Sesekali Teringin jugak

Assalamualaikum
Semenjak kandungan dah menginjak ke 22 minggu ni,macam-macam nak makan..Tekak ni pulak memilih nak makan ape..Iskk..pendek kata kalau tak kena dengan tekak,memang takkan jamah makanan tu..Dahsyat kan.
Sejak mengandung ni,minuman kegemaran yang senantiasa menemani di waktu sarapan pagi,memang tak disentuh.Tapi satu hari tu,bila singgah di Petronas,keinginan tu terserlah dengan kehausan yang memuncak.Pehh..Pepagi dah kena Nescafe sejuk..Kena pulak dengan cekedis kegemaran aku dari kecik..hehehe..Memang mengancam..Last-last…Sendiri lapar sebab pepagi buta dah telan makanan ringan tu..Nak tunggu ke pukul 12 tengahari memang ler lambat rasanya.
Ni pun rasa dah macam nak beli lagi..Tapi sejak minum Nescafe tuari.Jantung ni rasa tak normal pulak..Kekadang berdegup kuat tetapi sesekali..Walaupun sesekali,ia tetap rasa menganggu aktiviti harian aku.
EH..Normal ke tak ek bila jantung macam tu..Ke sebab aku memang ada history sakit jantung..Tanya doktor kalau sesekali tu normal..Adeh…dah jadi tak normal pulak aku rasa ni.
Harap semua ni tak berpanjangan..Memang sejak mengandung ni,rasa macam stress sikit..Stress berhadapan dengan seseorang setiap hari.Yang kadangkala menimbulkan rasa tak puas hati je..Tapi apa kan daya,elak macam mana pun jumpa jugak orangnya..Redha jelah..
Lepas ni dah taknak minum ais dah..Risau kat baby,risau aku kat aku jugak..Kang jadi apa-apa kat aku.Siapa pulak nak jaga anak kesayangan aku nanti.iskk…fikir positif je lah..

Loading

18 Comments

  1. Ramai kata time mengandung ni elak minum kafein dan makan ringan..
    Better perbanyakkan makan buah..

  2. Sesekali lepaskan keingin tu tak apa, tapi jangan amalkan kerap sangat… 🙂

  3. supering sedap tu, lepas tu ada cheese lebih melekat-lekat kat tangan. Take care sis jangan lupa lepas dah makan tu minum air kosong banyak.

  4. godaan dan dugaan masa mengandung.. huhu supering tu sedap.. fav dr kecik juga…

  5. sekali sekala makan and minum kopi tak pe kot hehe.. semoga bby sentiasa sihat

  6. ritu ada beli super ring.. tp macam dah x sama macam zaman budak2 dulu.. dah x pekat cheese nye.. + sikit.. hahaha.. xpe laa minum sesekali kann.. buat rasa-rasa.. kalau bantai hari2 x elok kan sebb kafein

  7. Akak masa anak pertama memang makan ni jaga betul.tak ambik kafien ,ais dan makanna yang ada bahan pengawet..baby lahir pun tak de kuning atau sakit2..

    masuk baby ke dua..rasa macam pandai sangt dah..bedal habis semua..kopi jangan cakap la..hari2..minum ais pun hari2..siap bungkus ais kacang 2,3 bungkus dalam petisejuk buat stock..bila beranak, dekat sebulan baby kena kuning..lepas tu selsema,batuk..alahai..dalam pantang pulak tu,..memang nagis la..:)

  8. Assalamualaikum kak ida.. sebaiknya apa yang dilarang makan, jauhi sementara mengandung ni.. kadang kala kita taktahu apa kebaikan keburukan pada anak dalam kandungan. time berpantang pun sama. kena berjaga betul.. sebab kita menyusukan anak.. hope akak sihat selalu.. jaga diri baik2 ya ~~~

  9. Sesekali oklah sekadar nak merasa je. Semoga sihat selalu ye Aida.. 🙂

  10. Lepas 4 bulan biasalah SR…mulalah tekak merepek nak makan yg bukan bukan….baby yg ingin katanya hihi ….

    Okje punya biras time mengandung bukan main lagi jaga makan minum takbambik kefien langsung. OKje semua belasah hihi

  11. haa.. mengidam nak makan itu ini.. 😀
    Semoga semuanya baik2 saja kak.. Jaga diri ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *