SUSU PISANG FARM FRESH KURANG MANIS DAN SEDAP

Susu pisang farm fresh yang baru dikeluarkan baru-baru ni laku keras betul kan? Umi kena menunggu untuk ejen sini dapatkan stock terbaru tau.Siap masuk wishlist lagi.

Susu pisang farm fresh ni bukan kata sedap je, malah bagi umi manis dia tu memang kena dengan tekak umi.Tak berapa manislah jika dibandingkan dengan susu pisang nilofa yang umi dah cuba tahun lepas.Memang nice je rasanya.Anak-anak pun suka.Kebetulan hari tu si Suzie dok promote susu ni dekat status whatssap, terus umi whatssap dia untuk masuk list order.

Beli 1 botol dan 4 kotak kecil.Senang sikit nak minum.Kang kalau beli botol diorang ni suka nau menogak.Jadi bila beli kotak kecik-kecik ni senang la nak perabih.

susu pisang farm fresh

Tapi tu pun beli tak sampai 2 hari dah habis dah bebudak ni bedal.Umi tak kisahlah sebab susu ni tak berapa manis.Jadi tak risau diorang nak minum banyak pun.

Itu pun mintak nak suruh umi belikan lagi susu pisang ni.Tunggu umi gajilah nanti umi penuhkan peti ais tu.Tu kalau tak dijaga peti ais tu mau tercabut pintu peti ais tu.Apa taknya, sekejap-sekejap bukak,Nasib baiklah peti ais tu tak boleh bercakap tau.kalau tak dah lama dia mengadu penat.

SUSU PISANG FARM FRESH KURANG MANIS DAN SEDAP

hah, ini dia fakta nutrisi susu pisang farm fresh untuk rujukan korang.Mana tau kan korang cari.Jadi umi letaklah siap-siap.Tapi ianya still ada gula tau.Dah tau ada gula jangan terlebih minum sudah.Setakat ko nak merasa tu oklah kan.Dah nama pishang..Mestilah ada gula kan.Cer korang makan je pisang tu, rasa tawar ke manis..hahaha.

Yang botol ni umi punya ok.Yang kotak-kotak kecil anak-anak.jadi sorang pun tak boleh ambil umi punya..hahahah..Tapi mampukah umi nak menepis permintaan diorang bila keluar ayat ” umi nak rasa sikit??” dengan nada berlagu tau!!.Jadi umi pasrah jelah.

Jadi, untuk mereka yang berada di Pasir Gudang atau berdekatan, boleh la whatssap si SUZIE ni untuk order.Nanti dia akan hantar ke rumah korang.Senang kan sekarang ni.Nak apa-apa semuanya dihujung jari.

Bagi korang yang dah rasa tu hah!! apa pendapat korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.