skim perubatan madani

Senarai Nama Klinik Skim Perubatan Madani Sekitar Pasir Gudang

Senarai Nama Klinik Skim Perubatan Madani Sekitar Pasir Gudang | Dah semak belum kelayakkan untuk skim Perubatan Madani.Kalau belum semak tu kena semak cepat supaya korang boleh dapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut ni.

Baru-baru ni kan Kerajaan telah memperkenalkan Skim Perubatan Madani untuk 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.Masa pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dah umumkan Skim Perubatan Madani sebagai antara inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

Jadi golongan B40 yang ingin mendapatkan perkhidmatan Primer akut( rawatan pesakit luar  kes akut) di klinik berhampiran korang.Jadi kuranglah kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.Jom kita tengok apa itu skim perubatan Madani

APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI

skim perubatan madani

Skim perubatan Madani ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut(Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Jadi korang yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah(STR) dalam kalangan B40 ni boleh dapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdafttar di bawah skim ini.

Terdapat lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan golongan berpendapatan rendah.

Tempoh Program

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023

SIAPAKAH PENERIMA YANG LAYAK?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah(STR) berkeluarga, warga emas(tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain

MANFAAT SKIM

Manfaat skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima rawatan penjagaan kesihatan primer Akut secara PERCUMA di klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

JUMLAH KELAYAKAN

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250
  2. Warga Emas(tanpa pasangan)- RM125
  3. Bujang -RM75

Had manfaat ini berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan.Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak Protect Healh Corporation Sdn Bhd seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

RAWATAN SAKIT RINGAN MERANGKUMI

  • Demam dan selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala 
  • Trauma ringan seperti ringan dan lain-lain

SEMAK KELAYAKAN

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut:

Skim Perubatan MADANI

Senarai Nama Klinik Skim Perubatan Madani Sekitar Pasir Gudang

SENARAI NAMA KLINIK SKIM PERUBATAN MADANI SEKITAR PASIR GUDANG

KLINIKALAMAT
KLINIK AIDANO 22, JALAN TEMBIKAI 8, TAMAN KOTA MASAI,
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK SHIMA21, TINGKAT BAWAH, JALAN RAMBAI 11, TAMAN KOTA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK CEMPAKA MEDIKNO.15, JALAN 9/9 TAMAN AIR BIRU
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
PREMIER CHERANG CLINIC PASIR GUDANGNO. 2A (TINGKAT BAWAH & MEZZANINE FLOOR) JALAN JAMBU 6, TAMAN KOTA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK MEDIVIRON TAMAN SCIENTEXNO 23-A(GF), JALAN BELATUK 2, TAMAN SCIENTEX
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK DR FASEEHA21A (GROUND FLOOR) JALAN EKOPERNIAGAAN 9, TAMAN KOTA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK KELUARGA ALLAMANDA DAN SURGERINO 22 (GROUND FLOOR) JALAN CENDANA 9/1, TAMAN CENDANA
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK DR HUDANO 67, (TINGKAT BAWAH), JALAN JAMBU 1, TAMAN KOTA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK SIHAT 24 JAM TAMAN BUKIT DAHLIANO 21 & 21 A (GROUND FLOOR DAN 1ST FLOOR) DAN NO 22 & 22A (GROUND FLOOR DAN 1ST FLOOR) JALAN SEJAMBAK 14 ,TAMAN BUKIT DAHLIA
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK QMS 24 JAMNO. 9A (TINGKAT BAWAH), JALAN BELATUK 2, TAMAN SCIENTEX
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK JOHORNO. 02-1A, JALAN BANDAR, PUSAT PERDAGANGAN,
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK FENDINO. 33(GF), JALAN JAMBU 5 TAMAN KOTA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK MULIA PASIR GUDANGNO.12 GROUND FLOOR, JALAN 9/12 PERJIRANAN 9, TAMAN AIR BIRU
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK ROZIKINNO. 13, JALAN INTAN 13, TAMAN CAHAYA MASAI
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK ROZIKINNO. 52, JALAN PENGKALAN 5, TAMAN PASIR EMAS, KAMPUNG PASIR PUTIH,
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
QUALITAS HEALTH KLINIK FATINNO. 52, GROUND FLOOR JALAN SEJAMBAK 14, TAMAN BUKIT DAHLIA
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK MEDIVANTAGENO. 25A (TINGKAT BAWAH) JALAN JAMBU 1, TAMAN KOTA MASAI,
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
KLINIK MAZMEDICNO 35, TINGKAT BAWAH, JALAN SERANGKAI 11, TAMAN BUKIT DAHLIA
81700 PASIR GUDANG,JOHOR
POLIKLINIK PENAWARNO 5, JALAN 9/9 PERJIRANAN 9 TAMAN AIR BIRU
81700 PASIR GUDANG,JOHOR

Semoga bermanfaat untuk semua

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *