resepi serawa pulut durian

Resepi Serawa Pulut Durian Pasti Sedap

Resepi Serawa Pulut Durian pasti sedap| Bila musim durian kembali lagi, of courselah akan ada resepi-resepi yang berkaitan dengan durian.

Contohnya durian crepe, bingka durian, pulut durian dan sebagainya.Dan yang paling penting adalah serawa pulut durian ni.

Yelah, setiap kali adanya durian, bila dah muak nak makan gitu je durian, of course kena variasikan durian tu.Umi paling suka serawa pulut durian ni

Masa beli memang cantik kejadiannya.Tak rugi memborong dengan harga yang mahal.Takdelah mahal sangat tapi dekat rm100 jugak ler habis.Tapi kalau dan nak kan? sesekali apa salahnya.Jomlah kita baca entry Resepi Serawa Pulut Durian pasti sedap.

Resepi Serawa Pulut Durian

Kuah Serawa durian

  • Beberapa ulas durian
  • Santan
  • Gula merah/gula kabung
  • Gula pasir
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • Sedikit air

Cara membuatnya

Masukkan semua Durian,air ,gula pasir,gula merah dan Daun pandan.Selepas agak-agak durian tu macam dah hancur sikit,baru masukkan santan.Kacau rata serta perasakan dengan garam agar rasa lemak-lemak gitu.Dah lepas keluar letup-letup dan pekat sikit kuah durian tu.Dah boleh tutup api.

Cara masak pulut paling mudah menggunakan periuk nasi elektrik.

Masukkan pulut ke dalam periuk Nasi.Kemudian masukkan air jangan terlalu banyak ye.Cuma paras-paras pulut tu je.Letakkan di atas dapur biasa dahulu,agak-agak macam air dalam periuk dah menggelegak,angka periuk tu dan buang lebihan air di dalam periuk tu ye.Kemudian,baru masukkan ke dalam periuk elektrik tu hah..So,tunggu jelah pulut tu macam masak nasi…Senang weh..Tak payah susah2 tengok pulut tu masak ke tidak.Takde pun kerak-kerak tinggal kat dalam tu.

resepi serawa pulut durian

Hah..lepas tu dah sejuk sikit,boleh la hidangkan Serawa Pulut Durian tu untuk suami dan anak-anak tersayang..

terima kasih kerana membaca Resepi Serawa Pulut Durian pasti sedap.

baca entry resepi lain di SINI

Related Posts

13 thoughts on “Resepi Serawa Pulut Durian Pasti Sedap

  1. Menggodanya tengok serawa pulut durian. Ini kalau musim durian dapat balik kampung memang puas makan buah durian dan macam macam variasi juadah berasaskan durian dapat. Cantik isi durian tu kak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *