solat tahajud

Solat Tahajud, Kelebihan dan Cara Mengerjakannya

Solat Tahajud merupakan satu bentuk ibadah sunat yang diamalkan dalam agama Islam pada waktu malam, antara waktu Isyak dan Subuh. Ibadah ini mengandungi nilai-nilai keistimewaan serta mendalamkan hubungan hamba dengan Allah melalui bangkit daripada tidur untuk beribadah.Sebagai umat islam kita sendiri tahu tentang kehebatan solat tahajud dalam kehidupan kita.

MAKSUD SOLAT TAHAJUD

Solat Sunat Tahajud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas terbangun dari tidur iaitu sepertiga malam.Tahajud menurut penggunaan bahasa bermaksud berjaga malam atau meninggalkan tidur.Tahajud bermaksud “Bangkit” atau “Berdiri” dalam bahasa Arab kerana dalam solat ini, seorang individu bangun dari tidur untuk beribadah kepada Allah.

Solat Tahajud digalakkan agar didirikan setiap malam dan ia seharusnya menjadi amalan lazim setiap muslim dalam usaha untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah swt.

Melalui solat ini, seseorang hamba dapat bermunajat dan mengadu secara langsung kepada Allah swt di dalam suasana yang cukup hening dan sunyi dikala manusia lain sedang tidur lena.

an bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

– Surah al-Isra’ ayat 79

Di dalam sebuah hadis ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW begitu istiqomah dalam melakukan solat sunat Tahajjud sehingga kaki baginda bengkak-bengkak kerana lamanya berdiri dalam solat.

KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAHAJUD

Melakukan soalt sunat Tahajud memiliki pelbagai kelebihan serta dapat memberi manfaat kepada kehidupan seseorang.Antara kelebihan solat sunat Tahajud ialah:-

1.Dipermudahkan Urusan Kehidupan

“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya beribadah pada malam hari lebih khusyuk (mantap) dan bacaan waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari kamu mempunyai urusan yang banyak.” ( al-Muzammil : 5-7)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa; jika seseorang itu bangun semata-mata menunaikan ibadah pada waktu malam, maka segala urusannya pada esok hari akan menjadi lebih mudah dan teratur kerana hatinya menjadi lebih terbuka dalam semua perkara.

Hal ini kerana sifat kehambaannya itu seperti membenarkan kehendak Allah SWT. Solat malam akan membentuk sifat keperibadian tentang lemahnya seseorang hamba Allah, tidak tinggi diri, sentiasa reda dan memerlukan Allah SWT, bukan manusia.

2. Mendapat Ketenangan Jiwa

Ketenteraman dan ketenangan jiwa dapat diperoleh melalui pelaksanaan solat tahajud dan ibadah malam. Apatah lagi ibadah yang dikerjakan dalam suasana malam yang sunyi pasti akan membawa kepada minda dan jiwa yang lapang.

Manakala, dengan melepaskan setiap keluhan pada Allah SWT membuatkan hati lebih teduh dan dapat menyucikan jiwa untuk bermuhasabah.

Sebenarnya ibadah malam yang dilakukan adalah zikir dan doa yang mampu menenteramkan jiwa dan perasaan, kerana semakin fokus beribadah semakin tenang akal fikiran.

3.Dikurniakan Limpahan Rezeki

Allah SWT akan melimpahruahkan rezeki melalui amalan ibadah malam yang didirikan dengan penuh kehambaan.

Maksud rezeki bukan dalam aspek makanan yang cukup dan sedap sahaja, tetapi juga kesihatan yang baik, keluarga harmoni dan bahagia, pekerjaan yang baik, sahabat yang pekerti mulia dan sebagainya.

Bahkan setiap rezeki yang dikurniakan itu akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

4.Mudah Mendapat Pertolongan Allah

Sesiapa yang melazimi solat sunat tahajud akan mudah mendapat pertolongan dari Allah SWT tanpa perantara.

Tepat dengan sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya pada malam terdapat satu waktu tiadalah hamba yang muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya, yang demikian itu setiap malam.” (Hadis Riwayat Ahmad)

5.Mendapat Ganjaran Istimewa di Akhirat

Allah mengurniakan kelebihan yang cukup hebat bagi hamba-Nya yang mendirikan solat malam secara istiqomah dan ikhlas kerana-Nya.

Antara ganjarannya yang akan di perolehi oleh golongan yang mengerjakan solat malam adalah: Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri, dipermudahkan hisab, dapat melalui titian sirat al-mustaqim seperti kilat, dan akan menerima buku catatan dari tangan kanan.

6.Diampunkan Dosa dan Kifarah

Rasulullah SAW bersabda;

“Hendaklah kamu berqiamullail kerana ia merupakan perjalanan orang yang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, mengampunkan segala dosa dan kifarah di atas dosa-dosa, mencegah penyakit daripada bulan.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Solat sunat di sepertiga malam ini bukan sahaja tempat untuk memohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa yang lalu, tetapi juga merupakan benteng daripada melakukan perbuatan dosa yang dilarang Allah SWT.

Tahajud juga sebagai penambah iman, dan cara pelembut hati yang keras.

Read more :

7.Masuk Syurga Tanpa Hisab

Golongan yang menjadikan solat sunat tahajud sebagai pakaiannya akan dihadiahkan oleh Allah SWT dengan ganjaran yang luar biasa istimewanya, iaitu akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Jelas dalam sabda Rasulullah SAW;

“Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: ‘Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?’ Lalu sekumpulan kecil orang yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

BILANGAN SOLAT SUNAT TAHAJUD

Bilangan rakaat solat sunat tahajjud tidak ditentukan secara spesifik, minimumnya dua rakaat. Tahajjud boleh dilakukan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas rakaat, atau mengikut kemampuan anda. Nabi SAW menyeru untuk bersolat malam sekalipun hanya dua rakaat. Tatacara perlaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain.

Nabi SAW bersabda dalam sebuat hadis:

Solatlah daripada sebahagian malam sekalipun empat rakaat, solatlah sekalipun dua rakaat. Tidak ada daripada ahli keluarga yang dikenali yang mana mereka sentiasa bersolat malam kecuali akan diserukan kepada mereka oleh seorang penyeru: Wahai ahli keluarga ini! Bangunlah bersolat malam.”

– Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam
Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Perlaksanaan cara solat tahajud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

NIAT SOLAT TAHAJUD

Lafaz Niat Solat Tahajud ialah :

niat solat tahajud

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

CARA SOLAT TAHAJUD YANG MUDAH DI IKUTI

Disini juga disertakan cara melakukan Solat Sunat Tahajud langkah demi langkah.Cara solat Tahajud dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat lain

Ringkasan cara Solat Sunat Tahajud

Berikut ialah ringkasan untuk mengerjakan solat ini

1.Niat solat Tahajud

2.Rakaat pertama

  • Al fatihah
  • Al-kafirun

3.Rakaat kedua

  • Al fatihah
  • Al ikhlas

DOA SELEPAS SOLAT TAHAJUD

Rasulullah Saw membaca doa berikut selesai solat tahajud

Doa-Solat-Sunat-Tahajud

Maksudnya :

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

 

sumber : aku islam

Solat sunat Tahajud adalah sebuah ibadah malam yang mempunyai kelebihan dan kedahsyatan yang tidak dapat diukur dengan kata-kata. Ia merupakan jalinan batin antara hamba dan Pencipta, memancarkan sinar keimanan, ketenangan, dan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan. Melalui solat Tahajud, kita merasai kelembutan kasih sayang Allah yang mengizinkan hamba-Nya berdialog secara khusyuk pada waktu sunyi malam. Oleh itu, mari kita teruskan amalan sunnah yang mulia ini, dengan harapan ia akan membawa cahaya yang terang dalam hidup kita, menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, dan memimpin kita ke arah kesempurnaan diri serta keberkatan dunia dan akhirat.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *