SENAMAN RINGKAS UNTUK KEKAL CERGAS DI RUMAH

Senaman ringkas juga perlu selain mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan tidak perlu untuk keluar rumah.Ini 5 jenis senaman yang perlu kita buat

Bila duduk dirumah, haruslah lemak tu terus beranak pinak sampai satu tahap kita pulak yang lemah kan.Apa taknya, duduk dirumah sepanjang MCO ni bukan sahaja tidur banyak, malah makan pun banyak tapi KURANG SANGAT EXERCISE.Bukan cakap korang, umi ni sejak duduk rumah, nak exercise hari-hari pun malas.Malah seminggu sekali tu pun kadang buat kadang tak.

Exercise tu tidak termasuk buat kerja rumah ye.Takat memberus bilik air, menyapu sampah, mengemop tu takdelah mengurangkan kalori kita dengan banyak.Tapi bila kita buat senaman yang boleh buat kita berpeluh dengan banyak tu, payah sangat.

Umi ada juga berjinak-jinak dengan skipping, tapi tulah, seminggu sekali tu kadang payah.Nak-nak bila kaki tu sakit nak meloncat, yelah beginner kan.Nak betul-betul pro tu lambeeet lah lagi.

Mesti kita tertanya-tanya apakah jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah?Apa pulak senaman untuk kuruskan badan di rumah yang boleh kita buat setiap hari?

Tujuan senaman ringkas ni bagi memberikan kita tenaga untuk melawan penyakit.Kalau kita tak biasakan mungkin akan membawa kemudaratan bagi kita.At least senaman regangan juga mampu membuat tubuh kita menjadi sihat.Jom kita lihat apakah jenis senaman ringkas yang boleh kita buat di rumah.

5 JENIS SENAMAN RINGKAS DI RUMAH YANG BOLEH DIBUAT SETIAP HARI

senaman ringkas

1.REGANGKAN BADAN

Elakkan duduk sepanjang hari dirumah tanpa berbuat apa-apa,sebaliknya carilah aktiviti untuk dilakukan dirumah.Jika malas sangat, lakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.

2.LOMPAT TALI

 

Meskipun kita tidak dapat ke pusat kecergasan dalam tempoh PKP ni, kita masih boleh menjalani latihan intensif dirumah.Antaranya ialah lompat tali yang mampu meningkatkan stamina kita.Dan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan juga.

3.LARI SETEMPAT

Jogging atau lari setempat ni ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati.Kita boleh lakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik dirumah.

4.LOMPAT KATAK, TEKAN TUBI

Lompat katak ni sangat mudah dan boleh dilakukan dalam kiraan 10 saat.Ia baik untuk memanaskan badan dan kardiovaskular, manakala tekan tubi baik untuk menguatkan otot lengan serta dada kita.Tidak perlu lama cukup sekadar 10-15 minit setiap sesi.

5.AEROBIK & ZUMBA

Senaman aerobik dan zumba dapat dilakukan sama ada di luar ataupun di dalam rumah.Ia lebih seronok dilakuakn bersama ahli keluarga yang lain.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang boleh kita lakukan bersama iaitu berjalan di sekeliling umah atau turun naik tangga selama 10-15 minit.Sebaik-baiknya, lakukan sebanyak dua ke tiga kali sehari.

Nak cari lagi senaman mudah bolehla cari di Youtube.

Paling penting kita kena sentiasa menjaga kebersihan diri serta memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan 

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *