Tingkat baju umi dia pun jadilah dia nak pegang.Lepas tu bila nak turun,tak boleh..Selalunya aku akan biarkan je dahulu,bila dia dah mula menangis.Baru aku tolong.
Sebenarnya ada beberapa tips yang aku ada baca di artikel ini,tentang amalan membantu bayi anda meningkatkan kemahiran berjalan.Jom kita ikuti tips ini.
1. Pastikan suasana rumah anda selamat bagi mengelakkan anak
daripada mendapat kecederaan pada bucu hiasan dan perabot di rumah.
2. Sebaik bayi menguasai kemahiran merangkak, rangsang dia untuk
belajar melangkah pula dengan memegang tangannya sehingga dia mampu
untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.
3. Walaupun si kecil sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
tetapi dia memerlukan bantuan untuk duduk. Ajarnya cara duduk yang betul
supaya dia belajar daripada pengalaman.
4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya.
Anda boleh menggalakkan bayi berjalan sambil memegang kedua-dua
tangannya
6. Sentiasa berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan
satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja,
dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk
langkah demi langkah.
7. Apabila anda mengajar anak berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan
8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan.
Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau
berumput. Kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka
memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh
segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.
persiapan raya dah start ke kak? 🙂
Melihat perkembangan anak mestilah exited Eda
Apa lagi part nak berjalan ni semua org menanti:)
assalamualaikum ida…seronoknya dah mula nak berjln dah…
gram lak tgk dia.. comel benor..
yes naurah dah pandai jalan..