Setelah Seminggu Bercuti kembali semula bekerja| Bukan main lagi umi bercuti sakan.Tapi apalah sangat bercuti seminggu pun tapi kena juga terperap di rumah kan?
Di musim Pendemik ni, nak ke mana-mana pun tak boleh sesuka hati.Sepatutnya hari raya cina hari tu umi dah pun bergerak ke Terengganu untuk majlis perkahwinan adik lelaki umi.
Tapi disebabkan tak boleh nak rentas daerah mahupun Negeri, kami cuma menyaksikan ijab dan kabul adik umi melalui aplikasi Zoom sahaja.
Sedih la dia sebab ramai adik beradik tak boleh nak join sama.Tapi apa nak buat kan, terpaksa jugaklah teruskan tanpa saudara mara yang datang.
Takpelah, janji apa yang penting tu dah dibuat.Selamat dah jadi suami isteri.Nasib baik jugaklah mak ayah dapat ke sana.
Setelah Seminggu Bercuti kembali semula bekerja
Kalau ikutkan nak tangguh je lagi pernikahan diorang tu, tapi mak cakap kalau banyak kali ditangguh tak baik jugak kan? Kesian satu si adik tu dah siap semua.
Jadi seminggu tu, jadilah umi sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.Dapatlah mengecat dalam rumah sikit-sikit.Lepas tu hantar dan ambil Naura Auni.
Baca Juga : Sesekali makan berdulang
Dapatlah juga, umi layan kakak buat PDPR seawal pagi.Kalau tak selalunya kena tunggu umi balik kerja barulah boleh buat kerja sekolah.
Dengar je kedai makan boleh bawak anak-anak ni, dalam kereta pulak boleh naik ikut kapasiti kereta, terus umi bawak mereka makan di kedai makan berhampiran.Nak pergi jauh-jauh tu memang tak berani.
Itu pun dah membebel bebudak ni sebab lama sangat tak berjalan.
Setiap hari nak kena berjanji dengan diorang, actually bukan umi yang janji, tapi kena paksa janji supaya lepas habis covid ni, bawak diorang jalan-jalan.
Haishhh…entah bila gamaknya covid ni nak terhapus kan? Semoga dengan kehadiran vaksin nanti dapatlah mengurangkan lagi kes yang masih lagi diangka yang masih tinggi.
Last bercuti tu, sempat pulak umi pergi hiking dengan dua orang adik umi ni hah.Tercapailah hasrat nak ke Tasik biru seri alam tu.
And hari ni company ada buat swab test untuk semua pekerja.Nanti umi share pengalaman pertama kali kena swab test.Itulah cerita Setelah Seminggu Bercuti kembali semula bekerja
Ooo kira kalau tak dah sakan round Trengganu kan..
Boleh kirim magkuk ayan hahahaha..
Cantiknya kedua-dua mempelai.. Tahniahhhh..Semoga sampai ke surga ALLAH kebahagiaan yang dicipta itu….
Hm,,,, cepatlah COID 19 habis…
Tahniah untuk pengantin baru. Selamat bekerja kembali kak. Musim pandemik ni berharap segala urusan dipermudahkan. Aaminnn