#Stayathome umi mula berniaga Nasi Lemak pandan Kukus

#stayathome umi mula berniaga Nasi Lemak Pandan Kukus | Perkara yang umi tak sangka akhirnya berlaku semasa perintah kawalan pergerakan

Bermula hanya cuba-cuba, nampaknya semakin hari semakin bertambah order. Alhamdulillah Allah berikan umi peluang untuk berniaga makanan. 

Sebelum ni umi memang tak pernah pun terfikir untuk nak berniaga makanan. Serius berniaga makanan memang memenatkan. Tapi puas hati bila dapat feedback yang baik dan customer yang semakin ramai. 

Mulanya umi was-was jugaklah kan sebab sebelum ni memang umi pernah berniaga tapi cuma berniaga online jelah, tak perlu bangun seawal mungkin untuk siapkan semua tu. 

Ini pengalaman umi sendiri dan dibantu oleh adik-adik dan adik ipar umi yang juga stuck pada hari PKP. 

Makin hari semakin ramai yang order, walaupun kena bangun pukul 4 pagi, tapi sangat menyeronokkan. Pukul 7.30 pagi umi dah start delivery. 

Bukan itu sahaja, adik ipar umi pun ada juga sekali buat makanan untuk dijual. Antaranya Thai bread sambal, Thai Breaf Salad, Thai Bread daging, donut sambal dan juga donut sira. 

Kalau dulu umi tau makan je, tapi sekarang taulah sikit-sikit buat doh dan menguli. Orang kata bukan senang nak senang. 

Nak berjaya kena usaha kan? So, ada masa terluang ni, bolehlah umi buat menu-menu diatas tu. 

Dapatlah duit sikit nak cover duit lauk untuk family kami. 

Alhamdulillah, syukur atas apa yang Allah beri pada umi sekeluarga. 

Hah.. Begitulah cerita umi sepanjang PKP di rumah mak. 

Loading

4 Comments

  1. hijau betul nasi lemak dia. nasiblah kita ni di hujung benua asia. kalau dekat dah boleh order dah umi. semoga sukses ye

  2. wahhhhh alhamdulillah..murah rezeki akak!
    syok tengok nasi lemak bersusun cantik gitu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *