Kelebihan Surah At Taubah Ayat 128 dan 129,Baca 7 kali Selepas solat Fardhu

kelebihan surah at taubah ayat 128 dan 129

Surah At Taubah adalah salah satu surah yang terdapat di dalam Aquran.2 ayat terakhir dalam surah At Taubah iaitu ayat 128 dan 129 dikatakan telah menjadi amalan para soleh dan ulama sejak dari dulu lagi.Ia adalah amalan yang baik kerana dikatakan mempunyai banyak fadhilatnya.

APAKAH SURAH AT TAUBAT 

surah at taubah 128 dan 129

Seperti yang kita tahu, Surah At Taubah adalah salah satu surah di dalam Al-Quran yang berada dalam surah ke-9 dan mengandungi 129 ayat keseluruhannya.Diturunkan pada tahun 9 hijrah di Madinah kecuali dua ayat terakhir dan merupakan antara surah-surah yang terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

At Taubah bermaksud permohona ampun kepada Tuhan dari kesalahannya.Selain nama At Taubah, surah ini turut dikenali sebagai Bara’ah(berlepas diri tidak mahu terikaht lagi dengan perjanjian), Al-Faadhihah(mendedahkan keburukan/kejahatan kaum munafiq), dan Al-Muba’tsirah(pembongkarran kecurangan orang yang memusuhi islam)

Ini disebut sendiri oleh Imam Al-Khatib-al Syirbini di dalam tafsirnya.Walau bagaimanapun, ulama tafsir ada sebahagiannya mengatakan bahawa surah tersebut mempunyai 14 buah nama.Surah ini mengandungi 2497 kalimah dan 10,887 huruf didalamnya.

SEBAB DITURUNKAN SURAH AT TAUBAH

Setiap surah yang Allah swt turunkan mesti ada sebab mengapa ia diturunkan.Berdasarkan pendapat dari AS Syeikh Dr Muhammad Ai As-Sobuni, surah ini mengandungi dua tujuan utama iaitu 

#1 Penerangan tentang undang-undang mualamat dengan orang-orang musyrikin dan ahli kitab

  • Dikatakan, sebelum ini Rasulullah SAW mempunyai perjanjian dengan kaum musyrikin.Namun kaum tersebut sudah banyak kali melanggar perjanjian itu dengan melakukan kerjasama bersama kaum Yahudi daripada Bani Nadir, Bani Quraizah.
  • Bani, Qainuga’ pula telah mengkhianati Rasulullah SAW kemudian surah At- Taubah diturunkan bagi membatalkan perjanjian yang telah dibuat sebelum ini.

#2 Menyingkap keadaan umat Islam ketika Rasulullah SAW memerintahkan mereka untuk memerangi Rome dalam peperangan Tabuk

  • Sebahagian orang tidak menyertai Perang Tabuk bersama Rasulullah saw walaupun perintah perang diperintahkan oleh Allah sendiri
  • Orang Munafiqun mempunyai perancangan jahat dan tipu daya mereka yang licik,

SURAH AT TAUBAH DAN PEPERANGAN TABUK

Menurut Ibnu Khatir, awal surah At Taubah diturunkan ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan pulang dari peperangan Tabuk.Peperangan tabuk adalah peperangan bertemu dengan tentera Rome ketika musim panas, mengharungi perjalanan jauh dan ketika itu ada banyak buah-buahan yang masak ranum sehingga menyebabkan manusia lebih memilih untuk tinggal di tempat masing-masing menikmati nikmat kehidupan.

Analogi yang ditunjukkan ini menjelaskan kita mengenai bagaimana orang beriman berhadapan dengan pujian.Atau dalam kata lain sejauh mana keimanan mereka kepada Allah dan patuhnya untuk mematuhi  segala suruhan Nya ketika perintah peperangan diisytiharkan.

Jadi korang tahu kan kenapa surah At taubah ni diturunkan? Kelebihan surah atu taubah ayat 128 dan 129 sering menjadi amalan mereka dahulu.Memang tiada hadis yang memberitahu tentang kelebihan ayat ini, tetapi amalan orang kita sehingga kini kerana ia merupakan amalan para soleh dan ulama sejak dahulu lagi.

Jelas disini bahawa amalan ini bukanlah daripada Nabi SAW tetapi ia adalah salah satu amalan baik yang dikatakan banyak fadhilatnya.

sumber : akumuslim

MAKSUD SURAH AT TAUBAH AYAT 128 DAN 129

Maksud di dalam surah at taubah ayat 128 seperti dibawah:-

KELEBIHAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128 DAN 129

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggun oleh kamu, yang sangat tamak(inginkan) kebaikan bagi kamu,(dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada ornag-orang yang beriman”

Maksud di dalam surah At Taubah ayat 129 adalah seperti berikut

MAKSUD AYAT SURAH AT TAUBAH AYAT 129

kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):”cukuplah bagiku Allah(yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia: KepadaNya aku berseeah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Baca juga : kelebihan surah Ar rahman

KELEBIHAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128 DAN 129

Antara beberapa kelebihan ayat ini ialah :-

#1 Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat

Surah ini mempunyai khasiat dalam mempermudahkan urusan di dunia dan akhirat seseorang. Jika dibaca tujuh kali setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Manakala jika dibaca paa waktu pagi, ia boleh menjauhkanancaman untuk hari itu, Begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.

#2 Memperoleh Kelapangan hidup

Ujian dan masalah tidak akan sesekali menghimpit hidup manusia. Itu sudah pun menjadi lumrah dalam kehidupan. Di saat inilah, adanya Al-Quran bukan sahaja menjadi kitab panduan untuk umat Islam.

Bahkan ia membantu memberi kedamaian dan ketenangan dalam hati dan jiwa kita. Menghayati makna dari ayat-ayat Al-Quran akan menjadi solusi untuk kita keluar dari kesusahan dan kesedihan.

#3 Hilang segala Kesusahan

Al-Quran penawar dari segala kegelisahan, rasa takut dan kesedihan. Perkara ini dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Ma’rij ayat 19 – 20 yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.”

#4 Rezeki datang melimpah Ruah

Dua ayat terakhir surah At-Taubah iaitu ayat ke 128 – 129 dikatakan mempunyai khasiat yang luar biasa. Mereka yang mengamalkan ayat ini sebanyak 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Surah At-Taubah ayat 128 san 129 bermaksud:

128: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.”

129: “Jika mereka berpaling (daripad keimanan), maka katakanlah; “Cukuplah Allah bagiku, tiadak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”

#5 Menjadi Kuat

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 51:

Maksudnya: Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.”

Rahsia benteng diri adalah dengan mengamalkan dua ayat terakhir dari surah ini. Ia mujarab untuk melindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang.

#6 Memperoleh Kemuliaan

Daripada Abu Umamah RA., Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Umumnya, amalan membaca Al-Quran perlu diteruskan setiap hari. Al-Quran mempunyai kelebihan dan kemuliaan yang tersendiri buat mereka yang istiqamah dalam mempelajari, membaca, dan mengamalkannya.

#7 Segera Mendapatkan Pertolongan

Maksud penting dalam surah ini adalah memberi pertolongan. Dalam ayat ini, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar memberi perlindungan kaum musyirikn yang berminat kepada agama Islam dan menjaga keselamatan serta menolong dalam kesusahan.

Ini sekaligus, dapat menunjukkan keperibadian Rasulullah SAW dan teladan yang baik kepada mereka.

#8 Disegerakan Membayar Hutang

Terdapat beberapa surah di dalam Al-Quran, apabila dibaca dan diamalkan maka kita akan mendapat kecukupan segala nikmat dari Allah. Ini termasuklah surah At-Taubah.

Amalan surah ini boleh menjauhkan diri dari kemiskinan dan selanjutnya menyegerakan mereka yang berhutang untuk segera membayar hutang.

#9 Mengembalikan Barang Yang Hilang

Pada hakikatnya, Islam tidak menolak akan kebolehan syaitan atau jin dalam menyorok sesuatu baran termasuklah tubuh manusia itu sendiri. Hal ini disebabkan, Allah berkuasa untuk mengabulkan permintaan syaitan dan jin yang jahat sekalipun.

Amalan mengamalan surah At-Taubah diyakini dapat mengembalikan barang yang telah hilang. Namun kita perlulah sedar pada hakikat bahawa kesemua yang berlaku atas izin Allah SWT jua.

#10 Sebagai Pelaris Ayat Al-Quran

Allah SWT berfirman dalam surah At-Taubah, ayat 111:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”

Pelaris yang dimaksudkan di sini adalah bagi tujuan pengasih. Al-Quran memang tidak lari dari khasiat perubatannya termasuklah ilmu pengasih yang bertujuan baik.

Sebelum ni ada terdengar daripada tazkirah Ustaz Ebit Lew tentang surah ini dengan membaca surah At Taubah ayat 128 dan 129 sekurang-kurangnya 7 kali sehari.

Antara kelebihannya yang lain ialah

  1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
  2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
  3. Jika dia seorang kalah, akan segera mendapat pertolongan
  4. Jika dia seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
  5. Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
  6. Jika Dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan

Wallahualam.

Kita kena yakin kepada Allah dengan kesulitan yang Allah beri pada kita, akan diangkat.Bergantunglah pada Allah dari kita bergantung kepada Manusia.Semua yang terjadi pada diri kita, Allah yang tentukan.Jadi kita sebagai umat, redha dan percaya dengan apa yang Allah beri ujian tu akan datangnya kemanisan, cuma bila dan dimana kita takkan tahu.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *