Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis

Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis |Sebuah drama yang telahpun disiarkan di TV3 di slot Samarinda pada 21 Januari lepas.

Sebelum ni umi takde pun layan cerita ni,sampailah tertengok malam tadi, terus cari episode 1 sampai episod sekarang ni.

Kalau ikut dari episode pertama, macam geram je dengan juwita tu layan laki macam tu, lepas kena cerai, kesian la pulak..

Siapa yang ikuti cerita ni angkat tangan…heheh

SINOPSIS DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.
 
Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.
 
Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.
 
Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?
 
 
WATAK PELAKON 
Nad Zainal sebagai Juweta
Nazim Othman sebagai Azlan
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Isaac Iman sebagai Mika
 
Nampaknya kena follow la lepas ni cerita ni lagi.Tapi umi suka tengok dekat telegram je sebab nak tengok tv dekat rumah tu memang tak sempat ler.
Kat office time rehat boleh la tonton dengan tenang..
 
 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *