Semakan Keputusan Permohonan Pra sekolah bagi tahun 2020 | Semakan keputusan Permohonan Pra Sekolah bagi tahun 2020 pada 5 Ogos 2019.
Ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran permohonan kemasukkan murid ke Program pendidikan PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2020 untuk anak/jagaan secara online melalui Sistem Aplikasi E-prasekolah ataupun secara manual(melalui sekolah dimohon) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut mengikut ketetapan berikut
SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN MURID PRA SEKOLAH KPM2020
Semakan Keputusan Permohonan bagi ibubapa/penjaga yang membuat permohonan secara onlune dan manual boleh dilakukan bermula pada 5 ogos 2019 yang tertakluk kepada sebarang pindaan.
RAYUAN PERMOHONAN UNTUK MURID PRA SEKOLAH KPM2020
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan permohonan rayuan secara online melalui laman aplikasi E-prasekolah yang sama dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.Rayuan Permohonan secara online hanya untuk ibubapa/penjaga yang membuat permohonan secara online.
Â
KEPUTUSAN PERMOHONAN RAYUAN
Semakan keputusan rayuan secara online boleh di semak melalui lama aplikasi E-pra sekolah mulai tarikh 10 september 2019 (tertakluk kepada pindaan).Cara semakan adalah sama seperti sebelum ini.
Bagi keputusan rayuan secara manual pula, semakan keputusan boleh di buat di tempat rayuan di hantar.Ibubapa atau penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi permohonan rayuan yang berjaya.
Umi pulak berdebar-debar risaukan Nur Awfiyah.Sebab hari tu lagi pihak sekolah dah maklumkan yang alamat yang dinyatakan umi letak alamat kota tinggi.
Harapnya boleh la buat rayuan kalau tak dapat…Insyallah…
Jangan lupa untuk semak tau..
https://eprasekolah.moe.gov.my/