SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS | Kalau dulu umi tak pernah ambil tahu pasal senaman untuk pelvis kita ni.

 

Yelah, kadang kala kita hanya menitikberatkan hanya untuk senaman ke atas anggota badan yang lain untuk mempertingkatkan kesihatan otot-otot dan anggota badan yang lain sehinggakan kita sebagai wanita ni, tidak mahu ambil tahu langsung senaman untuk memperkuatkan otot dibahagian alat sulit kita.

Sampailah kita dah berkahwin dan beranak pinak, baru kita perasan yang kita perlu untuk melakukan senaman yang dipanggil senaman kegel.Ia untuk membantu kita supaya kita tidak mudah untuk berasa penat, kurang bersemangat dan kurang untuk “bersama” kerana keletihan dan sebagainya berpunca dari kita mengandung, melahirkan, menopause, obesiti, kanser prostat dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, malah apabila otot lantai pelvis kita lemah, ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan diri dalam hubungan seksual, kita mungkin mengalami kencing yang tidak lawas, bagi wanita mengandung pula ia tidak dapat menampung berat bayi dalam rahim dan sebagainya yang berkaitan.

Banyak sebab korang kena buat senaman ini untuk keharmonian rumahtangga dan kehidupan seharian..Penting ke? Of course penting.Korang baca mengapa kita perlu menguatkan otot lantai pelvik ni.

MENGAPA KEKUATAN OTOT LANTAI PELVIK ITU PENTING

Terdapat 4 sebab mengapa kita kekuatan otot lantai pelvik tu penting.Korang boleh baca dibawah ni.

#1 Menyokong organ-organ dalam pelvik dan memudahkan proses bersalin
PFM dapat menyokong organ-organ dalam pelvik.Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi dalam rahim.Jika kerap melakukan senaman pelvik, ia akan memudahkan proses peneranan bayi keluar dari faraj.

#2 Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan prolaps.
Sekiranya kita sering mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk, senaman ini dapat membantu mengurangkan dari inkotinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak disengajakan.Selain dari itu, ia juga dapat mengelak daripada organ prolaps (Rektum-’Cystocele’) yang tertekan di dubur.

#3 Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi seksual.
Senaman ini dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan.

#4 Mengatasi masalah perbelanjaan kos rawatan yang tinggi termasuk kos pembedahan.
Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi masalah seperti

  • Infeksi saluran kencing, pruritus akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa
  • Mengambil ubat
  • Rawatan pembedahan

Jika korang pernah mengalaminya korang perlu membuat senaman ini.Bagaimana pula cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis ni? Ada dua cara yang boleh umi kongsikan disini yang mungkin korang boleh ikut.

CARA MENANGANI MASALAH KELEMAHAN OTOT LANTAI PELVIS

1.Senaman Kegel

  • Kempiskan perut dan lakukan proses “kemut-lepas-kemut”
    Lima kontraksi pantas
  • Diikuti dengan kontraksi perlahan, kontrakkan PFM dan tahan untuk kiraan sepuluh, ulangi pergerakkan ini untuk 20 kali.
  • Adalah disarankan senaman di atas dilakukan sebanyak tiga sesi sehari untuk mengekalkan kekuatan otot lantai Pelvis kita
  • Bagi menguatkan otot PFm yang lemah, selalunya pesakit disarankan untuk mengulangi kontraksi perlahan sebanyak tiga kali sehari dan setiap sesi 30 ulangan.

2.Bantuan peralatan perawatan sekiranya PFM terlalu lemah atau langsung tidak dapat melakukan kontraksi.

  • EMS, Electrical muscular stimulator
  • Vibrance Kegel device

3.Pakar Perubatan

  • Mengambil ubat
  • Alat perawatan masalah PFM ditempatkan di faraj
  • Pembedahan

Sebab tu kita tak boleh mengambil mudah akan perkara ni.Nampak macam tak penting, tetapi ia dapat mengganggu kehidupan seharian kita.

Sebut tentang senaman, jarang-jarang kita dapat melakukannya dengan kerap dek kerana masa yang tidak mencukupi.Kebanyakkan kita mengisi masa itu untuk berehat dan disitulah timbulnya masalah kelemahan pada otot lantai pelvis kita.

Selain bersenam, kita juga boleh menggunakan alat untuk memudahkan kita membuat senaman semasa kita berehat juga kan?

Ada solusinya?

Tenscare telah mengeluarkan satu alat yang banyak membantu wanita diluar sana yang kurang ada masa untuk melakukan senaman kegel ini.Dengan itu mereka mengeluarkan satu alat iaitu Kegel Toner Pelvic Floor Trainer yang banyak manfaatnya.Sebelum tu jom kita kenali syarikat yang mengeluarkan Kegel Toner ini iaitu Tenscare ni.

SYARIKAT TENSCARE

TensCare ialah sebuah syarikat peranti perubatan UK khusus dalam elektroterapi dengan pengalaman selama 28 tahun, kebanyakannya terkenal dengan unit TENS melegakan kesakitan dan Jurulatih Kegel.

TensCare bekerja dengan hospital dan farmasi di UK, senaman kegel mereka telah menjadi salah satu produk paling popular untuk pemulihan selepas bersalin, dan Alivia ialah senaman Kegel premium terbaru mereka.

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

Sebagai sebuah syarikat yang memenangi anugerah selama ini, TensCare baru sahaja menerima salah satu anugerah paling berprestij di UK tahun ini- Anugerah Queen (2021), yang diiktiraf oleh negara sebagai jenama yang boleh dipercayai. Malahan, Alivia telah dinobatkan “Parents’ Choice Awards 2022” sebagai alatan senaman Kegel yang terbaik di Malaysia.

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

Jenama British dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam elektroterapi, termasuk rawatan melegakan kesakitan dan pemulihan otot.

TensCare mengeluarkan dua produk iaitu Kegel Toner dan Alivia khusus untuk kesihatan bahagian sulit wanita.

 

Alivia (Green) – lebih sesuai untuk wanita yang telah melahirkan anak dan boleh merasakan kesan yang jelas pada otot lantai pelvis dan pundi kencing, seperti rahim sedikit prolaps atau lebih kerap kebocoran air kencing. Ia menyediakan 5 program – 3 mod Bersenam, 1 Nada, dan 1 mod pelepasan sakit haid yang juga boleh digunakan untuk kekejangan selepas bersalin.

Kegel Toner – Kegel Toner (ungu) adalah jurulatih Kegel peringkat permulaan dan hanya mempunyai 2 Program- Tekanan dan Nada. Ia berkesan dan membantu untuk menguatkan otot-otot lantai pelvis, lebih disyorkan untuk wanita yang merancang untuk hamil dan mengalami kebocoran kencing sekali-sekala. Jurulatih ini akan membantu lantai pelvis anda untuk bersedia dan lebih kuat

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

TENSCARE KEGEL TONER

Kegel Toner ialah senaman kegel peringkat permulaan yang mudah dimulakan untuk pemula. Sesuai untuk wanita yang ingin menguatkan otot lantai pelvis dan merasakan peningkatan sensasi; jika anda sudah mengalami masalah kebocoran pundi kencing, Alivia disyorkan kerana ia adalah peranti premium untuk rawatan menyeluruh.
USP:

  • Berhasrat untuk menyediakan senaman am untuk mengekalkan otot dan mencegah inkontinensia kencing — kehilangan kawalan pundi kencing
  • Untuk wanita yang ingin menguatkan pundi kencing. Wanita muda boleh menggunakan ini untuk melatih otot kegel mereka.
  • Ia datang dengan 2 program = 1 Senaman dan 1 Nada

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

Senam kegel TensCare menggunakan teknologi EMS yang selamat dan lebih berkesan daripada senaman kegel tradisional, dan ia telah menjadi salah satu produk yang paling popular.

Kegel Toner membantu menguatkan otot lantai pelvis dengan menggunakan rangsangan elektrik untuk memerah dan merehatkan mereka. Rawatan inkontinensia yang disediakannya terdiri daripada dua program – senaman dan penjagaan selepas, kedua-duanya menghantar rangsangan lembut melalui pemeriksaan faraj, menjadikan otot dalam mengecut.

Tetapan program dipilih dengan teliti dan disokong oleh bukti klinikal yang kukuh. Toner Kegel secara khusus ditujukan untuk Tekanan Inkontinens, yang merupakan jenis yang paling biasa. Ia memberikan hasil terbaik sambil selesa dan sangat mudah digunakan.

 

Cara Pasang Kogel Toner Pelvic Floor Trainer

SENAMAN KEGEL MEMBANTU MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIS

Ia didatangkan dengan :-
1 x Kegel Toner continence stimulator unit
1 x Lead wire (L-CPT)
1 x Liberty Kegel Trainer (X-VPK)
2 x AA 1.5V alkaline batteries
1 x Storage pouch
1 x Instruction manual

Untuk memulakan penggunaan tekan button ON selama 3 saat sebelum ianya menyala.

 

Untuk permulaan boleh setkan masa dengan menekan button atas bawah tu.Biarkan dalam keadaan Mood Train.

Masukkan Vaginal probe tu kedalam alat sulit dan untuk memudahkannya masuk, korang boleh meletakkan Go Gel yang boleh korang dapatkan sekali di website tenscare

Apa yang umi suka dengan senaman menggunakan Kegel Toner ni ialah ianya mudah sangat untuk digunakan.Kebiasannya memang umi tiada masa untuk melakukan senaman, tetapi dengan adanya Kegel Toner ni umi boleh gunakan semasa umi berehat.Sambil baring pun umi masih lagi boleh bersenam.Sambil membaca buku atau menonton tv pun kita masih lagi boleh melakukan senaman Kegel ni.

Alhamdulillah setakat yang umi gunakan ianya berfungsi dengan baik.Sepanjang menggunakan Kegel Toner ni, boleh dapat rasa ada perubahan dari segi kurangnya period pain yang umi alami kebelakangan ini.

Kegel Toner ni sebenarnya dah digunakan secara meluas tau di Negara luar sana.Cuma kat Malaysia ni kita tak terlalu didedahkan dengan penggunaan alat senaman yang menarik ni.

 

Mungkin korang juga mencari alat senaman untuk kuatkan otot lantai pelvis korang juga?

Korang boleh dapatkan di Lazada dan dapatkan 2 tahun waranti untuk produk dari Tenscare ni.

Maklumat lanjut tentang Tenscare ni boleh lihat di bawah ini

https://www.youtube.com/watch?v=aPACtsYe88o&t=3s

Loading

9 Comments

  1. Macam best je bantu otot pelvic. lepas beranak bahagian tu kalau sakit kenot bawak bincang.

  2. Kisahnya nak senam kagel pun boleh dgn bantuan alat ekkk. Nice info. Tq share 🙂

  3. Alhamdulillah … Time kasih kongsi info .. baru tau ada alat ni .. yang kemut tu dulu aerobik selalu buat

  4. menarik ada alat senaman macam nih… sangat membantu kaum wanita yang serba moden sekarang nih… terbaiklah

  5. wah..not bad! boleh ;ah cuba try test nanti.betul tu,kita selalunya terlupa penjagaan dalaman padahal yang tu pun penting!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *