Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik | Kalau tengok pada perumahan-perumahan yang sedang giat dibangunkan sekarang terfikir jugak samada ada ke orang mampu untuk membeli rumah di zaman Pendemik ni.

Syukur umi dah memiliki sebuah rumah yang dibeli pada tahun 2013.Masa tu pun masih berkira-kira jugak dengan husband samada mampu atau tidak membeli rumah.Memandangkan kami duduk di rumah mak, jadi kami masih berkira-kira untuk membeli rumah atau tidak.

Yelah, walau macam manapun, nak jugaklah beli rumah hasil titik peluh sendiri kan.Lagipun membeli rumah merupakan satu bentuk harta yang ada nilai.Jadi tak risau kalau kami tak duduk pun, at least boleh disewakan dan jadi salah satu harta kami.

Nak beli rumah ni kena fikir betul-betul.Bukan nampak rumah cantik dan murah, terus boleh beli..Kena buat kira-kira pendapataan sebulan kita dahulu sebelum membeli.Adakah gaji kita mencukupi untuk membeli sebuah rumah yang kita idamkan.

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim Pendemik

Jangan nanti beli tanpa berfikir, menjadi masalah pada kita dikemudian hari.Yelah, bila tak mampu nak membayar bulanan rumah, rumah akan dilelong dan lebih teruk lagi kita boleh jatuh muflis.Tak ke naya anak-anak dan keluarga nanti.

Sebab tu penting untuk kita buat pengiraan pendapatan dulu samada kita ada bajet atau tidak untuk membayar bulanan tu.

Nak beli rumah pun kenalah ukur baju di badan sendiri.Biarlah rumah tu kecil tetapi masih di dalam kemampuan kita untuk memilikinya.

Jangan angan-angan setingi langit, kesudahannya tergadai begitu sahaja.Masa kami buat keputusan untuk memiliki rumah sendiri tu,memang banyak nak kena fikir.Komitmen itu dan ini walaupun masa tu kami belum mempunyai anak lagi.Perihal anak tu pun kita kena fikir jugak kan sebab Allah nak bagi kita rezeki tu bila-bila masa je.Part tu kita tak boleh terlepas pandang sebab bila berkahwin ni, mestilah nak ada keluarga yang besar kan.Jadi kena juga fikirkan juga kewangan akan datang bila dah ada keluarga yang besar.

Alhamdulillah, kami dapat memiliki rumah sendiri pada tahun 2013 dan merupakan rumah yang dikirakan murah juga pada waktu itu.Lepas pada tu harga rumah dah melonjak naik.Bayangkan masa tahun 2013 tu rumah yang kami beli berharga RM156,000 sahaja untuk bukan bumiputera dengan keluasan 20 x 70 kaki..Harga untuk bumiputera baru RM125,000.Masa tu memang dah penuh rumah bumiputera.Jadi nak taknak, kami ambil juga rumah tu.

Syukur sangat-sangat dapat memiliki rumah yang masih dalam budget kami.

Tetapi sesuai atau tidak masa pendemik ni untuk kita beli rumah.Kalau tengok banyak projek perumahan yang terbengkalai dan ada juga pinjaman-pinjaman untuk perumahan dibekukan dek kerana gaji atau kewangan peminjam yang tidak stabil.

Dan adakah ini masa yang terbaik untuk membeli rumah? Sebenarnya sekarang ni pun adalah masa yang bagus untuk kita beli rumah untuk kegunaan kita sendiri.Dengan syarat kita kenalah ada kewangan yang stabil untuk membeli rumah.

Kalau ikutkan, masa terbaik untuk membeli hartanah ni ialah semasa harga permintaannya yang tengah menurun mula berpatah balik dan akan meningkat semula dimana harga hartanah rumah jatuh ke paras yang paling rendah.

Sesuai Atau Tidak Beli Rumah Di Musim PendemikMesti ada impikan rumah besar macam ni kan?

Jadi tepuk dada tanya selera masing-masing.Kalau ikutkan umi nak dapatkan sebuah lagi rumah untuk dijadikan hartanah kami.Boleh juga kami jadikan rumah sewa untuk menampung kehidupan bila dah pencen nanti.

Jadi sesuai atau tidakbeli rumah di musim pendemik ni? Jawapan umi, kalau korang mampu dan mempunyai bajet setelah membuat pengiraan pendapatan, maka boleh la beli rumah tu.Yelah, kalau sekarang korang menyewa dan harga sewa pun sama dengan harga bayaran bulanan rumah, lagi baik beli kan?

Beli rumah ikut kemampuan, jangan ikut nafsu.Sebab bila ikutkan keinginan tu, nak beli rumah yang besar, luas dan selesa untuk keluarga kan.Tapi apa guna beli rumah besar-besar tapi tak mampu nak melunaskan bulanannya.Jadi belilah mengikut kemampuan supaya tidak terbeban.

1 Comment

  1. Ikut kemahuan semua rumah nak di beli, tapi kemampuan tak layak.. yang layak hanya status kelayakkan ajer.. so fikir sebelum tergadai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *