Sesekali Makan berdulang Untuk hidupkan sunah

Sesekali Makan berdulang Untuk hidupkan sunah

Sesekali Makan berdulang Untuk hidupkan sunah | Last makan berdulang masa zaman duduk kat kampung dulu.Bila ada kenduri doa selamat, selalu jugaklah merasa makan berdulang ni.

Hari tu bagitahu babah nak order nasi arab.Lepas tu nak makan sedulang dengan anak-anak.Rasa meriah pulak dapat buat macam tu.Insyallah next time kita akan buat lagi makan berdulang ni.

Nampaknya umi kena beli dulang bulat yang besar sikit dari yang ada ni.Nak cari dulang yang rare macam mak-mak kita pakai tu.

Throwback cerita lama masa birthday babah, umi order nasi arab untuk kami  sekeluarga.Tapi masa tu nenek takde.Tinggal lah kami 4 beranak.Jadi memang cukuplah kan untuk satu dulang.Itu pun tak habis.Punyalah banyak nasi tu.Sampai bawa ke malam.Terpaksa umi masak extra lauk buat tambah.

Sesekali Makan berdulang Untuk hidupkan sunah

Bila terbaca amalan makan berdulang ni, rasanya memang patut kita dalam satu keluarga buat kan.Selain dari sunah yang diajar oleh Rasulullah saw, ia juga dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara keluarga.

Puas hati makan 4 beranak .Harga set ni hanya RM59.90 tak silap umi di Nasi Arab Al-Hanin tu

 

Baca juga : Sebab rezeki tak masuk

Anak-anak pun seronok makan berdulang ni.Kalau selalunya makan di pinggan masing-masing, tapi kali ini makan berdulang, itulah yang membuatkan kelainan dan sedapnya makan dengan dulang..

AMALAN MAKAN BERDULANG ATAU MAKAN BERJEMAAH

Amalan makan berjemaah dalam satu talam yang dikongsi antara empat hingga lima orang seperti sunah Rasullah SAW memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.Makan berdulang juga dapat mengeratkan kasih sayang sesama keluarga.

Selaras dengan hadis ada menyatakan :-

Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.

 

Kalau Maulud Nabi masa zaman sekolah, kami berarak dari sekolah ke Masjid.Lepas tu cari geng nak makan sekali satu dulang.Cari port yang sesuai untuk makan.Memang syiok.Masa tulah kita boleh tengok mana kawan yang boleh berkongsi dengan tidak.

Mana taknya, kalau ada yang jenis selfish, mesti dia dah kaut dulu makanan tu dekat dengan dia tanpa ambil tahu geng yang lain cukup atau tidak lauk yang dia ambil tu.

Bilalah gamaknya kan nak makan macam tu lagi di Masjid.Bila yasinan dekat kampung pun korang akan jumpa makan berdulang.Sekarang ni entah ada lagi entah tak.

Nanti weekend nak cari idea menu apa untuk makan berdulang ni.Sesekali Makan berdulang Untuk hidupkan sunah yang Nabi SAW kita dah ajar.

Loading

4 Comments

  1. Dulu2 kami adik beradik memang suka makan berdulang. Dah hujung2 tu memasing cakap dah kenyang, so siapa last kena basuh dulang, hahahahah

  2. Anak-anak Sis paling suka makan berdulang ni, alasannya macam Kak Seri cakap tu hahahaha

  3. Tak ingat bila kali terakhir makan bersama dalam satu dulang. Zaman belajar dulu memang selalu jumpa makan begini terurama selepas menghadiri usrah.

  4. Yaaa.. rindu.. last masa balik kg nenek haritu.. singgah makan briani dalam dulang… Selalu kalau makan dalam dulang ni, masa g event Maulidurrasul tuh ha… Datang surau, sebab tahu nanti ada makan dalam dulang.. Huhi…

    Tah bila dapat balik suasana dunia tanpa Covid lagi. hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *