Singgah Makan di NL Celup Tepung Bira Pata Terengganu masa kami dalam perjalanan balik ke Johor setelah beberapa hari bercuti di Kelantan.
Biasalah kan kalau bawa bebudak ni, sikit-sikit lapar.Padahal dari Kelantan tadi dah makan jugak.Yang driver ni rasa macam nak cepat je sampai.Tapi memandangkan perjalanan masih jauh, jadi kami singgah la disini.
Sebenarnya tak tau pun tempat ni viral dengan makanan celup tepung, tetapi masa kami singgah tu memang betul-betul dah lapar.Di Terengganu kalau korang lalu di perairan pantai sini, memang banyak la kedai-kedai yang menjual celup tepung.Cuma sedap atau tidak jelah kedai yang nak di singgah tu.
Disebabkan anak-anak dah lapar, umi yang jadi driver ni pun lapar, jadi kami singgah je makan di situ.
Apa yang menariknya di NL Celup Tepung Bira Pata ni, suasana makan di tepi pantai dengan pandangan laut yang cantik.Umi tak sempat pulak nak ambil gambar dekat situ memandangkan ramai sangat orang.Nasib baiklah kami masuk je, ada satu family tu dah siap, jadi tidaklah menunggu lama.
Nilah suasana di NL celup Tepung Bira Pata.cantikkan, gambar ni umi ambil dari Page mereka.
Ni antara menu celu tepung yang kami order iaitu udang, ikan dan juga sotong.Antara menu lain macam biasalah ikan siakap, makanan-makanan bergoreng dan yang penting ada oyster.
Oyster fresh tapi tulah, dapat makan satu je, yang lagi tiga tu, ada pulak orang yang berminat dengan oyster ni.Umi tak ingat berapa harga oyster ni, tapi murahlah kan.
Boleh la bagi rating 7/10 untuk kedai ni.Untuk suasana pulak umi bagi 10/10 sebab cantik.Kalau tunggu matahari terbenam lagi cantik kot.Kami sampai makan kat sini pun dah pukul 3 lebih kot.
Lepas dah healing dok tepi pantai, kami pun balik memandangkan ramai lagi nak tempat duduk kan.Lagi pun perjalanan kami nak ke Pahang jauh lagi tu.Jadinya kenalah sepantas yang mungkin makan dan gerak balik.
Next time pulak kita cari makan tempat lain.
Kotlah korang terlalu atau nak cari makan di tepi-tepi pantai Terengganu, bolehlah singgah sini.
Boleh tengok social media mereka di bawah ni
Instagram : https://www.instagram.com/nlceluptepungpenarik
Facebook : https://ms-my.facebook.com/nlceluptepungbirapata/
Sedapnya. Best dapat makan bersama keluarga. Alhamdulillah rezeki betul tu.