Siapa Tak Mahu Dato Siti Nurhaliza raih lebih 1 Juta pendengar di Youtube | Siapa je yang tak teruja dengar lagu Dato Siti ni kan?Bintang paling popular yang umi sangat suka dari mula-mula beliau menyanyi.
Umi dah banyak kali dok ulang lagu Siapa Tak Mahu tu.Bukan sahaja rentak lagu ni, video muzik yang ditayangkan di Youtube beberapa hari lepas dah jadi viral sekarang ni.Bayangkan baru beberapa hari dimasukkan ke dalam youtube, dah cecah lebih 1 juta pendengar.
Hebat kan?
Bila dah lama tak buat lagu, bila keluar lagu baru terus daboomm!! Korang dah tengok ke Muzik video Siapa Tak mahu tu? Lakonan Mira Filzah dan juga abang Jekfer tu yang umi suka dok ulang-ulang.Jom dengar lagu ni mesti korang suka jugak
Umi bagi sikit la teaser lagu ni.Kot korang nak yang full kenalah tonton youtube Dato Siti Nurhaliza tu ye
Â
Â
LIRIK LAGU SIAPA TAK MAHU – DATO CT NURHALIZA
Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang
Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
(Chorus)
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan
Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Â
Oklah..Umi nak sambung layan lagu ni sambil buat keje..Jekfer nampak cute pulak 😆Â
Lagu dia kali ni agak lain machiamm je rentaknya, tapi sedap di dengar, kena banyak kali dengar baru ada feel..