Semperit Susu 3 Bahan Yang Cair Di Mulut | Resepi biskut raya yang paling mudah sangat umi nak buat lagi-lagi dengan budak ni.
Ikut hati memang malas nak buat kuih raya.Yelah semangat raya ni pun turun naik je tahun ni.Sama jugak lah macam tahun lepas.Untuk tahun ni cukuplah baju kurung sepasang sorang.Baju lain umi tak beli pun.Sebab tau takkan kemana.
Persiapan raya pun masih samar-samar.Rumah begitulah warnanya.Tak berubah.Cuma untuk kuih raya, bila anak-anak dah sebut, buatlah jugak umi untuk mereka.Yelah masing-masing semangat puasa kan.Lagi cerita pasal raya lagilah semangat nak buat itu ini.
So, umi pun menggoogle la resepi-resepi kuih raya mudah nak buat.Cari punya cari dapatlah resepi semperit dahlia susu 3 bahan.Umi tak pasti semperit dengan dahlia tu adik beradik ke apa.Sebab mostly yang umi cari dahlia tu sama je semperit.Semperit dahlia ni antara biskut viral 3 bahan tau.Jom kita tengok Resepi biskut dahlia susu 3 bahan dibawah ni.
Dan ini adalah koleksi Kuih raya yang wajib ada setiap tahun.Kalau dulu memang rajin ler umi buat dahlia ni.Bila dah bekerja dan ada anak ni, masa mencemburui gitu.. Jomlah kita lihat Semperit Susu 3 Bahan Yang Cair Di Mulut ni.Dapat buat dua telap tapi tinggal lagi 1 telap je.Tak koselah umi nak buat lagi.
Resepi Semperit Susu 3 Bahan

Bahan-Bahannya
- 250 Butter
- 1/2 susu pekat
- 500 gm tepung jagung
Cara Membuatnya
Masukkan Butter dan juga susu.kemudian pukul sehingga rata.umi guna senduk je
Dah kacau sehingga sebati maam kat bawah ni bolehlah masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit macam kat bawah ni sampai adunan boleh dibentuk
Jadi seperti dibawah ni
Boleh la masukkan dalam acuan semperit atau nak buat macam mana pattern pun.
Umi buat dua warna.Letak warna pink sikit biar nampak cantik.Yang atas tu letak kismis.Bebudak dua orang tu menambah coklat rice entah jadi apa.
Umi bakar guna pemanggang ajaib tapi agak leceh la sebab kena pantau api dan tengok selalu.Risau hangus je.Memudahkan kerja umi bila umi masukkan dalam air fyer.Settle.Suhu untuk bakar dalam air fryer adalah dengan suhu 160 dalam 10-15 minit sahaja.
Settle..hari ni plan nak buat cornflakes madu la pulak..tak taulah berjaya ke tidak buat..tunggu jelah nanti
Laaa senang je bahannya. Hehe. Lawa akk buat
senang sangat..warna pink tu sebenarnya terlebih pewarna