SUKATAN SUSU FORMULA YANG BETUL UNTUK ANAK KITA

Ramai ibu ayah yang sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu anak setiap bulan bagi memastikan anak membesar dengan sihat. Akan tetapi, ramai juga ibu ayah yang tidak pasti sukatan susu formula yang betul untuk anak jadi khasiat dan zat yang terkandung dalam susu akan terjejas.

Atau kadang-kadang, ada juga ibu ayah yang tidak pasti berapa banyak sebenarnya jumlah oz yang patut diberikan kepada anak-anak. Bila mereka menangis, ibu ayah menyangkakan yang mereka masih lapar dan inginkan susu.

Memang seronok kalau kita tengok anak minum banyak susu. Sekali buat je habis, kadang-kadang bertambah. Namun begitu, memberi susu formula yang terlalu banyak juga tidak bagus untuk anak kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan pada usus seperti cirit birit, sembelit, kembung perut, dan sebagainya. Jadi kenapa sukatan susu formula yang betul amat penting?

 

KENAPA SUKATAN SUSU FORMULA YANG BETUL AMAT PENTING?

SUKATAN SUSU FORMULA YANG BETUL UNTUK ANAK KITA

1#  KHASIAT TERPELIHARA

Penyediaan susu formula yang betul adalah penting supaya anak kita dapat menerima khasiat yang diperlukannya. Menambah terlalu banyak air semasa menyediakan susu tepung akan mencairkan nutrien penting, dan boleh memberi kesan yang ketara kepada pemakanan kanak-kanak. Susu formula yang dicampur dengan air yang terlalu banyak juga tidak dapat memberikan kalori yang mencukupi untuk anak anda berkembang. Oleh itu, susu yang diberikan akan menjadi sia-sia kerana tidak memberi sebarang manfaat kepada Si Manja.

2# PERUT KEMBUNG

Sukatan susu yang betul juga adalah penting untuk menghindari Si Manja anda daripada mengalami masalah perut kembung. Jikalau anda memberikan Si Manja formula yang terlalu banyak pula, ia akan menyebabkan perut mereka kembung dan melambatkan proses pencernaan yang boleh menyebabkan sembelit. Selain itu, penghadaman susu yang kurang sesuai juga boleh menghasilkan banyak gas yang menyebabkan perut anak terasa tidak selesa.

 

3# LEBIH CERIA DAN AKTIF

Bayangkan jika kita sebagai individu dewasa mengalami perut kembung atau berangin? Sudah tentu ia boleh menyebabkan kita menjadi tidak selesa bukan?

Begitu juga dengan si manja, keadaan seperti itu pastinya menimbulkan ketidakselesaan dan membuatkan mereka meragam. Khasiat yang tidak mencukupi akibat cara penyediaan susu yang salah boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti tumbesaran terbantut, sentiasa merasa lesu dan kurang memberi tumpuan. Oleh itu, penting untuk ibu ayah tahu sukatan susu yang betul untuk anak anda kerana susu yang berkualiti dan mencukupi dapat membuatkan mereka menjadi lebih selesa, ceria dan aktif.

4# TIDUR NYENYAK

Sukatan susu formula yang betul amat penting bagi memastikan Si Manja dapat tidur dengan nyenyak. Sukatan susu yang salah boleh menyebabkan tidur anak anda terganggu kerana asyik terasa lapar di tengah malam atau mengalami masalah kembung perut. Dalam keadaan perut yang tidak selesa akibat lapar atau kembung perut, semestinya ia membuatkan Si Manja tidak dapat tidur dengan lena. Seperti yang ibu ayah tahu, tidur merupakan keperluan yang amat penting dan paling asas dalam perkembangan kanak-kanak.

 

SUKATAN SUSU FORMULA UNTUK KANAK-KANAK

SUKATAN SUSU FORMULA YANG BETUL UNTUK ANAK KITA

Penting sebenarnya untuk ibubapa tahu tentang cara membancuh susu formula untuk anak-anak dengan cara yang betul. Hal ini penting supaya segala khasiat dan zat di dalam susu tersebut tidak hilang dengan begitu sahaja gara-gara cara pembancuhan susu yang salah. Jadi, jom kita tengok apakah cara yang betul supaya anda tidak menghadapi masalah lagi ketika membancuh susu buat Si Manja. Ibu ayah perlu ingat, susu formula perlu dibancuh ikut sukatan yang betul seperti arahan pada tin/kotak susu supaya anak-anak dapat sepenuhnya nutrien daripada setiap titisan susu yang diberikan. Berikut adalah cara-cara menyediakan susu formula Friso® Gold 3:

Cara Penyediaan Susu Formula Friso® Gold 3

SUKATAN SUSU FORMULA YANG BETUL UNTUK ANAK KITA

Langkah 1: Tambah 5 sudu susu formula Friso® Gold 3 kedalam botol.
Langkah 2: Campurkan air suam (anggaran 40 darjah celcius) sebanyak 180ml kedalam botol yang telah diisi dengan susu formula.
Langkah 3: Putar atau goncangkan botol secara mendatar untuk mengurangkan gelembung udara.

 

Info tambahan:
● Susu formula yang telah disediakan hendaklah diminum dalam masa maksimum 1 jam selepas penyediaan. Lebihan susu yang tidak habis diminum hendaklah dibuang.
● Simpan semula susu tepung di tempat yang sejuk dan kering. Pastikan bekas susu tersebut tertutup rapat & kalis udara.
● Sebaiknya gunakan air yang telah disejukkan hingga 40° C (suam). Serbuk susu formula mungkin tidak larut dengan betul jika air sejuk digunakan untuk membancuh susu.
● Elakkan menggunakan air yang terlalu panas kerana suhunya yang tinggi akan merosakkan nutrien dalam susu.
● Elakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu.
● Pastikan botol susu anak adalah BPA (Bisphenol A) free. BPA sangat berbahaya jika bertindak balas terhadap haba dan boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya terhadap kanak-kanak.

 

Sebagai ibubapa, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan? Pemberian susu formula yang terbaik mampu memberikan mereka semua nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita.Tidak semua susu formula dihasilkan sama. Ada pelbagai pilihan untuk usia dan perkembangan yang berbeza.

Contohnya susu formula jenama Friso® Gold. Umi pasti ramai ibubapa di luar sana, suka memberikan susu formula Friso® Gold kerana ia diperbuat dengan Susu Istimewa NOVAS™.

Friso® Gold kini dengan Susu Istimewa NOVAS™ adalah susu tepung berkualiti tinggi yang dihasilkan dan diformulasikan di The Netherlands. Dengan molekul kecil semula jadi dan struktur lembut, susu baharu ini bebas daripada sukrosa dan perisa tambahan supaya mudah dihadam menjadikan si manja lebih kuat dari dalam.

FORMULA SUSU/SUSU FORMULA UNTUK KANAK-KANAK

Apabila anak kita mencapai usia 1-3 tahun, mereka mendapat keyakinan setiap hari ketika mereka bermain, ketawa dan belajar. Walaupun mereka sudah biasa dengan makanan pejal bahkan makanan ringan mereka masih memerlukan khasiat dari susu formula yang dipercayai untuk membantu mereka membina otot dan mendapatkan berat badan yang mencukupi bagi membantu mereka melakukan aktiviti harian seperti berjalan melalui taman, berlari atau lebih menarik seperti meniup gelembung di tab mandi.

Antara susu yang bagus yang menjadi pilihan ibu bapa adalah susu Friso® Gold. Rumusan susu formula yang dibekalkan dengan nutrien-nutrien penting seperti vitamin D, Vitamin B6, Vitamin E dan C,Taurine, Selenium, GOS, ZInc dan DHA untuk sokongan pertumbuhan keseluruhan anak kita dan ketahanan badan semula jadi. Sistem pencernaan yang baik adalah kunci mereka lebih kuat di dalam, yang bermaksud kita dapat meneroka lebih banyak di luar sana.

Kalau korang tak pernah mencuba susu formula Friso® Gold ni, korang boleh dapatkan sample susu percuma disini dan kalau korang juga boleh join mereka untuk lihat bagaimana pendekatan semula jadi keibubapaan dan pemakanan dapat membantu anak korang berkembang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.