang belakang.

Namun, kesemua komplikasi ini boleh dikurangkan risikonya jika tumor tersebut dikesan lebih awal dan dirawat dengan baik.

Rawatan bagi kanser ini

Terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia bagi kanser tulang belakang yang berlaku.

Rawatan untuk jenis kanser ini dilakukan bagi membuang tumor tersebut daripada tulang belakang anda.

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai seperti umur, tahap kesihatan, jenis tumor dan keadaan tumor tersebut.

Antara kaedah rawatannya adalah seperti pembedahan, terapi radiasi, radiosurgeri stereotaktik, kemoterapi dan penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui simptom kanser tulang belakang serta beberapa risikonya jika ia berlaku.

Ingatlah, ia bukan sahaja boleh melumpuhkan tubuh badan, tetapi juga boleh membawa maut jika ia benar-benar menjejaskan saraf tunjang korang

Sumber : Sini

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *