SUKE TV Perkenal SUKE Stars

SUKE TV Perkenal SUKE Stars | SUKE TV perkenal SUKE Stars, barisan selebriti terkenal dan bakat tempatan untuk rangkaian TV pembelian SUKE Shop

SUKE TV, sebuah stesen rangkaian penyiaran tempatan yang dilancarkan baru-baru ini oleh Dato’ AC Mizal, hari ini mengumumkan barisan personaliti tempatan terkenal sebagai rakan selebriti. Rakan selebriti yang dipanggil SUKE Stars ini akan menjadi penyampai dan mempersembahkan produk di rangkaian TV pembelian utama stesen ini iaitu SUKE Shop. Pengenalan para personaliti hiburan Malaysia ini adalah sejajar dengan misi stesen untuk membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia.

SUKE TV perkenal SUKE Stars, barisan selebriti terkenal dan bakat tempatan untuk rangkaian TV pembelian SUKE Shop

“Kami mengalu-alukan kedatangan rakan selebriti ke dalam famili SUKE Shop untuk bersama-sama memeriahkan persada hiburan tanah air dengan pengaruh dan perawakan mereka! SUKE Shop bukan sekadar sebuah rangkaian TV pembelian shoppertainment, menawarkan nilai menerusi peralihan medium dari tradisional dan teater ke pilihan dan perkhidmatan digital on-demand 24 jam sehari. Kami berhasrat menyumbang dan mendedikasi SUKE Shop kepada selebriti tempatan, penghibur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para penonton. Kami amat berbesar hati dan gembira dapat menyediakan rangkaian TV pembelian ini yang bukan sekadar menyajikan hiburan semata-mata tetapi juga membantu industri ini secara keseluruhannya,” kata Dato’ AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV.

 

“Kualiti unik yang ada pada SUKE TV membezakan kami daripada pemain industri lain di mana segmen hiburan kami akan disiarkan 24 jam sehari dengan kerjasama rakan selebriti dan kandungan yang didorong kuasa bintang untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan. Strategi platform berkembar kami yang terdiri daripada rangkaian TV pembelian dan e-dagang serta hiburan membolehkan penonton untuk turut mengambil bahagian,” tambah beliau.

 

Antara personaliti yang turut serta termasuk ikon ternama industri hiburan tanah air seperti Wak Doyok, Tengku Azura, Maryam Ryzal, Ernie Zakri, Emelda Rosmila dan Syamel; pempengaruh media sosial seperti Aireena Sofia, Mat Dan, Bibi Qairina dan Rushdan Wafa; dan bakat hiburan seperti Reeve Damien, Allisya Tahir dan Fauzi Zulkifli. 

 

Menerusi rangkaian siaran SUKE TV yang padu dan beroperasi secara penuh, SUKE Shop merupakan sebuah rangkaian TV pembelian percuma (free-to-air) 24/7 yang memfokus pada hiburan dan e-dagang sebagai wadah pembelian menerusi televisyen menerusi MYTV untuk semua penonton. Penonton di Malaysia boleh berbelanja sambil dihidangkan dengan hiburan oleh personaliti kesayangan mereka sepanjang hari menerusi SUKE Shop.

 

Untuk senarai penuh personaliti SUKE Stars, dapatkan yang terkini di platform media sosial rasmi SUKE Shop.

Senarai rakan selebriti SUKE Shop (disusun mengikut abjad):

 

Selebriti

Pempengaruh

Bakat

Achey Kintang Kintung 

Aireena Sofia

Amir Rahim 

Emelda Rosemila

Arviena

Nur Dahiyah

Ernie Zakri 

Asyraf Rozami 

Elfe Martin

Fairuz Ramdan

Bibi Qairina

Eliza Hisham 

Linda Rafar

Emaleen Minhad 

Fauzi Zulkifli

Maryam Younarae & Ryzal Ibrahim (Durian Kimchi)

Hans Izack

Haili Annur 

Nazeera Sardi

Mat Dan

Naiem Annuar 

Neera Azizi

Nur Dahiyah

Reeve Damien

Salina Saibi

Nurin Lofa

Syasya Jamal

Syamel

Rushidan Wafa 

Syaza Jamal

Tengku Azura

Syamim Hasni 

Tallisya Tahir 

Wak Doyok

Zazarinna

Tanya Mikes 

Mengenai SUKETV

SUKE TV, sebuah rangkain siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal, membawa harapan, hati dan nilai kepada rakyat, isi rumah dan perusahaan menerusi hiburan dan ganjaran bertaraf dunia. Dengan infrastruktur, pengalaman dan usahasama industri akan datang yang luas, SUKE TV bermatlamat membangun dan menyampaikan kandungan original dalam semua genre ke televisyen dan medium digital on-the-go di Malaysia. Dari pengalaman membeli yang inovatif dan drama yang menyayat hati hingga ke komedi yang menghiburkan dan aksi sukan yang mendebarkan, SUKE TV bermatlamat meraih lebih 30 juta penonton Malaysia menerusi perspektif unik terhadap hiburan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/ 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *