Dr Beau Serum Oil untuk kulit lebih Sempurna

Serum Oil Hilangkan Jerawat & Jeragat dari Dr.Beau

Serum Oil Hilangkan Jerawat & Jeragat dari Dr.Beau| Nak kulit sempurna kena rajin.Macam mana nak sempurna kalau Serum pun ko malas pakai.

Hah!! umi la tu. aduii.Kalau takde umi cerita pasal Faedah bawa anak ke Library,  dan entry ni pulak of course umi nak cerita pasal kecantikan pulak.Maklumlah dah jadi mak² ni kena banyak jaga terutamanya muka.Biar kita nampak selalu cantik depan anak-anak, depan suami.Baru anak² selalu puji.Barulah suami puji kan..hehehe.

Tak dapat pujian orang lain pun takpe, janji adik dengan kakak puji umi..Teringat dulu masa umi zaman remaja, memang teruk betul breakout muka ni.Sebab apa, sebab malas nak jaga muka.Kita ni, terutamanya wanita kan, bila dah datang period ni, memang hormon lain macam.Kalau elok tu eloklah..Kalau tak elok, hah!! memang teruk la muka kalau tak jaga.

Sebab  jenis kulit  orang asia ni bermacam-macam.Terdapat 4 Jenis kulit  orang asia ni tau? Nak tau??? Baca kat bawah ni.

4 JENIS KULIT ORANG ASIA

Kulit normal

Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, Penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami   kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit kering

Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering ialah disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan  bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Kulit sensitif

Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik.  Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.

Kulit yang bermasalah

Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria.

Apabila wanita dalam masa period atau haid hormon menjadi tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bagian sekitar muka tapi itu hanya sementara. Masalah yang dihadapi ya itu tadi tumbuh jerawat/jerawat batu, pori-pori terbuka dan bintik-bintik hitam pada muka.

 

So, korang kulit yang mana satu?? hehehe…

Serum  Oil Hilangkan  Jerawat & Jeragat dari Dr.Beau

Kenapa umi perlu explain pasal jenis kulit ni? Sebab umi nak perkenalkan satu Serum Oil yang menggunakan Vitamin E,Rosehip Oil,Argon Oil, Almond Oil, Apricot kernel Oil dan Wheat Germ Oil yang dapat merawat kulit dari bermasalah.

 

Serum apa tu? 

Dr Beau Serum Oil untuk kulit lebih Sempurna

Mestilah produk dari Dr.Beau Serum Oil yang hangat di pasaran ni.Yang selebriti-selebriti gunakan untuk kulit mereka.Patutlah kulit artis tu cantik² ek..

Bila korang dah tau apa serum yang umi ceritakan tu dan apa bahan yang digunakan dalam tu, sekarang ni Umi cerita pulak apa kebaikkan setiap bahan yang digunakan di dalam DR.Beau Serum Oil ni.

Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.


Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Uih…Memang tak salah la kan memilih Serum Oil dari DR.Beau ni.

APA LAGI YANG BEST DENGAN SERUM OIL NI DAN SIAPA YANG PERLUKAN SERUM OIL NI?
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Bau harum dan wangI semulajadi
  • Tidak melekit
  • Rasa segar dan nyaman
  • SesuaI untuk semua jenis kulit
Pengalaman umi menggunakan Dr.Beau Serum Oil

Masa mula-mula umi rasa tekstur Serum ni memang rasa takut tau.Yelah..dah namanya Serum Oil.Tapi umi tetap nak mencuba juga, kalau umi tak cuba umi tak tau ianya berkesan dengan kulit umi atau tak.Ye..Umi tau kulit muka umi ni memang jenis berminyak dan kadangkala kering.Jerawat tu jangan cakaplah, kejap ada, kejap takde..Bila keluar memang tak taulah bila nak hilang.

So umi ambil separuh dari serum yang ada di dalam Soft Gel macam kat bawah ni.Pertama kali nampak serum dalam bentuk Soft Gel weh! Ternyata ianya lagi selamat untuk digunakan betul tak?

Dr Beau Serum Oil untuk kulit lebih Sempurna

So, umi pakai separuh pagi dan separuh untuk malam sebelum tidur.Masa mula² apply tu risau sebab ianya berminyak.Guess What!!! GILER AMAZING!!! bila ianya serap dengan cepat! Dan kulit umi tidak berminyak langsung weh!!

Dr Beau Serum Oil untuk kulit lebih Sempurna

Eh..Apa ni? Menipu sangat tau kata serum ni berminyak..Rupanya nampaknya macam minyak..tapi bila kena dengan muka tak berminyak pun!! hahaha…

 

Ni dah dekat seminggu jugaklah umi guna produk Dr.Beau Serum Oil ni.Nampak takde masalah yang timbul.Tengok ok je pada muka.Kulit yang dulu kering tu takdelah teruk kering dan bila berminyak tu, minyak takdelah boleh goreng telur.

CARA PENGGUNAAN DR.BEAU SERUM OIL

Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, teteskan Dr. Beau pada talapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.

Selanjutnya, usapkan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.

Setelah Dr. Beau disapu, dah bleh pakai bedak atau sunblok . supaya hasilnya lebih berkesan, Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan,malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit.

Wajib tengok video ni tau

hah!! cane..Teruja tak untuk korang mencuba.Kalau korang nak dapatkan Serum Oil Dr.Beau ni, boleh lihat details seperti di bawah ni ye.

facebook       :      drbeaumalaysia

Instagram     :    drbeau_official

No telefon     :     0169633443

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *