Susu Subur Efferty Ikhtiar Untuk Hamil

susu ikhtiar hamil efferty

Susu Subur efferty ni ialah susu ikhtiar hamil yang sering dijadikan sebagai nutrisi tambahan untuk menyokong proses kehamilan serta anak yang dikandung akan membesar dengan sihat.

Apabila berumahtangga, setiap pasangan mesti menanti akan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka.Anak juga selalu kita dengar dikaitkan dengan mengeratkan lagi hubungan antara pasangan.

Mereka yang lambat mendapatkan cahaya mata pasti risau kan? Yelah, kalau dulu umi nak dapatkan anak yang pertama, kena menunggu hampir 3 tahun lamanya.Dalam tempoh 3 tahun tu, banyak suka duka dan pengalaman pahit dan manis demi mendapatkan cahaya mata.

Memang stress bila kita berada di kalangan orang yang suka bertanya tentang anak.Sampaikan kita rasa down bila perihal anak menjadi topik perbualan mereka.

Tapi.

Umi nak ingatkan dekat korang yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata ialah jangan stress! Jangan mudah mengalah, jangan berhenti berdoa.Dan pastikan kita dalam keadaan yang sihat ye.

Itu antara perkara yang paling penting untuk kita lakukan demi mendapatkan cahaya mata.Meh umi share serba sedikit tentang cara nak hamil cepat.Mungkin korang boleh gunakan tips yang umi nak kongsikan ni kan? Mana tau dengan izin Allah berkesan untuk korang mendapatkan cahaya mata.

CARA NAK HAMIL CEPAT

#1 Ketahui Ilmu tentang Ikhtiar Kehamilan

Sebelum tu ktia kena ketahui serba sedikit tentang kesuburan.Ada banyak faktor penyumbang ketidaksuburan.

  • WANITA – ketidaksuburan itu boleh menganggu ovulasi, jangkitan di salur peranakan, tiub Fallopaian tersumbat,PCOS, masalah dinding rahim dan endometriosis
  • LELAKI – Punca ketidaksuburan pada lelaki pula adalah seperti azoospermia(tiada sel sperma dihasilkan), sperma cacat, sperma mati sebelum sampai ke ovum dan penyakit genetik seperti cystic fibrosis dan kelainan kromosom

#2 Jalani Pemeriksaan Kesuburan

Ramai dari kita yang tak suka untuk memeriksa kesuburan.Ini adalah langkah awal yang perlu diambil kira jika nak mengandung dengan cepat.Ia perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak ye.Selalu sangat kita dengar bila perlu melakukan pemeriksaan kesuburan, wanita sahaja yang perlu melakukannya.Jadi korang perlu untuk tidak buat pemeriksaan terhadap isteri sahaja.

#3 Kenali Kitaran Haid dan Waktu Subur

Mengetahui kitaran haid wanita adalah penting untuk mengetahui waktu subur wanita. Tempoh kesuburan merupakan keadaan di mana ovari wanita membebaskan ovum (telur wanita) untuk disenyawakan. Proses ini dinamakan ovulasi. Waktu subur merupakan waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bagi mendapatkan peluang kehamilan yang tinggi.

Mengetahui kitaran haid anda merupakan tips penting untuk cepat hamil. Kitaran haid wanita normal adalah dalam lingkungan 28-32 hari. Hari pertama kitaran haid merupakan hari di mana haid anda bermula dan proses ovulasi dijangkakan berlaku sekitar hari ke-14 dalam kitaran haid. Oleh itu, pentingnya untuk anda memantau bilakah hari haid anda bermula agar anda dapat mengesan masalah kesuburan seperti masalah hormon tidak seimbang.

Bagi wanita yang mempunyai masalah kitaran haid tidak seragam, agak sukar untuk merancang waktu subur. Oleh itu, anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi pakar kesuburan untuk rawatan bersesuaian.

#4 Amalkan Gaya Hidup Sihat

Menjalani gaya hidup sihat merupakan tips penting kalau nak mengandung cepat. Banyak sebab yang perlu kita elakkan supaya kita dapat mengandung.Bukan hanya wanita, ia termasuklah amalan gaya hidup bagi suami.Nak-nak mereka yang merokok.

 Antara gaya hidup sihat semasa percubaan hamil yang perlu dipraktis adalah seperti berikut:

  • Menjaga pemakanan
  • Tidak merokok dan perokok ketiga
  • Tidak minum alkohol
  • Mengawal berat badan
  • Elak pengambilan kafein
  • Amalkan diet seimbang
  • Elakkan makan dan minum bergula tinggi secara berlebihan
  • Menjaga kesihatan gigi dan gusi
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu mengikut preskripsi doktor
  • Menjauhi dadah rekreasi seperti pil syahbu, ecstacy dan sebagainya.

#5 Menjaga Pemakanan

Kita juga perlu menjaga kualiti pemakanan dan diet yang seimbang untuk kesuburan.Pengambilan diet yang seimbang membolehkan kita mendapat nutrisi lengkap seharian agar tahap kesuburan berada di tahap optimum.

Diet yang seimbang juga dapat membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko diabetes semasa hamil. Sekiranya anda memang merupakan seorang pesakit diabetes, anda perlu mendapatkan konsultansi dan pengawasan doktor sebelum, semasa dan selepas hamil.

Bercakap tentang pemakanan, terdapat satu susu subur yang boleh kita cuba.Salah satu ikhtiar untuk hamil cepat.

APA ITU SUSU SUBUR EFFERTY

Susu Subur Efferty

Susu Subur Efferty ialah satu produk ikhtiar hamil yang telah diuji oleh foundernya sendiir iaitu Dr Raihana Ismail seorang pakar Nutrisi Persediaan awal.Ia adalah salah satu produk ikhtiar hamil yang boleh diminum oleh lelaki dan wanita.Ia adalah solusi impian semua bakal ibu.

Susu Ikhtiar hamil dari Efferty ini dijadikan sebagai nutrisi tambahan untuk menyokong proses kehamilan agar anak yang dikandung membesar dengan sihat.Susu subur efferty ini telah berdaftar di bawah pengeklasan makanan dan memiliki Certificate Of Analysis dan Nutritional facts dan sudah semestinya disahkan Halal oleh JAKIM.

Susu Subur Efferty

Siapa Yang Perlukan Efferty 

  • Wanita yang ingin hamil dalam masa terdekat
  • Wanita yang senggugut teruk,Endometriosis, Fibroid dan Cyst
  • Wanita yang Obes dan ingin turunkan berat badan
  • Wanita yang pernah Ektopik dan 1 tiub dibuang
  • Wanita yang ada masalah tiub tersumbat

Sehingga kini Dr Raihana telah membantu seramai 1500 pasangan untuk berjaya hamil sejak pelancaran susu efferty  pada tahun 2019.Nama efferty ini juga tercetus dari idea Dr Rai sendiri yang menggabungkan ayat Effort Fertility yang bermaksud ikhtiar zuriat

KEBAIKAN SUSU IKHTIAR HAMIL

SUSU SUBUR EFFERTY

  • Menstabilkan “ibu kepada sex hormon” DHEA di kelenjar adrenal(precursor kepada hormon estrogen dan progesteron)
  • Merawat PCOS dengan merendahkan androgen di kilang telur
  • Tingkatkan ‘Keinginan’ Untuk bersama
  • Tambah pelincir untuk memudahkan sperma berenang ke tiub fallopia untuk proses persenyawaan
  • Menebal dinsing endometrium, perkukuh proses impantasi zygot(telur yang dah tersenyawa)
  • Lancarkan haid dan rawat senggugut
  • Menggalakkan kilang telur hasilkan telur matang
  • Meningkatkan potensi persenyawaan telur ova matang dan sperma
  • Membantu dan elak masalah tiub fallopio tersumbat
  • Membantu masalah endomestiosis, fibroid, adenomyosis
  • Perkuat dinding rahim untuk penempelan janin
  • Merendahkan kandungan glukosa dalam darah yang menjadi asbab kepada pcos.
  • Meningkatkan Metabolisma badan
  • Meningkatkan sel HB dalam darah

 

susu subur efferty

BAHAN DI DALAM SUSU SUBUR EFFERTY

#1 Inositol

Mempunyai Vitamin B yang terkandung dalam brokoli berkebolehan dalam menstabilkan hormon serta meningkatan kualiti ovum

#2 Asid Folik

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi, tumbesaran janin serta perkembangan saraf tunjang si kecil.

#3 Madu dan Kuma

Khasiat kurma boleh menguatkan tulang dan membekalkan khasiat kepada si kecil. Kebaikkan madu pula berupaya dalam melancarkan sistem penghadaman

#4 Prebiotik

Prebiotik adalah sejenis serat yang tidak dapat dicerna oleh badan. Prebiotik akan bekerja dengan probiotik untuk memudahkan sistem penghadaman dan menyelesaikan masalah sembelit.

#5 Kalsium

Kalsium merupakan elemen penting bagi pembentukan tulang dan gigi terutama buat kanak-kanak.

#6 Multivitamin

Multivitamin bertujuan untuk memenuhi keperluan kesihatan tubuh, mengimbangi kekurangan khasiat badan, dan mencegah penyakit.

Lebih 70% masalah kesuburan adalah berpunca daripada kilang telur yang gagal berfungsi akibat

  • Bahan kimia tersembunyi dalam deodorant, skincare, perfum, sabun mandi dan shampoo seperti paraben, Aluminium, Mercury dan pelbagai lagi.Toksin ini meresap dalam pembuluh darah dan menyebabkan kilang telur tidur
  • Makanan dan minuman berkeradangan tinggi, pewarna, pengawet, dan perasa dalam masakan menyebabkan  kalenjar adrenal terjejas.Akibatnya hormon stress meningkat manakala hormon seks menurun
  • Kronik stress.Rutin pekerjaan harian menyebabkan badan kurang bersenam dan hormon stress(cortisol) meningkat.Terlebih bersenam lebih 30 minit sehari juga antara asbab utama hormon stress meningkat
  • Kesihatan usus yang tidak baik menyebabkan banyak nutrisi penting untuk kesuburan tidak dapat diserap masuk meskipun telah mencuba pelbagai vitamin sebelum ini.

Dan disebabkan itulah kita perlukan makanan tambahan untuk mengatasi punca ketidaksuburan yang berlaku kepada mereka yang belum mendapat zuriat.

SIAPA YANG PERLU MINUM SUSU EFFERTY 

  • Pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil
  • Wanita yang alami PCOS
  • Wanita yang mengalami senggugut teruk
  • Wanita yang alami aturan haid yang tidak teratur
  • Wanita yang alami cyst dan fibroid
  • Wanita yang alami endometriosis
SUSU SUBUR EFFERTY
SUSU SUBUR EFFERTY

TESTIMONI BERJAYA HAMIL DENGAN SUSU EFFERTY

Dibawah ni antara testimoni susu efferty dan  mereka ini ialah mereka yang  telah berjaya untuk hamil.

semoga dengan perkongsian ini korang boleh la mencuba ikhtiar hamil dengan makanan tambahan Susu Efferty dari Dr Rai ni.Lelaki boleh minum ke tidak susu ni? Jawapannya susu efferty untuk lelaki juga sesuai.

BOOTH EFFERTY DI KARNIVAL JOM HEBOH ANGSANA JOHOR BAHRU

dr raihana

Korang juga boleh dapatkan produk Efferty di karnival Jom Heboh Angsana johor Bahru dari 27-29 Oktober 2023.Mana tau berpeluang berjumpa dengan Dr Rai dan bertanyakan soalan kepada Dr Rai sendiri kan.

Boleh juga dapatkan Buku dari Dr Rai

Untuk maklumat lanjut bagi mereka yang ingin mendapatkan Produk Efferty ni boleh lihat details dibawah

Blog | Facebook | Instagram

Loading

One thought on “Susu Subur Efferty Ikhtiar Untuk Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *