Senaman Paling Mudah Bagi Pesakit Diabetes Adalah Berjalan Kaki Tapi Ada Syarat-syaratnya

Senaman Paling Mudah Bagi Pesakit Diabetes adalah Berjalan Kaki Tapi ada syarat-syaratnya

Senaman Paling Mudah Bagi Pesakit Diabetes adalah Berjalan Kaki Tapi ada syarat-syaratnya | Senaman memang perlu bagi kesihatan kita

Tapi tak semua senaman sesuai untuk badan seseorang.Khususnya untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Boleh ke pesakit diabetes ni melakukan senaman seperti berjalan kaki setiap hari?

Ada manfaat jalan kaki atau sebarang kesan buruk untuk pesakit diabetes?

Ini penjelasan yang perlu korang tahu

ADA MANFAAT JALAN KAKI UNTUK PESAKIT DIABETES

Sebenarnya aktiviti berjalan kaki sangat berkesan bagi mengawal paras gula darah pesakit diabetes.Manfaat jalan kaki ini sangat memberi kebaikkan kepada penghidap diabetes jenis 2.Kajian juga telah membuktikan perkara ini.

Ada satu kajian di mana ia melibatkan pesakit diabetes jenis 1. Mereka dikehendaki untuk memilih sama ada hendak berjalan kaki selama 30 minit atau tidak melakukan apa-apa selepas makan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa, mereka yang berjalan kaki selepas makan mempunyai bacaan gula darah yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak berjalan selepas makan.

Kesan ini direkodkan dalam tempoh 1 hingga 1 jam setengah selepas makan.

Selain itu, kesan ini juga didapati berlaku dalam kalangan mereka yang bukan pesakit diabetes.

Jadi ia helas menunjukkan bahawa manfaat jalan kaki ini sememangnya mengawal paras gula darah pesakit diabetes dan juga bukan pesakit diabetes

BERAPA BANYAKKAH KADAR JALAN KAKI YANG DISARANKAN UNTUK PESAKIT DIABETES

Menurut American College of sports Medicine dan American Diabetes Association, pesakit diabetes disarankan untuk berjalan kaki selama 3o minit dalam 5 hari seminggu.

Namun, sebelum anda memulakan aktiviti berjalan kaki ini, bertanyalah kepada doktor yang merawat anda terlebih dahulu berkenaan kesesuaian anda melakukan aktiviti berjalan kaki.

Doktor mungkin akan memberikan panduan yang lebih terperinci dan langkah berjaga-jaga kerana doktor lebih memahami keadaan seamsa anda.

Selain itu, doktor mungkin akan menukar pelan ubat-ubatan anda  selain diet agar ia bersesuaian dengan aktiviti yang akan anda lakukan.

7 TIPS UNTUK DAPATKAN MANFAAT JALAN KAKI BAGI PENGHIDAP DIABETES

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah ini sebelum dan semasa melakukan aktiviti berjalan kaki:

#1. Jadikan jalan kaki sebagai rutin

Aktiviti fizikal sememangnya memberikan banyak kebaikan kepada tubuh. Ini termasuklah aktiviti berjalan kaki.

Bagi penghidap diabetes, anda disarankan untuk menjadikan aktiviti berjalan kaki ini sebagai salah satu rutin harian anda.

Berjalan kaki selama 30 minit setiap hari amatlah disarankan.

#2. Pakai kasut yang sesuai

Penghidap diabetes juga mestilah memakai kasut sukan yang sesuai. Kasut yang dipakai mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu kasar.

Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang boleh berlaku akibat daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai.

Memandangkan penghidap diabetes akan mengalami luka lambat sembuh, maka cuba kurangkan sebarang faktor yang boleh menyebabkan kecederaan.

[ Baca Juga : 10 tips diet yang seimbang yang perlu korang tahu ]

#3. Semak paras gula sebelum memulakan jalan kaki

Jika paras gula darah anda terlalu rendah, maka anda perlu makan sedikit sumber karbohidrat sebelum melakukan aktiviti berjalan kaki.

Jika paras gula darah anda terlalu tinggi, anda mungkin perlu menangguhkan aktiviti ini terlebih dahulu sehinggalah paras gula darah menurun.

#4. Waktu sesuai berjalan kaki

Waktu yang paling sesuai bagi penghidap diabetes berjalan kaki ialah 30 minit selepas makan.

Anda juga disarankan untuk berjalan kaki pada waktu pagi berbanding waktu-waktu lain.

#5. Perubahan dos insulin

Pastikan anda minum air bagi mengelakkan dehidrasi semasa berjalan kaki.

Minum air sebelum berjalan kaki, dan minum lagi setelah 20 minit berjalan kaki.

Selepas tamat berjalan kaki, minum lagi air bagi meningkatkan hidrasi tubuh anda.

Apabila anda melakukan senaman, dos insulin anda juga akan berubah. Bertanyalah kepada doktor anda berkenaan perubahan dos insulin yang sesuai dengan aktiviti berjalan kaki anda.

#6. Jangan lupa minum air dengan banyak

Pastikan anda minum air bagi mengelakkan dehidrasi semasa berjalan kaki.

Minum air sebelum berjalan kaki, dan minum lagi setelah 20 minit berjalan kaki.

Selepas tamat berjalan kaki, minum lagi air bagi meningkatkan hidrasi tubuh anda.

#7. Pastikan tanda-hipoglisemia

Hipoglisemia adalah keadaan di mana tubuh anda mengalami paras gula darah yang amat rendah.

Jika anda mengalami pening kepala, lemah, keliru, berasa lapar, sakit kepala atau mana-mana simptom yang kurang enak, maka cepat-cepat dapatkan sumber karbohidrat untuk mengelakkan hipoglisemia berlarutan.

Kesimpulan

Manfaat jalan kaki ini sememangnya sangat baik untuk turunkan paras gula darah penghidap diabetes.

Namun, sebelum memulakan sebarang aktiviti berjalan kaki, bertanyalah kepada doktor terlebih dahulu untuk melihat kesesuaian anda melakukannya.

Pastikan juga anda mengikuti tip berjalan kaki yang telah kami berikan di atas khas untuk pesakit diabetes.

Sejak PKP ni nak keluar untuk briswalk pun takut.Semoga cepat-cepatlah covid ni menghilang.Jadinya Senaman Paling Mudah Bagi Pesakit Diabetes Adalah Berjalan Kaki Tapi Ada Syarat-syaratnya telahpun kita tahu.Jom buat

 

 

Loading

One thought on “Senaman Paling Mudah Bagi Pesakit Diabetes Adalah Berjalan Kaki Tapi Ada Syarat-syaratnya

  1. waaahh, bagus informasi ni. Kadang-kadang kita main ikut dan jeee. janji buat. thanks for sharing. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *