Setelah Terlafaznya Akad -Episode 17

episode akhir setelah terlafaznya akad

Setelah Terlafaznya Akad -Episode 17| Lakonan Uqasha Senrose dan Kamal Adli semakin menjadi bualan ramai.Ramai yang tak sabar nak tunggu episode 17 hari ni.

Makin lama cerita makin sedih kerana Hanan iaitu lakonan Kamal Adli telah pun melafazkan talak kepada Nawal lakonan Uqasha Senrose.

Setelah Terlafaznya Akad

Uih.. dah macam pengulas cerita pulak umi ni.Actually umi dah start tengok masa episode 3 lagi.Itu pun sebab tengok short video dekat IG, terus rasa tersampuk dengan cerita Setelah Terlafaznya akad ni.Suka umi tengok lakonan Uqasha dan Kamal Adli ni tau.Menjadi sungguh.Tapi… umi paling tak suka tengok di TV sebab banyak sangat iklan.Lebih suka tengok yang kat online je sebab iklan-iklan dah di potong. Korang follow ke cerita ni.Jom baca sinopsis cerita ni.

Setelah Terlafaznya Akad

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD

 

Setelah Terlafaznya Akad Mengisahkan tentang Nawal dan Hanan.Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.
 
Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 
 
Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.
 
umi dah tak sabar nak tengok episod seterusnya hari ni.Walau umi dah tau serba sedikit jalan ceritanya…Tapi nak jugak tunggu cerita tu kat TV..
 

Loading

One thought on “Setelah Terlafaznya Akad -Episode 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *