Slot Program Pendidikan di Okey TV dan RTM Untuk Tingkatan 1 hingga 5

Slot Program Pendidikan di Okey TV dan RTM Untuk Tingkatan 1 hingga 5

Slot Program Pendidikan di Okey TV dan RTM Untuk Tingkatan 1 hingga 5 | Diwujudkan bagi membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif.

Untuk pengetahuan korang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Kementerian komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot program TV Pendidikan.Ini adalah salah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Melalui kerjasama ini, KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM.Dengan ini, murid yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikut prores pengajaran dan pembelajaran (PDP) di rumah melalui televisyen

Jadi senanglah kan sepanjang duduk di rumah ni boleh ulangkaji pelajaran.Lagi pulak PDPR akan dilanjutkan sehingga  15 Julai ni.Lagilah panjang lagi masa yang ada dirumah.Korang boleh tengok Slot Program Pendidikan di Okey TV dan RTM Untuk Tingkatan 1 hingga 5

 

SENARAI SLOT PROGRAM TV PENDIDIKAN MENGIKUT HARI

 

Slot Program TV Pendidikan 8 Jun 2021

Slot Program TV Pendidikan 9 Jun 2021

Slot Program TV Pendidikan 10 Jun 2021

Slot Program TV Pendidikan 11 Jun 2021

Slot TV Program Pendidikan 12 Jun 2021

Slot TV program pendidikan 13 Jun 2021

 

Korang juga boleh lihat susunan rancangan tv Pendidikan di website KPM.Dan boleh juga muat turun jadual harian didik TV di website mereka.

Kita sama-sama bantu anak-anak kita untuk terus belajar walaupun di rumah, sediakan jadual yang mungkin boleh digunakan untuk anak-anak.

Umi pulak dok risaukan kakak sebab masih lemah dalam bacaan.Itu pun umi ambil hujung minggu yang banyak untuk fokus pada dia.Risau juga kalau tertinggal banyak pelajaran.Yelah anak kita kan, mesti risau kalau mereka tertinggal pelajaran.

Itu pun umi bagi banyak aktiviti dari BBM percuma yang ramai cikgu-cikgu kongsikan di facebook.Tak ketinggalan jugaklah membeli produk-produk Mommyhappy yang banyak umi gunakan untuk mereka.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *