Sup Ikan Merah Simple dan Sedap - Kisahsidairy.com

Sup Ikan Merah Simple dan Sedap

Sup Ikan Merah Simple dan Sedap

Sup Ikan Merah Simple dan Sedap | Setiap kali beli ikan Merah, Style menu kesukaan babah adalah Sup Ikan Merah.Macam dah lama kan umi tak cerita pasal memasak ni.

Bukan tak memasak langsung, tapi kalau nak cepat tu, tak dan ler umi nak snap gambar..Tapi semalam terajin pulak.Terajin sekali buat sup ikan merah kesukaan babah tu.Memang itu jelah menu yang akan umi buat setiap kali babah beli Ikan Merah.Tak pernah lagi buat menu lain selain dari tu.Yang part paling best, Dak Naura pun suka bila umi masak masakkan yang jenis sup² ni.Kalau dapat dia hirup kuah sup tu, uishh..memang menambah ler.So, bila buat sup ni mesti umi lebihkan kuah.

Tapi oklah kan, sebab kalau masak asam pedas kang dia tak boleh makan.Dah umi kena masak menu lain untuk dia.

Resepi Sup Ikan Merah ni memang simple je.Janji ada Daun sup, menjadilah dia kan..hahaha..

Kalau ikut resepi umi memang mudah jelah kan.Maklum ler umi bekerja,So bila bekerja ni, balik pun dah pukul 5.30 petang.Bersilat kat dapur pun koman² sejam kan.Sebab tu umi pilih resepi yang simple ni untuk hari biasa.Kalau hari cuti tu banyak sikit ler lauknya.

 

RESEPI SUP IKAN MERAH CARA UMI YANG SIMPLE

Nak buat sup ni, janji ada bahan asas yang memang sentiasa ada kat rumah.Tak perlu sup bunjut bagai dah..hehehe…

Bahan-Bahannya :-

Ikan merah ( paling best kalau dapat kepala)

2 biji bawang besar( yang comel-comel je)

3 Biji bawang putih( umi memang lebihkan bawang putih ni)

Sedikit hirisan halia

Rempah 3 sekawan

3-4 helai daun sup

Sebiji tomato

perasa garam dan gula sedikit

CARA MEMASAKNYA

Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, dan rempah tu.Bila dah naik bau, masukkan ikan dan air.Lepas tu baru masukkan daun sup dan perasakan dengan garam dan gula.Agak-agak ikan tu dah masak boleh ler tutup api. sebelum tutup api tu, last sekali baru masukkan tomato.Tak nak tomato tu lembik sangat kan..Oklah…

Senang kan…hehehe…tak perlu banyak bahan pun.Kalau nak sedap letak maggi cukup rasa tu.Tapi bagi umi ni pun dah berasa dah..

Apa lagi menu umi malam tu? haruslah  ada kan.Sayur bayam digoreng dengan bawang putih sahaja, dan juga tempe goreng bersama bawang dan lada cili.buat garing²..sure habis

Cuma tak sempat nak buat sambl kicap je semalam.Kalau tak memang lagi laju umi makan.hheheheee

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *