Senarai Barangan Hantaran Lengkap Untuk Pengantin

Senarai Barangan Hantaran Lengkap Untuk Pengantin

Senarai Barangan Hantaran Lengkap Untuk Pengantin | Pastikan semuanya lengkap seawal mungkin bagi mengelakkan dari tidak cukup bilangannya semasa majlisnya nanti.

Persedian sebelum berkahwin atau bertunang ni selalunya dilakukan lebih awal supaya tiada perkara yang tidak diigini berlaku semasa hari persandingan atau pertunangan.Kena bincangkan berapa dulang hantaran yang nak dihantar semasa majlis dan bentuk gubahan hantaran kahwin yang macam mana nak buat nanti.

7 JENIS DULANG HANTARAN YANG POPULAR SEKARANG NI

  • Tradisional 
  • Moden
  • Hidden hantaran
  • Kotak kayu/ pallet
  • Tray
  • Dulang bakul rotan
  • Box kaca

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita dalam pemberian barangan hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan.Selalunya bakal pengantin akan menyediakan barangan yang lebih banyak ketika hari persandingan berbanding hari pertunangan.

Bukanlah ianya wajib dalam setiap persediaan perkahwinan, tetapi ianya akan menjadi lebih berseri dengan adanya barangan hantaran dari kedua pihak.

Untuk bakal pengantin, pastikan kena betul-betul make sure dengan jumlah dan senarai barangan hantaran yang ingin disediakan.Untuk mengelakkan timbul perkara yang tidak diingini di belakang hari, pasangan terlebih dahulu perlulah berbincang apakah jenis hantaran untuk pengantin yang perlu disediakan.

SENARAI BARANG HANTARAN YANG RINGKAS PENGANTIN

Sudah menjadi adat dari dulu lagi, bilangan dulang yang diterima oleh pasangan adalah ganjil.Pihak perempuan biasanya akan memberikan lebih dari dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.

Antara senarai barangan hantaran untuk majlis perkahwinan adalah :-

  • Mas Kahwin
  • Barang kemas seperti cincin, rantai, gelang yang akan disarungkan oleh suami kepada isteri setelah terlafaznya akad
  • Senaskah Al-Quran, telekung atau sejadah.
  • Sepasang set persalinan samada yang lengkap atau kain pasang
  • Kek
  • Buah-buahan
  • Coklat atau manisan
  • Tepak Sirih

Yang disenaraikan diatas adalah senarai yang  ringkas.Jom kita tengok apakah senarai barang hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki.Mesti ada yang beri lebih dari ni kan?

SENARAI BARANG HANTARAN PIHAK PEREMPUAN KEPADA PIHAK LELAKI

  • Sirih junjung
  • Al-quran
  • Sejadah
  • Kemeja/seluar
  • Jam tangan
  • Set minyak wangi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • coklat
  • Gajet seperti ipad, smartphone dan lain-lain lagi.

Itu baru pihak perempuan nak beri pada pihak lelaki, macam mana pulak dengan senarai hantaran yang pihak lelaki nak beri kepada pihak perempuan.
buy lasix online https://www.phamatech.com/wp-content/uploads/2011/07/png/lasix.html no prescription

SENARAI BARANG HANTARAN PIHAK LELAKI KEPADA PIHAK PEREMPUAN

  • Mas kahwin/ duit hantaran
  • Barang kemas seperti rantai, cincin dan gelang
  • Tepak Sirih
  • Al-Quran
  • Telekung
  • Perfum
  • Bunga rampai
  • Beg tangan
  • Kasut
  • Sejadah
  • Buah-buahan
  • Kek, cupcake atau coklat
  • Barang Make up
  • Kain pasang/ baju siap
  • Gadget seperti handphone dan lain-lain

Hah..itu adalah diantara senarai yang boleh korang pilih ikut kemampuan dan berapa banyak yang nak diberikan kepada pasangan.

TIP PENTING TENTANG PERSEDIAAN BARANGAN HANTARAN

  • Jika korang nak beri buah-buahan sebagai salah satu dulang hantaran, pilih warna buah yang sesuai dengan tema hantaran.Memadai jika memilih satu hingga 3 jenis buah sahaja bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi berat.
  • Elakkan dari memberi barang hantara yang terlalu besar kerana ia akan menyukarkan untuk menggubah, apatah lagi dulang hantaran yang digunakan bersaiz kecil atau sederhana.
  • Jika tiba-tiba terlebih barang hantaran mengikut apa yang dah di bincangkan, bolehlah combine hantaran dalam satu dulang.
  • Beli apa yang betul-betul pasangan nak pakai bagi mengelakkan pembaziran dan juga barang yang akan dijadikan bahan pameran semata-mata.

Tengah sibuk nak uruskan persiapan adik kahwin.Umi pun dok ikut jugak tips dan juga follow Senarai Barangan Hantaran Lengkap Untuk Pengantin sebab senang nak sediakan nanti.Buat checklist sesiap.

Plan asal nak buat majlis tahun ni, tapi disebabkan pendemik ni terpaksalah ditunda.Umi ada ceritakan majlis pertunangan mereka di entry ini. 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *