Syukur Face mask diberi percuma untuk staff | Walaupun harga face mask sekarang ni dah cukup murah berbanding mula-mula diwajibkan pemakaiannya dulu, umi tetap dapat percuma dari company
Tapi itu memang untuk kegunaan umi untuk bekerja sahaja.Kalau di rumah umi beli yang lain.Sekarang ni murah, beli dan buat stock banyak-banyak kat rumah.Paling murah pun umi jumpa di kedai RM5 sahaja sekotak.
Murah kan? Tapi walaupun murah, kita kena kenalpasti juga kan samada mengikut piawaian ke tidak.Ada yang jenis terlalu nipis dijual dan tebal.
Kena pandai lah kan memilih.So far umi beli ok je.Cuma masa mula-mula dulu beli ada jugak yang menipu.Dah la harga mahal, nipis pulak tu.
So, bila dengar management nak berikan kami semua ni face mask, legalah jugak kan.At least jimat sikit duit.
Kualiti face mask yang mereka bagi pun bagus.Nampak tebal dan berkualiti.
Kalau cerita pasal face mask ni, kita kena tau beberapa jenis face mask yang digunakan di luar sana.Ini kita kena tahu jugak sebab tak semua face mask tu boleh melindungi diri kita dari terkena wabak covid ni.
Pemakaan face mask atau pelitup separuh muka ni merupakan kaedah untuk mencegah penyebaran penyakit.
Ada juga yang ambil mudah perkara ni dengan memakai face mask yang langsung tidak menutup hidung biarpun berada dalam kawasan sesak atau di tempat tumpuan umum.
6 JENIS FACE MASK DAN TAHAP KECEKAPAN PERLINDUNGAN TERHADAP VIRUS
1.N95(Perlindungan Terkuat)
Face mask jenis ini mampu menapis kira-kira 95 peratus virus.Malah,ia juga boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti covid-19
Begitupun, harga face mask jenis N95 ini lebih mahal tetapi sangat sesuai untuk menghalang jangkitan menerusi airborne(udara).
2.SURGICAL MASK(Kegunaan Medikal)
Face mask jenis ini yang selalu digunakan pegawai
perubatan dan kesihatan ketika ini. Fungsi face mask jenis tiga lapisan ini juga sama seperti N95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).
Face mask ini boleh didapati pada harga lebih murah berbanding N95. Biarpun face mask N95 paling baik, face mask tiga lapisan ini juga sudah memadai, selain harganya berpatutan.
Face mask jenis karbon ini pula hanya boleh menapis virus pada kadar 10 peratus, bakteria (50 peratus), debu (10 peratus) dan debunga (50 peratus).
Selain itu, face mask jenis karbon hanya sesuai bagi menghalang bau. Malah, ia juga tidak boleh digunakan berulang kali kerana dikhuatiri tercemar dengan virus yang boleh mengancam penggunanya.
Begitupun, kerajaan masih membenarkan pemakaian face mask jenis fabrik yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.
Berdasarkan cara penggunaan, apa sahaja jenis face mask efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, face mask perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang.
3 CIRI PEMILIHAN FACE MASK MENGIKUT SARANAN WHO

Alhamdulillah dapat percuma 🙂
Syukur sekarang dah murah dan senang nak dapat. Kalau tidak, ada yang ambil kesempatan jual mahal. Ianya satu keperluan. Okay sangat buat stok