RESEPI

Siput Sedut masak lemak keladi, tak cukup sebekas

siput sedut masak lemak batang keladi

Siput Sedut masak lemak keladi, tak cukup sebekas | Siapa peminat siput sedut sila komen di bawah ye.Hari ni umi nak cerita pasal kisah umi dengan siput sedut ni.

Seriuslah nak bagitau kat korang yang membaca, umi baru je pandai makan siput sedut ni 10-15 tahun ni yang lepas.Kalau tak silapt umi lah.Zaman anak dara lagi masa tu..Memang dari kecil umi tak pernah makan siput sedut ni tau.Sebab mak tak pernah pun masak siput sedut dan tak perkenalkan kami dengang makanan yang ada siput sedut tu.

Nak tau sebab apa pun umi tak boleh nak cerita sebab umi pun tak tau.Sampailah umi kerja kilang dulu, Rasa dalam tahun 2012-2013 gitulah..Umi dah tak ingat.Kawan umi ni orang kelantan, bila time lunch je, pantang ada siput sedut kat kantin je dia mesti beli.Masa tu umi baru-baru tanya ke samada siput sedut tu sedap ke tidak.Jadi dari situ dia cabar umi untuk makan siput sedut.

Seriously, kalau tengok bahagian dalam tu memanglah korang rasa taknak makan kan?Tapi bila korang rasa tanpa melihat dalamnya, serius sedap weh..hahaha…Sorry kalau umi cerita macam excited terlebih ye.Tapi itu yang umi katakanlah.

Dari hari tulah, bila ada menu siput sedut je, kitorang mesti beli.Sampailah sekarang bila nampak siput sedut jual kat kedai umi beli walaupun tak selalu..

kalau suruh umi masak memang umi tak terror la bab ni.sebab leceh sikit kan nak masak tu..Eh..masak tak leceh, tapi nak kena kerat belakang bontot dia tu umi tak pandai.Sebab dulu masa housemate umi masak, siput tu berjalan-jalan.Takutlah umi.tengok cara dia buat pun tau macam susah… Tapi masa tu, umi memang tak makan pun.So tak payah la nak tolong..hahaha…

Bila teringin umi cari je kat kedai makan.Ramai yang jual kan.Cuma sedap tak sedap jelah makannya.ALhamdulillah, semalam dapat beli sebekas kecil tu rm10.Memang tak puas, tapi cukuplah sekadar melepaskan gian menyedut siput sedut tu.Nak pulak ada sekali dengan keladinya..uih..sedap wehh…

Hah…Nampak tak, siput ni pun besar-besar.Rasalah lemak dia semua tu..Memang puas hati makan..Cuma tak cukup..hahaha.Sebab tu orang kata kalau nak muai makan, baik buat sendiri.Disebabkan kat rumah tu berapa kerat je yang makan beria, jadi umi belilah untuk makan.Senang ke masak lemak siput sedut ni? jom tengok resepi di bawah

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK DENGAN BATANG KELADI

siput sedut masak lemak keladi

resepi asal : Tumis

Bahan-bahan

3 kilo siput sedut (potong bahagian ekornye)
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai

2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar

 

Cara membuatnya

1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

Hah…umi copy paste masuk sini.Mana tau kang kalau Naura Auni dah pandai sedut siput ni, bolehlah masak bebanyak…

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(2) Comments

  1. Ena selalu potong sbb takde sape berani. Haha. Ena lalukan air kecik jadi siput tu diamlah. senang nk potong pakai playar

  2. kita tak reti makan ni…kohkohkoh…tapi mamak dengan adik bongsu suka makan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *