SINAR EMBONG EVENT & CATERING MENAWARKAN PAKEJ PERKAHWINAN DAN RUANG SEWAAN YANG MURAH | Kalau di bandar ni kan, payah kalau kita nak cari pakej perkahwinan yang mengikut bajet kita.Nak sewa ruang untuk majlis pun dah beribu ringgit.Tu belum masuk pelamin dan makanan.
Mesti over bajet yang kita peruntukkan.Di bandar ni bukan macam di kampung yang boleh kita panggil satu kampung untuk meraikan perkahwinan kita.Cukuplah sekadar saudara dan rakan-rakan yang mengenali kita sahaja dijemput.
Yelah, kalau kita orang-orang biasa ni manalah mampu nak buat tempat yang besar-besar.Buat tempat yang besar-besar ni mestilah guna duit yang banyak.
Tapi kan, hari tu umi adalah memenuhi undangan dari pihak Sinar Embong untuk mereka memperkenalkan pakej-pakej yang mereka ada khas untuk orang-orang yang mempunyai bajet yang kecil.
PAKEJ PERKAHWINAN 50-100 PAX HANYA RM1800.00
Ye korang, itulah pakej yang diberikan kepada para mempelai yang mempunyai bajet yang kecil.Yang penting lafaz akad tu dah selesai kan.Korang tau tak pakej RM1800 tu termasuklah mini pelamin dan makanan.
Sangat berbaloilah pakej yang ditawarkan oleh pihak Sinar Embong ni.Nak tau lagi tak apa yang ditawarkan oleh pihak Sinar Embong dalam pakej-pakej yang disediakan.Meh umi share dengan korang sebelum umi bercerita lebih lanjut lagi tentang lain-lain perkara.
PAKEJ ALL IN
- Event PSace( termasuk kerusi dan meja)
- Pelamin(sedia ada)
- Profesional PA Sistem
- Dekorasi
- Fotobooth
- Hiasan pintu gerbang
- Bilik persiapan pengantin
- Bunga tangan
Apa lagi perkhidmatan yang disediakan?
- High-Speed WiFi
- Air Conditioned
- Projector
- Banquet Chairs
- Banquet Tables
- Television
- Professional PAsystem
- Free Parking
Baca juga : Senarai barangan hantaran lengkap pengantin
LATAR BELAKANG SINAR EMBONG EVENT PLACE
Sinar embong adalah pakar dalam bidang”EVENT MANAGEMNET” yang memberi ruang dari 50 pax sehingga 100 pax untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, majlis tunang, majlis aqiqah, doa selamat, majlis hari jadi, kursus dan seminar, ‘Product Launching” dan lain-lain lagi.
Visi mereka ialah merealisasikan pasangan bakal penangantin tidak dibebani hutang selepas mendirikan rumah tangga kerana Sinar Embong menawarkan “Harga Marhean Tempat Kayangan” dengan pakej lengkap nikah kahwin.
Mereka mempunyai Chef yang berpengalaman dalam menyediakan menu-menu yang sedap setanding dengan pakej-pakej mahal.Chef mereka iaitu Chef Carlos Firdaus merupakan chef yang pernah bekerja di hotel terkemuka selama 18 tahun(Pan Pac hotel),Puteri Pacifif Hotel,Dynasty Hotel, Alexis Bistro Singapore dan mempunyai pendidikan masakkan dari Taylor College.
Antara mini pelamin yang disediakan di Event place Sinar Embong ada di bawah ni;
oppss… umi pulak yang interframe.Sorry la ye.
Suka pulak tengok mini pelamin dia yang cantik tu.
Dan yang paling penting ada PA Sistem untuk memeriahkan majlis korang tu nanti
Selain pakej perkahwinan ada juga disediakan pakej-pakej untuk kursus dan seminar.Dah banyak syarikat yang membuat kursus dan seminar kat sini.
Pendek kata, apa jua event yang korang nak buat, bersesuaian dengan tempat dan pakej, boleh la terus hubungi Kak Zai selaku pengurus untuk Sinar Embong ni.Sangat peramah orangnya.Memang senang nak deal dengan dia tau.
Masa kami datang pun, kami dirai dengan pelbagai menu makanan yang sedap-sedap.Umi memang rekemen sangat dekat korang untuk yang mencari tempat berseminar,majlis hari jadi atau pelbagai jenis parti.Jangan parti mabuk-mabuk sudahlah..hahah
SINAR EMBONG EVENT PLACE
FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083352519933
IG: https://instagram.com/sinarembong?igshid=Y2ZmNzg0YzQ=

Cantik dan berbaloi baloi harganya lah ?
Psst.. lawo akak pose interframe dlm tu.. Haha..
Senang ada servis camni lahh.. ?