aplikasi sujood

Sujud ke Sujood – Tabung Masjid Digital

Manusia yang taat kepada perintah tuhan paling kurang mesti akan sujud 5 kali sehari. Sujud dalam bahasa arab sajada membawa maksud perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-du a telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu.

Setiap kesempurnaan solat adalah dengan rukuk dan sujud dengan sempurna. Sujud adalah antara dalam 13 rukun solat yang wajib umat Islam lakukan. Tidak sah solat jika tidak sujud dengan sempurna. Solat itu adalah tiang agama. Amalan yang lain tidak akan dikira sekiranya solat tidak dilakukan oleh hambanya.

 

Sujud juga menyerlahkan sifat rendah diri dan menunjukkan kita sebagai hamba yang lemah dan memerlukan pertolongan dari tuhan. Sujud adalah lambang ketaatan dan kehambaan kita kepada tuhan. Mungkin owner kepada aplikasi ini memberi nama app nya Sujood sebab berkait rapat dengan rumah Allah dan kita akan bersujud di rumah Nya.

Aplikasi Sujood adalah contoh aplikasi yang boleh kita beramal dengan hujung jari sahaja. Dunia cashless yang kita hadapi ketika ini memerlukan trusted app seperti online banking dan Fpx yang sahih. Bayaran melalui ewallet dan qr code seperti sekarang ini telah mengurangkan penggunaan cash ketika berurus niaga. Idea ini tercetus untuk memudahkan penyaluran wang melalui saluran yang tepat dan pantas kepada masjid. Masjid akan dapat melakukan aktiviti dan membayar keperluan dengan cepat sekiranya wang dapat disalurkan dengan baik.

Sujud ke Sujood - Tabung Masjid Digital

Sujood seiring dengan namanya adalah aplikasi yang memudahkan orang qariah , ataupun orang dari luar qariah sekalipun menghulurkan derma kepada masjid. Aplikasi ini sangat seiring dengan dunia kini hanya derma melalui transaksi online sahaja. Pihak masjid boleh kongsikan qr code untuk ditampal di masjid dan pengguna boleh imbas qr code tersebut untuk menderma. Masjid yang telah tersenarai di dalam aplikasi beruntung kerana pengguna aplikasi dapat menyalurkan derma terus kepada masjid melalui transaksi online sahaja.

Kelebihan derma melalui Sujood App ini, duit yang disedekahkan akan terus ke akaun bank masjid. Tiada perantara diantara ‘orang tengah’ masjid seperti mana praktikalnya ketika ini. Duit yang secara terus kepada akaun bank masjid dapat mengelakkan daripada ketirisan dan penipuan.Ini sangat penting kerana seiring kemajuan yang dimiliki, tidak lari daripada kelicikan penjenayah dalam menipu. Statistik menunjukkan peningkatan kes penipuan dalam talian yang sangat tinggi dan amat merisaukan. Kita sebagai pengguna harus mempunyai kesedaran agar tidak terkena dalam sindiket penipuan wang ini. Anak-anak wajib mengingatkan kepada orang tuanya supaya tidak mendedahkan makluman akaun bank dan diri kepada orang yang tidak dikenali. Pihak berwajib harus mengambil berat dan memantau serius berkenaan masalah ini. Sasaran penjenayah biasanya adalah kepada orang tua yang kurang pendedahan kepada taktik scam ini.

Dunia kini menampakkan kurangnya penggunaan duit “cash” ketika berurus niaga. Sujood app dibina untuk meraikan suasana tersebut.

Masjid juga boleh mengambil langkah ini untuk meningkatkan kutipan derma dengan menggunakan aplikasi Sujood. Derma yg berjaya dikutip tidak terhad kepada ahli qariah sahaja tetapi kepada semua pengguna yang ada akaun Sujood. Pihak masjid juga boleh mengurangkan risiko memegang cash yang banyak asbab daripada derma orang ramai melalui tabung masjid.

Boleh dikatakan aplikasi ini mudah untuk pihak masjid dan mudah juga untuk orang ramai.Penyediaan tabung di masjid mendedahkan kecurian tabung dan akan merugikan masjid. Dewasa ini, banyak kejadian kecurian tabung berlaku di masjid masjid di Malaysia ini. Walaupun masjid telah dilengkapi dengan pemantauan CCTV, tetapi masih juga berlaku kecurian tabung masjid. Penjenayah yang terdesak pasti tidak peduli dengan aspek keselamatan tersebut asalkan misi mereka terlaksana.

Aplikasi sujood ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan kejadian ini berlaku. Dunia kini setiap manusia pasti ada satu telefon bimbit yang sering dibawa kesana sini termasuk dibawa ketika ke masjid. Dengan hanya scan qr code sahaja di dinding2 masjid, derma telah pun berjaya dibuat.

Aplikasi Sujood merangkumi setiap negeri dalam Malaysia. Motif aplikasi ini adalah untuk mengajak lebih ramai masjid dan surau dalam menggunakan aplikasi ini. Misinya adalah menjadi aplikasi no satu derma masjid dalam Malaysia. Menjadi alternatif untuk kutipan derma masjid-masjid di Malaysia tanpa melalui tabung masjid. Tiada karenah birokrasi dan ketelusan dalam menggunakan wang masjid. Pihak masjid sudah tidak perlu berkongsi no akaun bank untuk mendapat kutipan orang ramai. hanya daftar dan melalui aplikasi Sujood sahaja derma boleh dikutip. Sama ada derma untuk program masjid, pembinaan masjid, kelengkapan masjid dan anak yatim. Kutipan juga menjadi sistematik kerana terdapat rekod transaksi derma oleh orang ramai.

Pengguna Sujood berpeluang menderma ke semua masjid di seluruh Malaysia. Aplikasi Sujood menyenaraikan setiap masjid dan surau di seluruh Malaysia. Ibarat pengguna telah menjelajah ke seluruh negeri. Jariah pengguna juga sampai kepada setiap negeri di Malaysia. Seperti dalam senarai masjid yang terkini dalam aplikasi Sujood, terdapat senarai masjid di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kita pengguna yang tinggal di Melaka, tidak perlu bersusah payah menyampaikan derma di sabah atau sarawak. Tidak perlu mengunjungi masjid tersebut, tidak perlu menempah tiket kapal terbang , hanya dengan menderma melalui aplikasi sujood. derma anda InsyaAllah sampai terus kepada masjid di sana.

 

Kita ambil contoh daripada app sujood iaitu musolla Ar Raudhah, di Kuantan Pahang. Musolla tersebut dalam proses binaan dan memerlukan derma orang ramai untuk menjayakan musolla tersebut. Bayangkan dengan derma kita maka berdirilah sebuah masjid untuk kegunaan kariah kawasan tersebut. Jariah yang kita lakukan sehingga berjaya terbinanya masjid tersebut pahalanya adalah berpanjangan. Saham akhirat kita berpanjangan selagi masjid tersebut diimarahkan oleh orang ramai. InsyaAllah. Tak perlulah kita orang luar kuantan pergi ke kuantan untuk menderma. Derma sahaja melalui app sujood , duit anda akan terus dipanjangkan kepada pihak pengurusan masjid. Pihak masjid akan salurkan untuk kegunaan pembinaan masjid. Sujood dah sediakan link untuk setiap masjid. Bagi Musolla Ar-Raudhah, ini link dia: https://musollaarraudhah.sujood.net/


Tekan-tekan derma. Mudah bukan?

Jika ke Kuantan apa salahnya, terdapat banyak daya tarikan di daerah kuantan. Dengan birunya warna laut di Pantai Teluk Chempedak cukup mengujakan pengunjung. kejinakan kera2 di sekitar pantai pasti mencuit hati tetapi awas jangan sehingga membuatkan kera marah, nescaya buruk padahnya. Terdapat banyak kedai makanan laut di sepanjang jalan tanjung lumpur pasti akan membuatkan pengunjung berpuas hati. Kesegaran ikan fresh di pesisir pantai beserah dan balok memastikan pengunjung dapat menikmatinya. Terdapat juga jualan makanan tempatan seperti keropok lekor, satar dan otak otak yang boleh dibawa pulang ke destinasi masing masing.

Pengunjung pasti berpuas hati dengan banyaknya aktiviti pantai dipesisiran pantai seperti menunggang kuda, banana boat, main layang-layang, scrambler dan sebagainya. Pastinya keindahan pantai di kuantan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berselfie dan berOOTD di situ. Terdapat banyak pantai di kuantan seperti Pantai Sepat, Pantai Balok, Pantai Batu Hitam dan pantai yang tersohor ketika dahulu yang pernah diabadikan dalam wayang gambar senario lagi iaitu Cherating.

kedudukan strategi kuantan di pesisiran pantai telah bercambahnya hotel di sekitar pantai. Orang kota yang memerlukan ketenangan angin laut pasti akan memilih kuantan untuk destinasi merehatkan minda. Dapat satukan jiwa dengan alam semula jadi dapat mengurangkan tekanan dalam diri. Tekanan emosi atau tekanan kerja dapat di kurangkan dengan pergi melancong. Laburkan sedikit wang untuk kebahagian jiwa kita serta dapat meluangkan masa bersama keluarga. Kedai makan popular seperti restoran zaman tori dan kedai ana ikan bakar petai antara tempat makan yang wajib dikunjungi di Kuantan. Aneka juadah pastinya membuatkan kita berpuas hati.

Hanya 2 Jam Setengah dari Kuala Lumpur menyebabkan Kuantan destinasi pilihan warga kota.Sepanjang perjalanan ke Kuantan boleh juga singgah di Temerloh untuk menjamu lauk popular, ikan patin masak tempoyak. Terdapat banyak kedai yang menyediakan lauk ini di Temerloh. Pastinya keenakan lauk ini membuatkan nasi bertambah dan bungkus untuk dibawa pulang. Selain memuaskan hati dapat juga menggalakkan ekonomi penduduk setempat.

 

Dalam aplikasi Sujood juga terdapat link pembayaran zakat bagi setiap negeri. Ini sangat memudahkan pembayar zakat untuk membayar zakat harta dan zakat fitrah. kita ambil contoh dalam bulan ramadhan, sepanjang 30 hari berpuasa ada kalanya terlupa untuk membayar zakat. setelah hujung bulan puasa masa sudah semakin suntuk untuk membayar dan amil zakat juga sudah tidak kelihatan. Kita boleh buka Sujood dan membayar zakat melalui aplikasi tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada pusat zakat negeri masing-masing.

 

Terdapat ruangan tazkirah berkaitan agama dilampirkan dalam aplikasi sujud. Pengguna dapat mengambil ibrah dan pengajaran melakui tazkirah tersebut. Penulis artikel juga merupakan antara tokoh tersohor negara dan bukan calang-calang orang. Daripada ustaz, pensyarah universiti dan pejabat mufti bersama-sama berkongsi untuk sama-sama meningkatkan ciri-ciri yang ada dalam aplikasi Sujood. Pihak pengguna juga dialu alukan untuk menulis artikel tazkirah dan akan dikongsikan melalui aplikasi sujood. Ilmu yang bermanfaat adalah antara 3 harta yang pahalanya berpanjangan di dalam kubur.

 

Pengguna mahupun pihak masjid seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menggunakan aplikasi Sujood ini. Aplikasi yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. kecuali bawah umur yang perlu mendapat kawalan penjaga. Langkah-langkah nya sangat mudah, hanya perlu muat turun aplikasi melalui peranti masing-masing dan daftar bagi pelanggan pertama. Kita juga dapat melihat “history” derma kita melalui aplikasi ini. bayaran derma adalah seikhlas hati dan mengikut kemampuan masing-masing. Sedikit atau banyak yang penting ikhlas kerana Allah. Sangat menafaatkan kepada pihak yang menerima derma. Duit yang disalurkan dapat pihak masjid gunakan dengan jayanya.Kecil dimata anda tetapi sangat bermakna untuk penerima. Semoga pahala berpanjangan sehingga akhirat sana.

 

Semoga Amalan jariah kita diterima Allah dan semoga Allah merahmati owner aplikasi kerana memudahkan kedua dua pihak untuk melakukan amal jariah. Kehidupan didunia hanyalah sementara , bersusah didunia pastinya ganjaran yang besar menanti di akhirat. berbuat amal yang banyak didunia dan menuai diakhirat.

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *