Simpul Biawak dan Cara Mengatasinya

Simpul Biawak dan Cara Mengatasinya.Selalunya orang mengandung je kena simpul biawak ni, tapi orang biasa pun boleh terkena.Sebab tu kena tahu punca dan cara mengatasinya.Paling tak suka bila kena waktu malam sedang kita tidur nyenyak kan.

Begitulah umi terkena baru-baru ni.Pulak tu sedang lena diulik mimpi, tiba-tiba bila menggeliat, terkena simpul biawak ni.Bukan sebelah, tapi dua-dua belah pulak tu.Menangis sorang diri jelah bila tak mampu nak kejutkan si suami malam-malam buta.

Kalau dulu, masa mengandungkan Naura Auni, memang umi selalu sangat kena.Masa tu boleh la bermanja dengan babah.Jadi malam-malam babahlah mangsa kena urut umi.

Sebelum tu jom kita kesan apakah itu simpul biawak sebelum kita mengulas lanjut tentang cara mencegah atau merawat simpul biawak ni.

APAKAH ITU SIMPUL BIAWAK

Simpul biawak atau dikenali tarik mengkarung dan sesetengah orang menyebutnya nyetok karung merupakan kekejangan otot betis.

Mereka dibawah ini mudah terkena simpul biawak

  • Pesakit diabetes : Kerana berlaku kerosakkan saraf dan salur darah pada kaki
  • Penghidap hipotiroid : Kekurangan hormon tiroid menganggu fungsi otot
  • Wanita hamil : Lazimnya berlaku ketika dalam trimester ketiga.
  • Warga Emas : Penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
  • Pesakit buah pinggang: Kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.

APA NAK BUAT JIKA TERKENA SIMPUL BIAWAK

Ada beberapa cara untuk kita buat semasa terkena simpul biawak ni.Antaranya ialah :

  1. Mengurut otot betis iaitu menekan dengan kuat pada perut otot betis.
  2. Meregang otot betis dengan duduk melunjur, dan tarik-tarik jari kaki ke arah badan
  3. Tuam otot dengan ais.Caranya balut ais dalam tuala kecil dan tekap pada otot betis.
  4. Ambil ubat tahan sakit.Kita boleh mengambil paracetamol untuk meredakan simpul biawak
  5. Ambil ORS(Oral Rehydration Salt) yang juga dipanggil air garam

Kenalpasti beberapa kerap kita mengalami kekejangan otot ni dan jika berlarutan berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bila dah berumur ni banyak aspek kesihatan yang perlu kita jaga.

 

 

8 Comments

  1. serius sakit gile kan dulu saya selalu kena, taktahulah nape.tapi sekarang takde pulak…

    masa kena tu ingatkan dah sampai ajal, haha.

  2. Kena simpul biawak mmg menyakitkan… tak tahan kdg2 nak menahan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *