Senarai JDT Blogger Yang Wajib Korang Follow

Senarai JDT Blogger Yang Wajib Korang Follow

Senarai JDT Blogger Yang Wajib Korang Follow dan kenal sekitar Johor.Siapakah senarai blogger yang terdapat di dalam Kelab JDT Blogger ni?

Selalunya korang kenal hanya JDT Blogger tanpa kenal siapakah bloger-blogger yang aktif di bawah naungan group JDT blogger ni kan?

Meh umi cerita sedikit tentang sejarah penubuhan JDT Blogger ni.

PENUBUHAN BLOGGER DI BAWAH NAUNGAN JDT BLOGGER

Wujudnya JDT Blogger ni secara spontan pada 10 Disember 2016 lagi .Diwujudkan oleh founder lama iaitu Blogger Wawa Ashihara dengan beberapa orang ahli sahaja,

Wujudnya JDT Blogger ni secara spontan pada 10 Disember 2016 lagi .Diwujudkan oleh founder lama iaitu Blogger Wawa Ashihara dengan beberapa orang ahli sahaja.

jdtblogger

Kemudian JDT Blogger berkembang dengan penambahan ahli-ahli yang melibatkan blogger yang berada di Johor especially Blogger melayu.

Tujuan utama group ini ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan blogger-blogger Johor bagi memeriahkan lagi dunia blogger di Negeri Johor untuk satu tujuan.Memperkenalkan Negeri Johor dengan segala maklumat tentang perkembangan terkini Johor.

Program pertama yang telah dibuat oleh ahli-ahli JDT Blogger adalah Program bersama anak yatim PKAYIK di Kluang pada tahun 2016 dan diikuti oleh program-program lain seperti Kembara Blogger Johor dan lain-lain lagi.

So, itulah serba sedikit asal usul JDT Blogger yang perlu korang tahu.

Bila dah tau pasal kewujudan JDT Blogger, apa kata korang kenal pulak blogger-blogger Johor yang sedang bergiat aktif sekarang ni.

Jom kita saling kenal mengenali blog-blog mereka.

SENARAI AHLI JDT BLOGGER YANG PATUT KORANG FOLLOW

#1 MIALIANA

Mommy Blogger yang merupakan pakar blog ini seorang blogger separuh masa yang aktif berblog juga.Rajin menganjurkan giveaway di blog beliau.

Jom kenali blogger  ni – Mialiana

#2 HERNEE NAZIR

Merupakan blogger separuh masa juga yang aktif dan mempunyai kelebihan dalam melukis Doodle.Seorang Breastfeeding peer counseler.

Jom kenali blogger ni dengan lebih rapat lagi – Herneenazir.com

#3 SITI ROHAIDA

Juga seorang blogger separuh masa dan penulis blog Kisahsidairy.com ini sendiri.Umi juga merupakan blogger separuh masa dan aktif juga dalam menghadiri food review dan event sekitar Johor Bahru.

Selamat Berkenalan…

#4 SISLIN

Merupakan salah seorang ahli JDT Blogger yang tinggal di Pasir Gudang merupakan blogger sepenuh masa.beliau adalah  Presiden baru JDT Blogger.

Korang bolehlah terjah blog beliau – SISLIN76

#5 SUNAH

Sunah merupakan full time blogger dan merupakan setiausaha untuk JDT Blogger.

Jom terjah blog beliau – Sunahsukasakura

#6 KAK SERI 

Kalau korang suka blog pasal makan-makan dan masak-masak, boleh terjah blog kak Seri.Merupakan part time blogger yang aktif berblog sehingga kini.

Jom kenal dengan Kak Seri ni – Sariyusa

#7 NONASANI

Diantara blogger Johor yang aktif juga antara JDT Blogger.Masih lagi single but not available.Tak tau kenapa not available..hahaha..Itu ko kena tanye dia sendiri ye.

Jom kenal dengan Nona – Nonasani

#8 CIK TOM

Antara blogger yang lama juga aktif berblog.Cik Tom salah seorang pakar tentang SEO dan kalau korang nak belajar tentang blog atau nak cari blog rujukan untuk tutorial tentang blog boleh terjah blog beliau.

Jom kenal dengan blogger Cik Tom – Ciktom

#9 AFZANI TUAL

Jom kenal dengan Afzani.Seorang yang peramah walaupun baru pertama kali berjumpa.

Jom kenal dengan Afzan – afzan

#10 Siti Suziana

Blogger yang baru juga join JDT BLOGGER.Minat baking dan jangan tak tau beliau ada menjual pes Mee Bandung sedap yang korang boleh cuba. Baca review umi di Sini

Jom follow blog – Suziana

#11 FARAHUDA

Dalam JDT Blogger ada 3 orang yang bernama Farah.Salah seorang dari mereka adalah Farahuda.Farah seorang part time blogger dan aktif dalam berblog.Single but not available lagi..agaknya lah…hahahha

Nak kenal ? jom follow blog Farahuda – Byfarah

#12 ENA

Blogger cantik manis di mata umi dan merupakan mommy blogger yang aktif berblog.Banyak juga berkongsi tips parenting yang wajib korang follow

Jom follow blog Ena ni – Tinynasweet

#13 JULIA

Lebih dikenali dengan nama kasihjuju di blog beliau merupakan blogger yang berasal dari Pontian ni juga salah seorang blogger aktif dalam JDT Blogger.Umi mengenali beliau masa mula-mula join program CSR bersama PKAYIK dulu.

Moh ler berkenalan dengan – Kasihjuju

#14 NUR

Mommy blogger yang menetap di Kluang ini merupakan blogger yang juga aktif dan full time blogger.Beberapa kali juga umi berjumpa dengan beliau dalam aktiviti food review dan event lain.

Meh follow rapat blog – Nurdecamelia

#15 FARAHAIN

Antara nama kedua farah yang ada dalam list blog JDT Blogger ni bernama Farah Ain.Tapi lebih mesra di panggil Ain.Sekarang ni sedang aktif bervlog.

Follow blog ain meh – akuainkausiapa

#16 SHAHRUL

Nama blog pun dah pakarblog, so korang yang suka nak mencari ilmu tentang blog ni boleh terus ke blog beliau.

Meh follow blog – Akupakarblog

#17 AIENIEKA

Blogger yang baru je join JDT Blogger baru-baru ni.Dah lama aktif berblog dan sekarang ni lebih serius dalam berblog.Umi belum pernah lagi berjumpa dengan Aein ni.Mybe satu hari nanti akan jumpa dengan beliau.Maklumlah sekarang ni banyak event yang tak dapat dijalankan dek kerana Covid-19 ni kan.

Jom follow blog Aien – aienienka

#18 SUZLIN

Blogger yang nampak pendiam tapi peramah.Hah..itulah dia blogger MAKLIN.

Jom kenal dengan Mak lin – ceritamak

#19 WAZY

Seorang blogger lelaki yang sangat pemalu bagi umi :).Merupakan blogger yang pakar juga dalam blog.

Boleh follow – wanzawawi

#20 FARADIDI

Geng Farah yang ada di dalam JDT Blogger ni baru je menjadi isteri orang.

Jom follow blog didi – faradidi

#21 FAIZZAH AMIR

Blogger dari Kota Tinggi yang umi kenal ni merupakan mommy blogger juga tau.Aktif berblog dan berbisness.

Jom follow blog  – Faizzahamir

#22 Lin Leina

Blogger Lin juga merupakan ahli baru dalam JDT Blogger tetapi sudah aktif berblog sebelum ini.

Jom follow Sis comel ni – lienliena

#23 DILAH

Blogger Dilah merupakan mommy blogger juga yang aktif berblog.Suka berkongsi tentang masakkan dan juga kehidupan.

Jom follow – ceriteraibu

#24 IMAN

Blogger yang masih lagi belajar dan minat berblog ni boleh dikatakan aktif dalam berblog.

Meh follow blog – iman

#25 Hj YAZID

Blogger otai juga seorang blogger yang pakar dalam bab SEO ni.

Jom follow – onlajer

#26 ALEYA

Apa kata Mommy di dalam blog Aleya ni.Nak tau pasal mommy blogger ni boleh folow rapat blog beliau – apakatamommy

#27 SELIM

Blogger lelaki yang ada di dalam JDT Blogger selain yang kat atas ni..

Jom Follow  – Selim – 

#28 Mama Maszul

Nanny blogger yang aktif berblog dan tiktok masakkan.Mama umi ni suka memasak tau.And of course masakkan dia sedap 🙂

Jom follow blog mama

#29 Uyui

Mommy blogger dan ahli terakhir yang umi nak kenalkan kepada korang

Jom follow blog Uyui – aimiedarmia

Itulah antara ahli-ahli JDT Blogger yang perlu korang kenal dan follow.

Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing dalam berblog.Alhamdulillah JDT Blogger makin ramai yang kenal.Makin banyak pihak yang menggunakan khidmat blogger Johor dalam memperkenalkan produk-produk mereka.

Jadi jika ada founder, hotel dan restoran yang ingin menggunakan khidmat JDT Blogger untuk perkenalkan produk-produk korang, bolehla terus email kepada kami.

Nak email umi pun boleh juga.

 Boleh juga lawati blog rasmi JDT Blogger di bawah ni ye

3 Comments

  1. Alhamdulilah… teruskan menulis dan kita sama-sama naik..majulah JDT Blogger ke arah wawasan 2030

  2. Kita full time blogger hehe.. Tq kak cantik review ena. Jom lah sama2 majukan lagi jdt blogger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *