Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm | Seriusly pertama kali dapat kotak dari Cosmoderm ni dah buat umi jatuh cinta.

Umi memang suka mencuba sesuatu  yang baru.Bila orang tanye umi suka pakai produk apa? umi akan cakap produk yang tidak akan merosakkan kulit.

Merosakkan kulit tu dari segi bahan yang digunakan dalam sesebuah produk tu.Yelah, zaman sekarang ni ramai nak cantik dengan cepat tanpa mempedulikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut.

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Umi lagi suka pakai produk yang dijual di drugstore dan pasaraya je.Itu lebih sesuai kot dengan umi.

Tapi bila nampak je Cosmoderm keluarkan produk baru iaitu Skin lab perfect balanced tu, terus umi rasa nak mencuba.Yelah sebelum ni pun umi memang menggunakan produk dari Cosmoderm juga iaitu Cosmoderm Tree Tea Oil. So far umi pakai pun ok sebab ia memang sesuai dengan kulit umi ni.

COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED 

Untuk pengetahuan korang, Cosmoderm Perfect Balanced ini diformulasikan dengan kandungan kombinasi PREBIOTICS dan CALAMINE.Prebiotics ni diyakini baik untuk perawatan kulit wajah dari dalam.Ianya bagus kerana dapat mengimbangi kondusi kulit wajah dalam penjagaan kulit kita seharian.Manakala Calamine pula bertindak untuk merawat masalah kegatalan pada wajah.Sifantya yang antiseptik itu juga dapat mengecutkan kerengsaan pada kulit wajah akibat dari kulit yang terdedah dengan cahaya matahari dan sebagainya.

Baca juga : 10 cara hilangkan jerawat dengan cosmoderm Tree Tea Oil

4 LANGKAH MUDAH COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED

Untuk korang yang tak suka nak memilih lain-lain jenama untuk kulit muka, jangan risau kerana Set ini sudah cukup dan memadai untuk penjagaan seharian kukit muka korang.4 langkah mudah ini mengandungi :-

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

  • Foaming Cleanser
  • Toning Lotion
  • Soothing Wow Cream
  • Sunmilk SPF 25 PA++

Jom kita lihat kebaikkan dalam setiap produk cosmoderm skin lab perfect balanced ni.Jom ikuti 4 step dan kebaikkan untuk setiap produk

1# Perfect Balanced Foaming Cleanser

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Langkah pertama haruslah dimulai dengan pembersih muka dari perfect balanced ni.Di formulasikan untuk kegunaan semua jenis kulit.Ia dapat membuatkan kulit nampak lebih sihat dan lembut.Ia berupaya untuk membersihkan kulit sehingga ke dalam liang roma sambil mengurangkan kemerahan dengan dua bahan utama yang penting iaitu prebiotics dan juga Calamine

#2 Toning Lotion

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Di formulasikan untuk semua jenis kulit, perfect balance toning lottion ini adalah step kedua terpenting untuk kulit lebih sihat dan lebih cantik.Dengan kandungan Prebiotik dan 20, 000 ppm Calamine, jumlah yang lebih tinggi membantu menenangkan dan keupayaan penyerapan kulit yang lebih cepat.Tidak itu sahaja, ia mengembalikan kualiti yang hilang pada kulit dan menyebabkan kulit mengalamai kerengsaan dan ketidakselesaan.

#3 Soothing WOW Cream

Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Dengan 30, 000 ppm prebiotic dan calamine di dalam produk ni, makin tinggilah produk ini membantu kulit lebih lembut dan selesa.Menggunakan WOW(Water-in Oil in water)teknologi, dan Triple Moisture boost complex ia dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit.

#4 Sunmilk SPF 25 PA++

Mengandungi SPF 25 PA++  yang membantu kulit lebih sihat.terdapat juga Vitamin dan mineral di dalam produk ini.Melindungi kulit dari UVA dan UVB dan selamat untuk digunakan.

Menarik kan fungsi yang terdapat dalam setiap produk.Kepada korang yang nak daapatkan dan ingin mencuba produk terbaru dari Cosmoderm ni boleh dapatkan di Shopee dan juga Watson.Selamat mencuba Skin Lab Perfect Balanced terbaru dari Cosmoderm

Loading

4 Comments

  1. Cantik betul warna bekas Cosmoderm tu.

  2. Macam-macam produk dah cosmoderm keluarkan kan.. cantik plak tu pakaging dia pink.. nanti try usha-usha laaa…

  3. Wow..Menarik nie..Rasa macam nak cuba pun ada nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *