TAHU TELUR BERSAMA CENDAWAN KUAH PEKAT | Lebih dari buat tahu begedil hari tu, adalah dapat sebungkus masih ada dalam peti ais.Tak tau menu apa yang boleh dimasak bersama tahu telur tu.
Kalau dulu, umi jarang la masak tahu telur tu melainkan resepi tahu begedil yang umi pernah buat jualan masa PKP 1.0 dulu.Jadi bila teringin tu kenalah buat.Bahan nak buat tahu begedil ni pun senang, jadi buatlah untuk makan anak beranak.Beli hari tu terlebih pulak,jadi simpan buat stock.
Bila nampak dah lama je dalam peti ais, terfikir nak masak apa dengan tahu telur ni.Sebab memang tak pernah buat masak pun tahu telur ni.Kalau makan kat kedai tu selalulah..ahahah..
Jadi macam biasa, google kan ada,.Teruslah idea ni keluar.Ada pulak bahan kat rumah ni, mudah pulak tu.Jadi apa kata ikut chef umi ni sediakan menu resepi tahu telur bersama cendawan kuah pekat ni
RESEPI TAHU TELUR YANG MUDAH DAN SEDAP
Bahan-Bahannya
- Tahu telur – ikut nak banyak mana
- Cendawan – boleh tambah sayuran lain
- 3 ulas bawang putih dihiris halus
- 1 biji telur
- 1 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam – umi tumbuk kasar lada hitam
Cara memasak
- Potong halus atau kasar tahu telur dan goreng garing
- Angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, boleh kurangkan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau atau keperangan
- Masukkan air.Kalau rasa nak kuah lebih masuk lebih air tu.
- Selepas air tu dah mendidih masukkan kiub ayam dan juga cendawan serta lada hitam
- Masak sebiji telur yang sudah dipukul dan kacau supaya ia tidak berketul.
- Tunggu sehingga mendidih dan bila semua dah cukup rasa, masukkan kuah tu ke dlam tahu telur yang dah digoreng tadi.
- Siap
Hah..Tapi mencabar jugak nak menggoreng tahu telur tu, meletop dia menakutkan umi.hahaha..Jadilah untuk buat lauk.Sedap jugak tu.
Menu lain selain dari tahu telur tu adalah ikan siakap stim limau dan juga baki ayam masak kicap semalam dan sambal sotong permintaan kakak.Syukur untuk rezeki semalam.Alhamdulillah
Puas hati kalau benda yang ko masak tu habis.Barulah umi semangat nak memasak.Ni kalau tak habis potong mood nak memasak.