Takwim Persekolahan Terbaru 2020 Sepanjang PKPP

Takwim Persekolahan Terbaru 2020 Sepanjang PKPP | Alhamdulillah, hari ini anak-anak Tingkatan 4 dan 5 telah memulakan sesi persekolahan mereka.

Walaupun ramai ibubapa yang khuatir tentang keselamatan anak-anak ketika di sekolah pada musim PKPP ni, tetapi Inisiatif Kerajaan dalam menjalankan SOP semasa di Sekolah telah dikaji dan dilaksanakan di semua Sekolah.

Cuma kita perlu mengingatkan anak-anak kita supaya mengikut SOP yang Kerajaan telah tetapkan.Baca semula GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH SEMULA 

PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020(Rabu) melibatkan murid Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia(SPM),Sijil Vokasional Malaysia(SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

KPM telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 untuk membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran pembelajaran Murid.

Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi sekolah-sekolah mengikut kumpulan di bawah

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 KUMPULAN A 

Melibatkan Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah Kelantan dan Terengganu

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 13 Mac hingga 21 Mac
  • Cuti Pertengahan Tahun  22 Mei hingga 6 Jun
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 20 Ogos hingga 24 Ogos
  • Cuti Akhir tahun 18 Disember hingga 31 Disember 2020

 

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 KUMPULAN B

Melibatkan Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang. Sabah,Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

  • Cuti Pertengahan Penggal 1 14 Mac hingga 22 Mac
  • Cuti Pertengahan Tahun  23 Mei hingga 7 Jun
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 20 Ogos hingga 24 Ogos
  • Cuti Akhir tahun 19 Disember hingga 31 Disember 2020

 

Banyak perubahan yang berlaku pada tahun ni kan? Selagi penularan Covid 19 ni belum berakhir, selagi itulah kita tetap dengan Norma kehidupan yang baru ni.

LAMPIRAN JUMLAH HARI CUTI SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN 2020

Untuk Prasekolah dan sebagainya belum lagi dapat khabar berita.Yang pasti kita teruskan untuk mengajar anak-anak di rumah.Sediakan banyak latihan dan aktiviti pembelajaran dengan jadual yang betul untuk diorang.

Tak semestinya sekolah tutup pembelajaran anak juga kena tutup.Nak anak berjaya kita kena usaha.Insyallah..

 

Semoga bermanfaat

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

One thought on “Takwim Persekolahan Terbaru 2020 Sepanjang PKPP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *