Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja

Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja | Ikut hati rasa dah malas nak naik kerja.Badan still tak fit lagi.

Disebabkan kerja hakiki masih lagi diperlukan, jadi umi dengan rela hati jugak ke tempat kerja.Seminggu lebih dah tak bekerja.Last bekerja hari tu pada 30 Mac 2021.Itu pun half day.

Nak throwback rasa sedih.Tapi umi nak jadikan kenangan di blog ni.Cuma cerita tentang umi iaitu bekas pesakit covid ni, umi hold dulu la.Tengah kumpul kekuatan untuk menulis.Risau kang sambil menulis sambil keluar air mata.

Sedih sebab hadiah yang umi dapat pada hari jadi umi, sesuatu yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada umi sekeluarga.

Alhamdulillah, Allah swt berikan umi peluang untuk meneruskan kehidupan.Semoga dengan kehidupan baru ni, memberikan umi satu peluang lagi untuk jadi yang lebih baik

Insyallah..

Nak settlekan dulu apa yang perlu disettlekan pagi ni.Pulak tu memang kena time closing.Jadi a bit busy la umi untuk hari ni.Tapi sempat jugaklah kan nak menulis walau tak panjang mana bebelan tu.

Masih menunggu khabar dari Hospital tentang Mak Mertua umi.Rasa sedih setiap kali call dia.Kesian dia tak dapat keluar lagi.Katanya petang semalam, tapi mungkin darah mak tak ok lagi tu yang doc tak benarkan mak discharge lagi.Dah lama tak berbuka puasa bersama-sama dengan dia.

 

Nantilah umi cerita tentang umi warded, family positif covid tu semua.

Ada ke yang nak dengar cerita umi ni?

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *