SESEKALI MASAK LAUK BENING PUN SEDAP

SESEKALI MASAK LAUK BENING PUN SEDAP | Dah hampir 3 minggu bekerja dari rumah, entah bila nak mula bekerja balik.

Banyak tulis entry pasal makanan jelah lately ni kan.Bila work from home ni nak mengadap blog pun tak sempat.Dengan PDPR nya lagi.Memang la anak baru dua orang.Dan dua orang tu masih lagi menuntut perhatian umi untuk tengok kerja sekolah diorang.Kalau dah besar, bagi arahan je senang.Ni si kakak masih lagi tak mahir lagi membaca.Semuanya kena bantuan umi.Begitu juga dengan kakak.

Kan dah panjang cerita pasal PDPR.Ni pun rasa takde mood nak menulis.Malang tak berbau, semalam kakak jatuh basikal dan tangan dia retak.Pergi hospital dari pukul 8 sampai 1 pagi.Tu belum cerita berapa kali kena xray.

Tapi bersyukur semalam tak jadi operation, cuma perlu simen sahaja tangan dia tu.Nantilah bab tu umi cerita di lain entry.

Ni nak cerita pasal lauk bening..Kang kalau masuk cerita bab lain memang meleret la jawabnya.Korang tengok gambar kat tajuk entry pun dah tau kan apa menu umi semalam.

Sesekali masak lauk bening pun sedap kan.Kena pulak dengan sambal belacan dan ikan goreng.Ada pulak ikan masin.Memang ler ngam.Hati lembu tu saja umi masak sebab lama dah beli, tapi baru sekarang masak.Umi tak berapa minat dengan hati ni, ikutkan si babah ler tu umi masak untuk dia sikit.Memang tak habis pun.

Sekarang ni kalau masak tengahari memang untuk tengahari.Malam bebudak ni dah sibuk nak makan benda lain.Memasak ajelah kerjanya.Kalau umi malas, memang itulah lauk sampai malam.Perangatkan jelah.Biskut-biskut dan roti memang sentiasa ada kat umah ni.Kadang-kadang petang tu sibuk pulak nak roti bakar.

Itujelah bebudak ni.Janji korang makan.Jangan membazir dah ler.Ni pun dah pandai suruh umi order dengan foodpanda je..Kemain lagi

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “SESEKALI MASAK LAUK BENING PUN SEDAP

  • July 11, 2021 at 11:55 am
    Permalink

    sedapnyaaaaa bening lawan ikan masin….
    arhghhhhh rindu nak balik muo uhukkkkkkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *