Lesen besar dari babah bila umi dapat ber’ME TIME untuk Staycation umi 2D1N di Swan Garden Hotel Melaka.Bila lagi kan nak dapat lesen besar ni.So, umi manfaatkan Me time umi untuk jalan-jalan di sekitar bandar Melaka.
Lama dah plan dengan partner umi ni nak jalan-jalan cari makan di Melaka.Banyak tempat makanan viral di Melaka yang umi belum terjah.Bila balik Melaka je, mesti tak sempat nak ke sana sini.
Jadi percutian umi dengan partner umi ni kira Me time umi untuk jalan-jalan cari makan di sekitar Melaka. Tak sabar umi nak ceritakan kat korang.Baca entry Staycation 2D1N di Swan Garden Hotel Melaka sampai habis ye
Sebelum umi cerita pasal jalan-jalan cari makan umi ni, mestilah korang nak tahu kan kat mana umi stay selama umi di Melaka.Tercari-cari juga hotel murah di Melaka untuk umi booking.So, umi google hotel di Melaka dan ternampak Hotel yang strategik dengan tempat yang umi nak pegi tu di Melaka.
Hah! Nampak macam menarik je hotel ni.So, terus umi book Swan Garden Hotel di Melaka ni.Swan Garden Hotel terletak di Kota Laksamana.Kalau korang nak tahu Kota Laksamana ni baru je nak membangun.Jadi banyak tempat menarik di Melaka di kawasan Kota Laksamana yang akan dibangunkan tak lama lagi.Belakang Swan Garden Hotel ni ada pantai yang boleh korang lepak-lepak tau.
Oklah.Bila sampai je Hotel, umi ingat hotel ni biasa-biasa je.Rupanya bila masuk je ke bilik Hotel kami, rasa terpegun sebabnya luas sangat bilik yang kami tempah tu.Nak bagi tahu kat korang,parking dekat Swan Garden Hotel ni sangatlah luas dan selesa.Tak perlu nak park kereta di bangunan hotel.Dibawah tu je.Dan yang penting tak sesak dengan lalulintas kenderaan.Cuma jangan lupa letak kupon kereta dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang ye.
Jom tengok bilik umi yang umi dah tempah hari tu.Oh ya.. umi tempah bilik Family room dengan Tema Baba & Nyonya.Saja tempah bilik besar untuk keselesaan.
Apa yang penting katil dan keluasan bilik sangat selesa.Bukan tu sahaja bilik yang memuatkan sebuah katil queen dan sebuah katil single ni cukup untuk berikan keselesaan pada umi.
Disediakan juga Channel astro yang sesuai untuk family.Lepas ni boleh la bawa anak-anak dan family ke sini.
Ni umi ambil dari angle pintu masuk bilik hotel ni.Boleh menempatkan 3-4 orang dalam satu bilik ni.
Dan ini pula bilik air di dalam bilik Baba & Nyonya.Suka umi tengok sinki pattern macam ni..Comel kan.
Oh ya, untuk pengetahuan korang Swan Garden Hotel ni dah mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi tau.Hotel ni ada 10 tingkat dan mempunyai 100 buah bilik mengikut tema.Nak tau tema apa? Jom umi senaraikan di bawah ni
4 tema bilik di Swan Garden Hotel Melaka
- Baba & Nyonya
- Bali
- Malay Traditional
- British Columbia
Semua bilik-bilik ni ada kelebihannya tersendiri tau.So korang boleh tengok nanti gambar-gambar yang umi share di bawah ni
Ini adalah bilik Bali.Umi suka dengan suasana yang diwujudkan dalam bilik ni.Walaupun umi tak pernah ke Hotel di Bali, tetapi bila lihat gambar-gambar hotel di Bali tu, menggambarkan apa yang ada di bilik Hotel ni tau.
Orang Bali terkenal dengan budaya dan tradisi yang kaya dan untuk mencipta rasa ini, mereka telah menggabungkan perabot tradisional dari buluh dan kayu jati bersama dengan ukiran batu dan patung fauna untuk pengalaman Bali yang asli.Tentulah bilik ni nampak lebih menarik kan?
Bilik British India
Bilik ni ada bath tub dan ada satu koridor di luar yang korang boleh lepak-lepak bersama keluarga.Sangat luas untuk keluarga korang yang besar.
Ketika orang Inggeris pertama kali tiba di Asia Tenggara, mereka membawa gabungan eklektik warisan India dan Eropah yang kini dikaitkan dengan Rajas Inggeris. Dari tiang tempat tidur dan panel tebu yang dirancang dengan rumit hingga aksen kulit palsu pada perabot yang diukir, setiap elemen telah disusun dengan penuh semangat untuk memberi korang nuansa zaman dahulu.
Umi tengok pun rasa nak je stay kat bilik ni.Rasa nak cuba duduk kat semua biliklah senang cerita.
Bilik Malay Tradional
Bagi Umi bilik yang lengkap untuk korang stay bersama keluarga.Siap ada jacuzzi dan juga pemandangan bandar Melaka di luar tu rasa nak stay lebih lama lagi.
Bilik Malay Traditional ni adalah warisan Melayu telah ditakrifkan semula dengan keselesaan mewah dengan penggunaan rotan, kayu dan perabot tenunan yang indah dengan ukiran bunga atau geometri. Suasana bilik semakin ditingkatkan dengan penggunaan warna coklat gelap dan gelap untuk mencipta semula keselesaan rumah Melayu.
Bilik Baba Nyonya
Dan inilah bilik yang umi diami ketika berada di Melaka.Bagi umi sangat selesa dan bersih.Semua lengkap dengan iron board, almari, peti keselamatan, meja dan lain-lain lagi.
Bilik baba dan Nyonya ni adalah Budaya Baba Nyonya lahir dari imigran Cina yang menyesuaikan gaya hidup mereka agar sesuai dengan masa penyelesaian selat. Perabot kayu rosewood dan kayu jati dengan reka bentuk bunga, tempat tidur kayu dan pasu porselin disusun untuk menghiasi bilik dengan kemudahan gaya moden.
Apa lagi yang best yang ada di hotel ni?
Tentunya ada SPA untuk korang meregangkan otot-otot setelah penat berjalan.Swan Spa Village memberikan perkhidmatan seperti –
- Aroma Full Body Massage
- Thai massage
- Facial Treatment
- Individu or couple spa package.
Swan Spa Village ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam yang terletak di tingkat 3 bagunan Hotel ini.
Korang boleh dapatkan details tentang SPA ni di sini
Facebook : www.facebook.com/swanspavillage
Email : spa@swangardenhotel.com
Telefon: +606-288 0688
Mesti korang tertanya-tanya kan? Tiada ke sediakan sarapan apabila menginap di Hotel ni?
Untuk sementara ni, restoran di dalam hotel ini dibawah construction lagi.So, untuk sementara ni, tiada disediakan breakfast di hotel ini.
Korang jangan risau sebab umi dah bagitau kan hotel ni sangat strategik tempatnya.Jadi korang yang nak mencari makan di sekitar hotel ni banyak ye.
TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR SWAN GARDEN HOTEL MELAKA
Antara tempat makan berdekatan dengan hotel swan Garden ni adalah
- Roti canai kayu arang
- Mee hasan Tengkara
- Asam pedas Kota Laksamana
- Steamboat Food Truck
- Cendol Kampung Hulu
- Satay Kampung Jawa
- Mee Besen Original
Dan banyak lagi tempat makan yang berdekatan dengan hotel ni.Serius rugi kalau korang tak menginap di hotel ni tau.
Oh ya,sebelum umi lupa, live band juga ada tau disini.Cuma belum sepenuhnya beroperasi dek kerana MCO tempohari.Mungkin semua facilities yang ada seperti Gym dan sebagainya akan dibuka tidak lama lagi di hotel ini.
BILIK SEMINAR HALL 1 DAN 2
Korang yang nak mengadakan seminar, kursus yang melibatkan pax yang ramai korang boleh juga menempah bilik seminar Swan hall 1 ataupun 2 megikut berapa ramai orang untuk kursus tersebut.Nak buat kerja kawen pun boleh untuk jemputan yang sedikit
Swan Hall 1 boleh menempatkan 200 orang dalam pada satu masa dan Swan Hall 2 untuk 100 orang.
Kalau tak silap umi ada juga Gym di tingkat dua cuma tak pasti dah beroperasi atau belum.
Hah…menarik kan bila korang menginap di Swan Garden Hotel Melaka ni?
Sekarang umi nak bagitahu kat korang kenapa korang kena pilih Swan Garden Hotel ni untuk penginapan korang apabila di Melaka
TEMPAT MENARIK SEKITAR SWAN GARDEN HOTEL MELAKA
- Berdekatan dengan pantai Klebang
- Melaka Thousand Thales & Adventures
- Menara Taming sari
- Muzium Samudera
- Melaka River Park & Cruise
- Makam Hang Kasturi
- The Orangutan House
- Baba & Nyonya Heritage Museum
- Muzium Chetti
- Illusion 3D art Museum
Dan banyak lagi sekitarnya yang korang boleh jelajahi.Untuk maklumat lanjut tentang hotel ni korang boleh lihat details di bawah ye.
Website : https://www.swangardenhotel.com/melaka/
Facebook : www.facebook.com/swangardenhotelmelaka
Instagram : www.instagram.com/swangardenhotel
Email : reservation.melaka@swangardenhotel.com
Telefon: +606-288 0888
Best lah kakak dpt me time jalan2 cri makan viral haha. Jeles kite
Luas dan selesa biliknya. decor pun unik dan nice sangat.