SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023

SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023 | Atas jemputan umi berkesempatan untuk ke Opera Hotel bagi menyaksikan sesi dialog yang melibatkan penyertaan dari pihak pelancongan, pengusaha hotel, agensi pelancongan, pemandu pelancong,dan ramai lagi.

Program ini berkonsepkan dialog/forum yang dianjurkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan yang sedang giat meneruskan usahanya untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan domestik semenjak situasi negara dan dunia dilanda Covid-19 dan juga kemelut politik serta ketidakstabilan ekonomi serantau yang memberi impak yang sangat besar terhadap unjuran kedatangan pelancong ke Malaysia.

Umi pasti pihak pengusaha hotel, produk pelancongan, agensi pelancongan dan pihak-pihak terlibat mempunyai masalah yang sangat kritikal untuk dua tahun kebelakang ni kan.

SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023

Yana,Sis Lin dan Umi

SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023

Jadi Program ini merupakan satu platform bagi mewujudkan interaksi secara dialog kaedah penyampaian dan saluran idea dan maklumat antara semua pihak di dalam industri pelancongan di wilayah selatan, yang diharapkan mampu memberi impak yang positif dan menyumbang kepada perkembangan kumulattif sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan jumlah kemasukkan pelancong antarabangsa dan domestik.

Sesi dialog yang melibatkan penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pemilik produk pelancongan, pengusaha hotel, agensi pelancongan, pemandu pelancong, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, wakil-wakil. agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta rakan media merupakan satu medium konstruktif pernjanaan tatacara dan etika pelancongan khususnya dari perspektif industri tempatan serta sebagai medan saluran untuk menyumbangkan idea-idea kreatif dalam menangani isu kerjasama antara sektro awam dan sektor swasta.

Program ini terbahagi kepada dua sesi travel meet iaitu:-

  1. sesi 1 ” Ideas- Learning & Findings througout challenges”
  2. Sesi 2 – ” Aspirations -what to expect & Aspire for 2023″.

Ia melibatkan enam panel termasuk Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof,Pengarah Kanan Bahagian Domestik & acara(Menangung tugas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia

SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023
sesi 1 ” Ideas- Learning & Findings througout challenges”
SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023
Sesi 2 – ” Aspirations -what to expect & Aspire for 2023″.

OBJEKTIF PROGRAM SOUTHERN REGION TRAVEL MEET-IDEAS, ASPIRATIONS, MOVING FORWARD 2023

  1. Penyaluran maklumat positif kepada industri pelancongan negeri/negara dalam unjuran kemasukan pelancing bagi tahun 2023.
  2. Penjanaan idea-idea kreatif dalam menangani isu kerjasama antara sektor( awam & swasta)
  3. Menjadikan platform dialog ini sebagai medium konstruktif penjanaan tatacara dan etika industri pelancongan; khususnya dari perspektif industri tempatan seperti para pengusaha pelancongan, hotel, pemilik produkl dan pemandu pelancong.
  4. Penyaluran maklumat unjuran sektor awam, dan bantuan-bantuan dari segi promosi dan geran.
  5. Marikan pencapaian dan kerjasama antara kesemua sektor berkenaan perkembangan positif berikutan kemelut Covid-19 yang melanda dunia; pengkhususan kepada majlis makan malam bersama industri dan media.
  6. Selain itu, program ini juga membolehkan interaksi rapat dan hubungan baik terjalin antara kesemua industri baik sektor awam mahupun swasta.Justeru itu perkembangan positif dan kerjasama dapat dibentuk untuk unjuran pencapaian matlamat kemasukan pelanncong bagi tahun 2023.
  7. Mengukuhkan hubungan baik bersama rakan-rakan media massa, online, dan pengemaskinian ‘contacts’ antara industri dan media.

Banyak input yang umi dapat dari perkongsian ahli panel dalam sesi dialog ni.Bagaimana mereka terkesan akibat pendemik ni.Nak naik semula bukan ambil masa sehari dua, tetapi bertahun-tahun bagi membaiki eknomi setiap agensi.

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia kenalah sama-sama support lokal dan kita pulihkan ekonomi Negara kita dahulu.

Dalam perjumpaan kali ni pulak, umi terjumpa Pak Sheikh iaitu orang kuat dalam agensi pelancongan yang umi jumpa pada tahun 2017 dalam Kembara Johor

Banyak pengalaman Pak Sheikh ni tau.Biasalah kan orang lama.Masih bertenaga macam dulu jugak.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *