Semakan Arah Kiblat Sempena Peristiwa Istiwa A’dzam

Semakan Arah Kiblat Sempena Peristiwa Istiwa A’dzam.Kita boleh check balik arah kiblat pada petang ni.

Sebelum tu mari kita lihat apa itu Periswita Istiwa A’dzam ni.

PERISTIWA A’DZAM

Peristiwa Istiwa A’dzam ni adalah fenomana matahari betul-betul berada tegak atas Kaabah. Berlaku 2 kali setahun.

Yang pertama hari tu, 28 Mei 2019 pukul 5.16 petang. Yang kedua, bakal berlaku hari ni, 16 Julai 2019 pada pukul 5.28 petang.

Nanti masa peristiwa Istiwa ni berlaku, apa yang perlu kita buat?

1) Sebelum berlaku, pacak objek lurus dalam tanah. Cacak lurus 90° ye di permukaan yang rata. Untuk rumah yang takde tanah macam rumah apartment, boleh guna bingkai tingkap as penanda macam gambar di bawah.

2) Masa berlaku pukul 5.28 petang, kita perhatikan and then kita tandakan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus tu.

3) Arah kiblat adalah bertentangan dengan arah bayang-bayang jatuh. (Sila rujuk gambar untuk lebih faham)

4) Tandakan arah kiblat tersebut, and it’s done.

Peristiwa Istiwa A'dzam

Semakan kena buat pada waktu piawaian yang tepat. If nak rujuk waktu, boleh semak di laman sesawang mst.sirim.my .

Boleh SHARE dan sebarkan posting ni kepada kawan-kawan yang lain ye. Semoga luas rezeki buat anda-anda yang menyampaikan ilmu pada umat Islam semua. 

 

Moga bermanfaat untuk semua

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *